Tekanan darah tinggi bukanlah penyakit yang dipandang remeh. Tahukah anda ia dikenali sebagai pembunuh senyap kerana biasanya ia tidak menampilkan sebarang simptom?

Oleh hal yang demikian, ramai orang masih tidak menyedari bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi, melainkan jika mereka kerap memeriksa tekanan darah di rumah.1 2

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, kira-kira 1/3 (30%) orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, sekaligus menjadi penyebab utama kematian di Malaysia. Tambahan pula, bagi setiap 2 pesakit yang didiagnosis, terdapat 3 pesakit yang tidak didiagnosis dan tidak menerima sebarang rawatan.3 4

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat atau tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit lain antaranya jantung koronari, kegagalan jantung, fibrilasi atrium, strok, dan penyakit buah pinggang.5

Oleh itu, sememangnya amat penting melakukan pemeriksaan tekanan darah di rumah secara kendiri bagi mengawal kesihatan anda ke arah yang lebih baik.

INFO: Tekanan darah tinggi atau hipertensi ditakrifkan sebagai tekanan darah sistolik 140mmHg BP atau lebih tinggi, atau tekanan darah diastolik 90 mmHg atau lebih tinggi yang berterusan      

Ambil Langkah Ini Untuk Stabilkan Tekanan Darah6

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi? Cara yang pertama untuk kawal darah tinggi adalah dengan bertenang. Sekurang-kurangnya cara ini boleh mengurangkan stres yang anda alami.

Bagi mengelakkan sebarang komplikasi di masa akan datang dan menjejaskan aktiviti harian anda, cuba ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Senaman dan diet seimbang dapat membantu walaupun kesannya mungkin memakan masa.

Periksa Tekanan Darah Di Rumah? Ini Cara Yang Betul & Tepat

Sebaliknya, jika anda mengalami komplikasi tekanan darah tinggi seperti strok atau serangan jantung, pastikan anda berhubung dengan doktor secepat mungkin. Jangan sesekali cuba merawat keadaan ini di rumah.

Di samping itu, ubat-ubatan adalah pilihan utama dalam merawat tekanan darah tinggi. Malah, ubat ini juga merupakan keperluan untuk pesakit yang tidak mampu menurunkan tekanan walaupun telah cuba diet seimbang dan mengubah gaya hidup.

Ubah Diet Pemakanan

Umumnya, perubahan dari segi diet juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi seseorang. Malah, pengambilan makanan atau diet yang betul juga merupakan cara untuk kawal masalah tekanan darah tinggi.

Ads

Apakah makanan yang perlu diambil dan dielakkan oleh penghidap hipertensi?

  1. Lebihkan makan buah, sayur, produk tenusu

Buah, sayur dan bijirin boleh menurunkan tekanan darah jika anda mengalami hipertensi. Anda juga disarankan untuk lebihkan makanan yang mengandungi kalium.

Periksa Tekanan Darah Di Rumah? Ini Cara Yang Betul & Tepat

Untuk pengetahuan anda, kalium dapat mengurangkan kesan garam pada tekanan darah. Cuba dapatkan sumber kalium daripada makanan seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

  1. Kurangkan Pengambilan Garam!

Semua orang tahu, garam dan tekanan darah tinggi tidak dapat dipisahkan. Tetapi, tahukah anda, pengurangan garam dalam makanan walaupun sedikit boleh menurunkan tekanan darah anda?

Luangkan masa untuk memasak di rumah bagi mengurangkan penggunaan garam dalam setiap menu masakan. Masaklah makanan yang sihat agar kesihatan anda dan keluarga lebih terjamin.

Periksa Tekanan Darah Di Rumah? Ini Cara Yang Betul & Tepat

Ads
  1. Kurangkan minum alkohol untuk kawal tekanan darah tinggi

Alkohol mempunyai kesan yang buruk terhadap kesihatan diri. Individu yang kerap minum arak didapati mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi berbanding orang lain.

Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan ubat-ubatan tekanan darah tinggi yang anda ambil!

  1. Kurangkan pengambilan kafein

Walaupun kesan kafein terhadap tekanan darah masih lagi hangat diperdebatkan, namun elakkan mengambil minuman berkafein secara berlebihan.

Periksa Tekanan Darah Di Rumah? Ini Cara Yang Betul & Tepat

Selain memilih diet seimbang, anda juga digalakkan untuk mengawal stres dalam mencegah darah tinggi atau hipertensi daripada berulang.

Disamping itu, jangan ketinggalan luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, atau 20 minit sehari dan berhenti merokok.

Cara Periksa Tekanan Darah Di Rumah

Sebenarnya mudah saja untuk mengambil bacaan tekanan darah menggunakan alat tekanan darah OMRON ini. Bagi memastikan bacaan yang tepat, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan ini sekurang-kurangnya satu kali setiap hari.

Ads

 

Periksa Tekanan Darah Di Rumah? Ini Cara Yang Betul & Tepat

 

Ikuti langkah ini agar bacaan yang diambil adalah betul.7 

  1. Elakkan bersenam, merokok atau minum kafein sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukan pemeriksaan.
  2. Duduk di kerusi yang anda selesa, sebaiknya kerusi yang mempunyai sokongan di bahagian belakang yang baik.Periksa Tekanan Darah Di Rumah? Ini Cara Yang Betul & Tepat
  3. Rehatkan lengan kiri di atas meja, tapak tangan menghadap ke atas, pastikan lengan anda diletakkan sama paras dengan jantung.
  4. Pasangkan ‘cuff’ pada lengan dan tekan butang untuk ambil bacaan. Jangan berbual atau bergerak-gerak sewaktu bacaan diambil.

Memang mudah kan? Jangan lupa periksa tekanan darah setiap hari ya!

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang alat tekanan darah OMRON, sila lawati https://www.omronhealthcare-ap.com/my/why-choose-omron

Didaftarkan di bawah Akta 737
No. Kelulusan MDA: MDAMD 0381/2022
No. Kelulusan Iklan: MDA/IKLAN/2022/276

RUJUKAN : 

1,3,6 Ministry of Health Malaysia. Clinical Practice Guidelines for Management of Hypertension 5th Edition (2018). https://www.moh.gov.my/moh/resources/penerbitan/CPG/MSH%20Hypertension%20CPG%202018%20V3.8%20FA.pdf Accessed 17 May 2022

2 & 4 Ministry of Health Malaysia. National Health and Morbidity Survey 2019: Key Findings. https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf. Accessed 17 May 2022

5 MyHEALTH. High Blood Pressure/Hypertension. http://www.myhealth.gov.my/en/high-blood-pressure-hypertension/. Accessed 17 May 2022

7 American Heart Association. Monitoring Your Blood Pressure at Home, https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings/monitoring-your-blood-pressure-at-home. Accessed 1 December 2020

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI