Dalam hidup kita pastinya diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah. Jika dalam keadaan begini, pilihlah untuk berdamai dengan alam. Pergilah menikmati keindahan alam di pantai. Ini kerana alam semulajadi merupakan terapi terbaik untuk semua jenis tekanan dan masalah. Dengar bunyi ombak, hembusan angin, pijak pasir laut dapat memberikan ketenangan fikiran.
1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.
2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.
3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.
4. ‘Mental burnout’ sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.
5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.
6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.
Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.
Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.
Ads
Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.
Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.
Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik. Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.
Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, jika diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah pergilah ke pantai. Berdamailah dengan alam semulajadi kerana ia dapat memberikan ketenangan fikiran.
Nak tanam pokok kesum pun sebenarnya boleh jadi satu dilema yang besar untuk mak-mak ‘kaki kebun’. Lagi-lagi di kalangan mak-mak yang tinggal dekat kawasan perumahan, flat atau ruangan sempit tapi masih berimpian nak menanam.
Dalam banyak-banyak pokok edible (pokok yang boleh dimakan) ini, kesum antara pokok yang paling mencabar tangan hijau mak-mak. Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal. Tetap juga kering layu sebelum naik pucuk mudanya.
Ada macam-macam lah petua menanam kesum. Termasuklah tanam dekat pasu yang tak berlubang, tanam dalam pasu berair dan macam-macamlah. Adoii.. tak juga menjadinya. Sampai stresslah mak-mak. Lagi stress, bila kesum tu dah naik elok, suami pula ajak balik ke kampung.
Ya ampun.. susahnya rasa hati nak tinggalkan pokok kesum tu. Dahlah membelanya macam ‘menatang minyak yang penuh’. Nak kena tinggal pulak. Apa nak buat kalau dalam dilema macam ini.
Dalam grup Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri (KGTTS), Puan Mahani Amat ada berkongsi tip tanam pokok kesum dari D’Botani UCTC UPM. Katanya tip itu, “khas untuk mereka yang nak tanam kesum tapi tak tahu.”
8 Langkah Tanam Pokok Kesum Sampai Jadi
1) Sediakan botol minyak saiz 5 atau 3 KG tu.
2) Potong 2 atau separuh.
3) Basuh botol tadi hingga bersih dan hilang minyak.
4) Yang bahagian bawah letak air.
5) Manakala, bahagian atas letak sikit tanah kompos (paling baik). Buang penutup botol minyak dan cucuk daun kesum tu biarkan sampai keluar akar.
6) Kalau dah keluar akar, halakan akar dia semua masuk dalam kepala minyak tu supaya boleh dapat air dari bawah. Sebab kesum kan nak sentiasa lembap.
7) Boleh tengok macam gambar di atas dan tak perlu risau kalau balik kampung. Yang penting sebulan sekali tengok air tu ada lagi ke tak.
8) Saya tambah sikit baja daun yang jenis biji je kat dalam air tu sebagai nutrien.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Mahani Amatvia Group Kebun, Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri (KGTTS)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bawang putih goreng selalunya ‘menu wajib’ bagi wanita dalam berpantang, mahupun pembangkit selera dimakan dengan hidangan lain seperti meehoon, bubur dan sebagainya. Namun nak buat bawang putih goreng rangup yang tak pahit dan tak ‘bertempek’ sesama sendiri ada caranya. Jika salah teknik, bawang putih goreng akan mudah lembik, tak tahan lama, melekat antara satu sama lain dan jadi pahit.
Jika nk buat bawang putih goreng yang elok kejadiannya, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Azita Amir ini sebagai panduan.
Selalu orang tanya saya macam mana buat bawang putih goreng sampai dia rangup, goreng tak bertempek sesama sendiri, tak hitam tak pahit. Cara saya biasa je.
Kupas bawang, sagat dan rendam air garam jap.
Selepas tu bilas sampai bersih dan goreng je macam biasa, macam video dekat bawah.
Dah angkat letak dalam bekas yang dah lapik tisu, goyang-goyang je bekas tu. Memang tak bertempek, lerai satu-satu. Rasa pun macam keropok bawang je, memang tak pahit langsung.
Info Ekstra
Lepas bilas bawang tu tos kejap je, sementara tunggu minyak panas nak goreng bawang.
Simpan isi balang siap-siap biasa boleh tahan 3 bulan.
Mingguan Wanita : Nak goreng bawang putih boleh cuba cara yang dikongsikan ini, barulah rangup, tak pahit dan bertempek sesama sendiri. Pastikan lepas sagat, rendam sekejap dengan air garam. Tos baru goreng seperti biasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari Mohamed Taib dan suaminya antara ratusan ibu bapa yang bangga melihat kejayaan anak-anak yang diraikan dalam majlis graduasi di Management & Science University (MSU).
Anak Noor Kumalasari iaitu Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff berjaya menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU).
Menerusi Instagram MSU, Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff menamatkan pengajian dalam jurusan Bachelor in Graphic Design (Hons), Faculty of Information Sciences and Engineering(FISE) di institusi pendidikan tinggi swasta tersebut dan kejayaannya telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34 pada Khamis lalu.
Seramai 2,447 graduan dari 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing. Ia menyaksikan 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).
Seperti ibu bapa lain, perasaan gembira dan syukur tergambar di wajah Primadona Filem Melayu itu yang turut berkongsi perasaannya dan pengalaman melihat anaknya itu bertungkus lumus dalam pengajiannya itu.
FISE merupakan fakulti yang melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian. Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan.
“Dia memang komited dengan pengajian. Bayangkan, jam 4 pagi masih siapkan tugasan di dalam bilik dan sebagai ibu, saya memang bangga dengan dia.”
Untuk rekod, Wan Irfan Nurul Atiq merupakan anak bongsu Noor Kumalasari dan suaminya, Wan Mohamad Yusof. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.
Noor Kumalasari pernah menerima Hijabista Legend Award di Hijab Fashion Award 2024 yang diadakan Februari lalu.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.