Ayat keramat yang selalu keluar dari mulut seorang perempuan adalah, tak ada tudung nak pakai. Walau pun dalam almari dah tak muat nak sumbat tudung baru!
Itu sebenarnya double meaning yang menyatakan dia sudah bosan pakai tudung yang ada di rumah. Maka encik suami kenalah bagi peluang dia shopping, beli yang baru. Tetapi kalau nak jimat, kaum suami boleh ikut cara saudara Amir Syahir ini, bab rumah tangga kena bijak berbelanja!
Kalau Perempuan Sebut Tak Ada Tudung Nak Pakai
“Abang, esok nak pergi beli tudung la. Takde tudung nak pakai dengan baju yang warna pink ni.”
Senyum je kalau dengar kata-kata macam ni daripada mulut si isteri.
Tudung dia padahal boleh muat dua alamari baju. Kalau susun meninggi boleh lawan KLCC.
Perempuan ni kalau dia kata “takde tudung nak pakai”, “takde baju nak pakai” tu ertinya dia dah bosan pakai tudung dan baju tu.
Kena pulak kalau rakan sejawat ke atau kawan dia tegur,
Ads
“Minggu lepas dah pakai tudung ni kan?”
Siap tunjuk gambar lagi. Ciskek betul. Memang meruap-ruap la nak cari tudung baru.
Memang terus la nak cari baju ataupun tudung baru. Aku pun on je. Dia pun jarang-jarang beli tudung baru.
Tudung dia pun tak la mahal sampai kena ada batu Swarovski bagai tu. Takdela sampai dia nak pakai jenis Bawal Exclusive je.
Kalau lelaki ungu, ungu la..tapi perempuan, kalau ungu ada lavender la, violet la, dusty purple la, light purple la..**pening**
Ads
Kalau kau ada tunang, isteri yang suka mengumpul tudung atau baju ni, kau bagi nasihat macam ni :
1. Harga tudung, baju atau beg tangan jangan lebih 10% daripada gaji.
2. Beli masa ada promosi. Akhir tahun banyak promosi.
3. Halang jika bulan ni dia dah beli, bulan depan pun beli lagi. Tu dah ketagih sangat tu.
Ads
4. Kalau dia minat jenis tudung seperti Aidijuma, minta dia follow IG atau page berkenaan. Boleh tahu masa bila ada SALE.
5. Suruh dia susun tudung dia supaya senang lihat. Kalau simpan dalam kotak mesti tak sedar tudung dia dah banyak.
Kalau Nampak Isteri Membazir, Tegur
Tak salah tunaikan permintaan isteri untuk beli barang yang dia suka sekali-sekala. Apa salahnya buat dia happy. Jangan la kedekut sangat sampai suruh isteri guna je yang lama. Kalau dia nak beli duit dia pun kau tak bagi juga, kesian isteri tu.
Kalau kau nampak dia membazir sangat, nasihatkan. Janganlah kau nak marah-marah dia pulak.
Setakat ni isteri aku tak pernah mintak beli barang yang mahal-mahal pun. Kalau aku nak belikan pun dia selalu cakap tak payah, mahal sangat ni.
Bila dah ada anak, keperluan anak yang paling utama. Kalau pergi shopping kadang-kadang tu semua untuk anak. Tak ingat nak beli untuk diri sendiri.
Kalau dah menyimpan lepas tu baru boleh berbelanja. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ikatan suami isteri ini sangat istimewa. Perasaan isteri ni, bila kata masih sayang suami sakit macam mana pun atau apa juga keadaan suami, tetap sanggup menerima seadanya. Payah untuk meminta dilepaskan atau membiarkan ikatan perkahwinan terlerai, walaupun secara hukumnya dan undang-undang isteri ini layak.
Perkongsian kes daripada Peguam Syariah, Tuan Muhammad Syarafi Mohd Salleh ini antara kisah yang boleh dijadikan tauladan.
Yang Arif: Nak mohon apa ni?
Plaintif: Nak lepaihkan isteri saya ni Tuan
Yang Arif: Kenapa nak lepaskan?
