Cuaca hari ini mendung dan redup. Tak terik seperti selalu. Awan seakan tahu hari ini rakyat Malaysia sedang berduka dengan perginya seorang remaja 17 tahun, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor, Chirstchurch, New Zealand.
Mohd Tarmizi yang mengalami kecederaan parah semasa insiden tembakan pengganas itu turut dirawat di hospital. Selepas menerima rawatan dan pembedahan, beliau sudah dibenarkan pulang.
Tengahari itu bapa yang tercedera ini mengiringi perjalanan akhir jenazah anak keduanya, Muhammad Haziq. Ratusan umat Islam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran juga ada di tanah perkuburan.
Ibu Dan Kakak Ambil Keputusan Tak Iringi Jenazah Haziq
Bersama-sama yang lainnya melakukan solat jenazah bagi memuliakan jenazah anak remaja ini.
Ads
Untuk hari ini, jenazah Mohd Haziq adalah yang terakhir dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Bagaimana pun, ibu dan kakak allahyarham Haziq tidak berada di tempat pengebumian. Mereka ambil keputusan untuk berada di rumah, kerana mahu bersendirian. Dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya pada waktu yang lain.
Sebelum tragedi, Allahyarham menyambung persekolahan di Burnside High School. Menurut pengetua sekolahnya, Phil Holstein, Haziq seorang pelajar yang begitu menghormati guru dan rakan-rakan sekolahnya.
Malah beliau juga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan NCEA (National Certificate of Educational Achievement).
Ads
Rakan-rakan Sekolah Hadir Sebagai Tanda Penghormatan Terakhir
Kebaikan allahyarham melekat di hati rakan-rakan dan guru sekolahnya. Tengahari itu, suasana sayu terus menyelubungi tanah perkuburan. Kelihatan juga rakan-rakan sekolah Haziq hadir sebagai penghormatan terakhir untuk rakan yang mereka kasihi.
Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama dua orang anak lelakinya, Mohd Haris, 12 dan Muhammad Haziq berada di masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat.
Biarpun, Mohd Haris tidak tercedera namun dia mengalami trauma disebabkan kejadian itu.
Ads
“Perincian masa dan lokasi jenazah Mohd Haziq ditemui tidak boleh didedahkan kerana tertakluk dengan akta privasi New Zealand.” jelas Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Begitu juga dengan Suruhanjaya Tinggi New Zealand, meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga arwah mangsa. Jangan bersikap keterlaluan dalam mendapatkan maklumat buat masa ini.
Sumber/Foto : Astro Awani, Berita Harian, stuff.co.nz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walaupun sesuatu peraturan itu adalah satu kewajipan, namun ketika situasi tertentu perlu juga ambil perhatian atas sifat kemanusiaan, empati dan bertimbang rasa.
Seorang wanita mati kesejukan selepas dihalau keluar dari bas di satu kawasan terpencil dengan suhu negatif 20 darjah Celsius hanya kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang 25 Hverna (RM3.70).
Lawat Ibu Sakit
Mail Online melaporkan, Iryna Dvoretska, 21, pelajar perubatan, menaiki bas untuk melawat ibunya yang sakit di sebuah hospital di Olevsk, utara Ukraine.
Bagaimanapun, pemandu bas berkenaan dikenali sebagai Oleg Zhelinskiy mengarahkan wanita itu turun pada jam 4 pagi selepas dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang.
Selepas turun dari bas, Iryna berjalan seorang diri di kawasan perkampungan yang sunyi dan sejuk sebelum mengambil jalan pintas dengan melalui kawasan hutan.
Mayat Beku
Wanita itu dipercayai tersesat ketika di dalam hutan dan terjatuh di dalam longkang di mana mayatnya ditemui sudah beku.Bapa Iryna yang juga seorang renjer hutan menemui mayat anaknya itu dalam keadaan beku selepas mangsa hilang selama dua hari.
Kakak Iryna yang dikenali sebagai Natalia berkata, ibunya dirawat di hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru dan keadaannya semakin teruk.