Plaintif:Saya dah tak sihat sekarang ni dan saya tak mampu dah nak sara diri jadinya saya nak lepaihkan dia ni elok la Tuan. Tak mau lepaih tak elok pasai dulu saya amik dia elok dari mak pak dia.
Yang Arif: Kamu Defendan macam mana setuju tak nak berpisah ni?
Defendan: Tak setuju Tuan, saya masih sayang dia sebagai suami saya walaupun keadaan dia macam ni. Saya boleh jaga dia.
Yang Arif: Ha macam mana ni Plaintif, Defendan tak setuju nak pisah ni?
Plaintif:Dia tak setuju takpa la Tuan, tapi saya setuju nak lepaihkan dia pasal saya memang dah tak mampu nak bagi nafkah zahir dan batin pada dia ni. Nanti berdosa saya mati esok lusa ni.
Yang Arif: Betul ni Defendan kamu tak setuju nak pisah?
Defendan: Betul Tuan, saya masih sayangkan dia sebagai suami.
Yang Arif: Kalau macam tu Mahkamah arahkan pihak-pihak untuk melantik *HAKAM masing-masing dan dibawa pada sidang akan datang.
*Jawatankuasa yang dilantik Mahkamah untuk mencari punca perkelahian pihak-pihak.
Tuan-Puan,
Isteri ni bila dia kata dia masih sayang, buruk macam mana pun suami dia, selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, sakit macam mana pun suami dia..
Dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.
Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang,
Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira,
Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.
Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.
Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses etc.
Ia nya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.
Muhammad Syarafi
Peguam Hipster Patuh Syariah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, para isteri-isteri biasanya begitulah..Tak kira apa juga keadaan suami, walaupun sakit tetap menerima seadanya selagi mana suami bertanggungjawab dan tidak menyakiti dirinya baik fizikal mahupun emosi ketika masih sihat.
Isteri dominan, suami baik, bukan tak boleh bahagia, yang salah kalau si isteri angkuh, sombong. Dalam dunia perkahwinan, terdapat pelbagai jenis dinamik dan peranan yang dimainkan oleh suami dan isteri.
Isteri Dominan, Suami Baik, Bukan Tak Boleh Bahagia, Yang Salah Kalau Si Isteri Angkuh, Sombong
Setiap pasangan unik dengan cara tersendiri dalam menguruskan hubungan mereka. Salah satu dinamika yang sering menjadi perhatian ialah apabila isteri kelihatan lebih dominan dalam perkahwinan, manakala suami pula lebih bersikap lembut atau bertolak ansur.
Ramai yang beranggapan bahawa situasi ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam rumah tangga, tetapi pada hakikatnya, perkahwinan yang melibatkan isteri yang dominan boleh bahagia, asalkan kedua-dua pihak saling menghormati dan memahami peranan masing-masing.
Bagaimanapun, masalah sebenar timbul bukan apabila isteri itu dominan, tetapi apabila isteri yang dominan menunjukkan sikap bodoh sombong, iaitu sikap yang tidak mahu mendengar pendapat orang lain, merasa dirinya betul dalam segala hal, dan enggan belajar atau memperbaiki diri. Ini adalah keadaan yang boleh merosakkan kesejahteraan perkahwinan, walaupun suami kelihatan penyabar dan baik hati.
Peranan Dominasi dalam Perkahwinan: Isteri yang Dominan dan Kesannya dalam Hubungan
1. Isteri Dominan: Baik atau Buruk?
Sebenarnya, tidak ada yang salah jika seorang isteri menunjukkan sifat dominan dalam perkahwinan. Dominasi dalam konteks ini boleh bermaksud isteri yang kuat, tegas, dan proaktif dalam menguruskan rumah tangga atau dalam membuat keputusan.
Dalam banyak kes, isteri yang dominan boleh membantu membina hubungan yang lebih produktif, terutama jika suami cenderung untuk lebih bersifat lemah-lembut dan suka bekerjasama. Seorang isteri yang dominan dan bijak dapat menjadi sumber kekuatan dan motivasi kepada suami dan keluarga secara keseluruhan.
Namun, kunci kepada perkahwinan yang berjaya terletak pada keseimbangan dan kerjasama. Walaupun seorang isteri lebih dominan dalam membuat keputusan, suami masih perlu dihargai dan pandangannya didengar. Hubungan yang sihat ialah apabila kedua-dua pihak, walaupun memainkan peranan yang berbeza, masih saling menghormati dan berkomunikasi secara terbuka.
2. Bodoh Sombong: Punca Masalah
Masalah sebenar timbul apabila isteri yang dominan menjadi bodoh sombong. Istilah ini merujuk kepada sikap seseorang yang merasa dirinya lebih tahu, enggan menerima pandangan atau nasihat orang lain, dan tidak bersedia untuk berubah atau memperbaiki diri. Dalam perkahwinan, isteri yang mempunyai sikap bodoh sombong mungkin akan:
Tidak mendengar pandangan suami: Isteri yang bodoh sombong cenderung menolak pandangan suami, walaupun suami mungkin mempunyai pendapat yang bernas atau lebih baik. Sikap ini boleh menyebabkan suami merasa tidak dihargai atau diabaikan dalam perkahwinan.
Membuat keputusan terburu-buru: Oleh kerana isteri ini yakin bahawa dia tahu segala-galanya, dia mungkin membuat keputusan tanpa berfikir panjang atau tanpa berbincang dengan suami. Ini boleh menyebabkan keputusan yang salah atau merugikan keluarga.
Menganggap dirinya tidak pernah salah: Isteri yang bodoh sombong tidak mahu mengakui kesalahan sendiri, malah mungkin menyalahkan suami atau orang lain jika sesuatu perkara tidak berjalan lancar. Sikap ini boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan.
Enggan memperbaiki diri: Seseorang yang sombong tidak akan berusaha untuk belajar dari kesilapan atau memperbaiki diri. Ini bermakna masalah yang sama akan terus berulang dalam perkahwinan tanpa ada jalan penyelesaian.
3. Keseimbangan dan Hormat sebagai Kunci Kebahagiaan
Perkahwinan yang bahagia memerlukan keseimbangan kuasa dan penghormatan bersama. Suami dan isteri perlu menyedari bahawa peranan mereka adalah untuk saling melengkapi, bukannya untuk bersaing siapa yang lebih berkuasa.
Isteri yang dominan boleh menjadi pemimpin dalam rumah tangga, tetapi dia perlu bersikap bijaksana dalam membuat keputusan, mendengar pandangan suami, dan menghormati perasaan serta pendapat suaminya.
Begitu juga, suami yang lebih lembut atau tidak dominan tidak seharusnya dilihat sebagai lemah. Sikap penyabar, bertolak ansur, dan baik hati yang ditunjukkan suami adalah kualiti yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Seorang suami yang bijak akan tahu bila untuk bersuara dan bagaimana untuk menyokong isterinya tanpa perlu menegakkan ego atau kuasa. Dalam perkahwinan, kerjasama dan saling memahami lebih penting daripada siapa yang lebih dominan.
4. Mengelakkan Sikap Bodoh Sombong dalam Perkahwinan
Untuk mengelakkan sikap bodoh sombong, isteri yang dominan perlu mengambil beberapa langkah untuk memastikan perkahwinan mereka kekal bahagia dan harmoni:
Bersikap terbuka untuk belajar: Tidak kira betapa dominannya seseorang, setiap individu perlu sentiasa terbuka untuk belajar perkara baru. Dalam konteks perkahwinan, isteri perlu bersedia mendengar pandangan suami dan belajar daripada pengalaman bersama.
Menghormati suami sebagai pasangan: Walaupun isteri memegang peranan yang lebih dominan, penting untuk menghormati suami sebagai pasangan yang setara. Setiap keputusan yang besar perlu dibincangkan bersama, dan pandangan suami perlu diambil kira.
Mengakui kesilapan: Mengakui kesilapan adalah langkah penting dalam mana-mana hubungan. Isteri yang bijak akan memahami bahawa tidak ada manusia yang sempurna, dan adalah wajar untuk mengakui jika ada keputusan yang salah dibuat.