“Iryna mengambil bas paling awal ke Olevsk. Dalam keadaan tergesa-gesa Iryna tertinggal beg duitnya,” katanya.
Ibu saudara mangsa, Nadiya Typchuk memberitahu, ketika ditemui, mata Iryna dalam keadaan terbeliak seperti dia takutkan sesuatu.
Akibat Hipotermia
Sementara itu jurucakap polis, Alla Vashchenko berkata, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat hipotermia dan organ dalamannya juga di dapati beku.
“Kami membuka kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas itu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah,” katanya.
MW: Kasihannya nasib wanita ini. Hajat bertemu ibu sakit tidak kesampaian, malah diri pula mati terkorban. Pesanan juga buat kita, dalam apa juga perkara pertimbangkan sifat kemanusiaan, empati dan bertimbang rasa pada orang lain.
Sebelum ini, mak-mak rasa lega bila Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik keluarkan kenyataan akan menukar kasut putih pelajar sekolah kepada kasut hitam.
Bermakna kasut putih yang sedia ada itu, anak-anak kita masih boleh gunakan lagi. Mak-mak masih punya masa. Tidaklah nanti jatuh membazir. Terkini timbul pula persoalan mengenai warna stokin pelajar.
Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin beliau mahukan penjelasan kementerian mengenai penyelarasan warna stokin.
Adakah dikekalkan stokin putih atau sebaliknya, selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam kelak.
Penjelasan daripada pihak kementerian akan memudahkan para peniaga bersiap sedia dengan stok stokin hitam pada tahun hadapan.
Ini Jawapan Dr Maszlee Malik Mengenai Warna Stokin Pelajar
Kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai warna stokin selepas pihaknya mencapai persetujuan dengan pihak yang berkaitan.
Bermakna mak-mak tak perlu lagi tergesa-gesa membeli kasut hitam. Sebabnya kementerian masih memberi masa selama tiga tahun untuk benar-benar menukar sepenuhnya pemakaian kasut hitam.
Tentunya mak-mak tak sabar nak tukar kasut putih anak kepada hitam. Tak ada lah nanti ada adegan ‘jeritan tarzan’ bila tiba bab basuh kasut sekolah.
Mak-mak pula pilih yang mana stokin putih atau hitam?
Sumber/Foto : Sinar Harian, Utusan Online
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam pada seluruh negara meraikan kemenangan Malaysia menentang Bangladesh untuk kelayakan Piala Asia 2023, rupanya ada momen ‘sweet’ yang jadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara cameraman dengan sekumpulan penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan.
Pengguna TikTok, saifudinahmad94 berkongsi video memanggil jurugambar bertugas di stadium. Jeritan demi jeritan agar ‘abang cameraman’ merakam wajahnya dan rakan-rakan yang berada di tempat duduk penonton di tingkat atas.
Demi Sekeping Gambar
“Kenapa susah sangat abang cameraman. Kawan saya nak mati dah bang pekik.” Tulisnya turut disertakan emoji lucu.
Demi sekeping gambar itu, masing-masing tidak berputus asa memanggil dan akhirnya ‘abang cameraman’ terdengar jeritan mereka.
Perkongsian anak muda ini kemudiannya menjadi viral dan mendapat respons daripada jurukamera tersebut.
Bukanlah jurugambar itu sengaja tidak mendengar. Sebaliknya ada kisah yang jadi yang menyebabkan jurugambar ini tidak dapat ‘menangkap’ jeritan anak-anak muda ini ketika berada di dalam stadium.
“Ni lah gambar mereka yang viral jerit dari atas tu, maafkan saya tak sempat tukar lens panjang, dan saya minta maaf lambat detect arah korang jerit.
Sebab saya ni pekak sebelah kanan berpunca daripada saraf telinga rosak kerana sakit meningitis dulu. InsyAllah ada rezeki kita shoot dekat-dekat, terima kasih femeskan abang cameraman tak seberapa ni.”
Tulis jurufoto sukan, Jurnalmil di laman instagramnya.
Bila mana tahu akan keadaan abang jurugambar ini, ada yang mendoakan agar petugas itu sembuh dari penyakitnya.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.