Membangunkan komunikasi yang baik: Komunikasi yang jujur dan terbuka adalah asas kepada hubungan yang sihat. Isteri yang dominan perlu sentiasa berbincang dengan suami dan mencari penyelesaian bersama jika ada sebarang masalah.
Perkahwinan yang melibatkan isteri yang dominan tidak semestinya tidak boleh bahagia. Malah, dengan kerjasama dan penghormatan antara suami dan isteri, hubungan ini boleh menjadi sangat berjaya. Apa yang penting ialah bagaimana peranan dominan itu dimainkan.
Seorang isteri yang dominan tetapi bijaksana, terbuka untuk belajar, dan menghormati suaminya akan membawa kebahagiaan dalam perkahwinan. Sebaliknya, jika isteri yang dominan itu bersikap bodoh sombong, ia boleh membawa kepada ketegangan dan kerosakan dalam hubungan.
Kunci kepada kebahagiaan dalam perkahwinan ialah keseimbangan, saling memahami, dan komunikasi yang baik. Dengan sikap yang betul, isteri yang dominan dan suami yang baik boleh bersama-sama membina rumah tangga yang kukuh dan penuh kebahagiaan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ada motor besar takut kena curi.” Biarlah motor kapcai tinggal mana pun hati tenang, tak risau orang curia tau apa-apa.
Sememangnya rezeki mak, ayah Allah yang tentukan, bersyukurlah dengan apa adanya. Tak perlulah mencari pasangan hidup yang kaya, milik kereta jenama luar negara kerana ingin hidup senang.
Kaya sebelum berkahwin, tidak bermakna kaya hingga selepas kahwin. Kadang-kadang luaran tampak kaya, namun setelah tinggal sebumbung barulah tahu kisah sebenar.
Ada Motor Besar Takut Kena Curi
‘Pakwe kau tak ada kereta H (Honda)? Lemahhh….!!!’
Sebaris ayat, tapi cukup mengubah persepsi dan cara pemikiran kita. Bagi Kaknie yang sudah tua bangka ini, mana nak hairan dengan H. Asal ada kereta boleh gerak sana sini, cukup.
Bawa H memang best, tapi kalau sekadar bawa sajalah. Kalau fikir bab servis, bayaran bulanan, maintainance, kerja gaji ribu-ribu pun boleh tiap bulan korek tabung ayam juga.
Biarlah Motor Kapcai
Pemikiran sebegini terkadang boleh jadi racun dalam minda anak muda. Terlalu mengikut arus dunia, tanpa sedar, kita terus jadi hamba harta benda.
Maka, jadilah manusia biar hutang sini sana, asal boleh bergaya. Biar duit simpanan tidak ada, asal boleh tayang mewah ke mana-mana.
Sadis kadang.
Dulu awal kahwin suami kereta buruk saja. Siap mati tepi jalan. Berpeluh Kaknie dalam kereta tunggu suami repair. Sudahlah masa itu tengah mengandung. Kereta mati pula dekat jalan sunyi lorong gelap. Konon hendak cari jalan shortcut. Begitu pula jadinya.
Itu kenangan. Mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan. Dari Allah bagi cukup makan, Allah tambah rezeki tanpa disangka-sangka. Sekarang alhamdulillah boleh rasa kereta selesa sikit.
Tinggal Mana Pun Hati Tenang
Jangan dibangga dengan harta dunia, bila Dia nak tarik tu anytime sahaja.
Ada orang beli motor besar, sampai takut kena curi, sampai rela simpan dalam rumah, kelek masuk simpan stor. Nak bawak keluar tinggal kejap pun risau.
Lagi bagus orang pakai motor kapcai biasa, tinggal mana-mana pun takde orang intai. Hati lapang, hati senang.
Edited : statement ni untuk anak-anak muda yang baru nak menapak kat dunia. Mak-mak berkerjaya dan stabil tidak ada masalah pun. Jangan salah sangka pulak ye.
Salam Jumaat.
Salam Surah Al-Kahfi. Annie Sukery
Mewah tidak, kaya jauh sekali.
Syed Saddiq bersyukur dibebaskan, dilihat memeluk ibu tanda syukur. Hari ini adalah hari paling bahagia buat ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...