Bayam Brazil semakin menjadi kesukaan ramai. Perempuan yang suka makan bayam Brazil perlu mengambilnya secara sederhana dan tidak terlalu banyak.

Sebenarnya apa kebaikannya kalau kita memakan bayam Brazil ini?

Nama sahaja bayam Brazil tapi kita boleh tanam sendiri sayur ini di rumah. Mudah untuk menanamnya. Jika tidak percaya, lihat sahaja hasil tuaian bayam Brazil yang ditunjuk oleh netizen di Facebook.

Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar. Daunnya boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Daun bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman.

Ada antara kultivar bayam Brazil ini rasanya sedikit pahit. Ia memerlukan daunnya direbus atau dimasak terlebih dahulu sebelum di makan kerana terdapat sejumlah besar kehadiran oksalat di dalamnya.

Nama saintifiknya adalah Althernanthera sissoo. Bayam Brazil adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang.

Khasiat Bayam Brazil

Khasiat bayam Brazil hampir sama dengan khasiat bayam secara keseluruhannya. Seperti sayur bayam yang tergolong dalam keluarga Amaranthus, bayam Brazil turut mengandungi zat-zat baik untuk kesihatan tubuh.

Dalam 100 gm bayam Brazil, dikatakan mengandungi b-carotene (4-8 mg), vitamin C (60-120 mg), Ferrum (Fe) (4-9 mg), kalsium (300-450 mg), dan serat.

Kandungan asid folik dan serat tinggi (20 -30 peratus) menjadikan ia baik untuk kesihatan. Bayam juga kaya dengan mineral seperti besi dan potassium.

Perempuan Boleh Makan Bayam Brazil Tetapi Jangan Terlalu Banyak, Sebabnya…

IKLAN

Banyak Kebaikan Bayam Untuk Kesihatan.

1-Mengekalkan Kesihatan Wanita Hamil

Wanita hamil biasanya akan mudah rasa lemah kerana kekurangan darah merah. Asid folik dan zat besi dalam bayam dikatakan berguna untuk mengekalkan kesihatan wanita hamil dan bayi yang dikandung. Asid folik dikatakan mampu membantu fungsi otak bayi semasa ia di dalam kandungan lagi.

Manakala besi dalam bayam dikatakan mampu membantu pembentukan sel-sel darah merah sekaligus melindungi wanita hamil mengalami anemia. Wanita hamil yang kurang pengambilan  zat besi akan berasa lemah dan kadangkala akan mudah pengsan.

2-Mencegah Penuaan Pramatang

Kulit berkedut akibat penuaan pramatang boleh mempengaruhi penampilan seseorang. Kandungan vitamin C di dalam bayam dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan masalah kedutan wajah akibat penuaan pramatang. Caranya adalah dengan meminum secawan jus bayam setiap hari.

3-Menguatkan Tulang

Jenis sayuran hijau seperti bayam mengandungi mineral seperti magnesium, besi, fosforus dan tembaga. Mineral-mineral ini dikatakan mampu mengekalkan kesihatan tulang melalui cara menjadikan tulang kuat. Fosforus itu sendiri berupaya untuk menguatkan keanjalan tulang, bukan setakat menjadikannya keras tetapi juga mampu mengelakkan tulang retak.

4-Membantu Mengurangkan Berat Badan

Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, berdiet adalah salah satu cara untuk memastikan tubuh mendapat berat badan ideal. Salah satu untuk mengurangkan berat badan adalah dengan memakan banyak sayuran dan mengelakkan makanan berlemak. Bayam adalah salah satu sayuran paling baik boleh dimakan untuk mengurangkan berat badan kerana kandungan serat yang terdapat di dalamnya.

5-Membantu Sistem Pencernaan

Bayam mengandungi vitamin seperti vitamin A dan vitamin B. Kedua-dua vitamin ini dikatakan berupaya memastikan pencernaan sihat melalui cara melindungi usus besar dan saluran pencernaan bagi mengelakkan radikal bebas yang amat bahaya dan kerap menyerang tubuh. Bayam turut mengandungi asid folik yang berupaya mencegah mutase sel-sel di usus besar dan mencegah berlakunya kerosakannya DNA.

IKLAN

6-Memperbaik Sistem Imuniti

Vitamin A yang terdapat di dalam bayam bukan sahaja baik untuk mata tetapi boleh juga berfungsi seabgai salah satu komponen sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih berupaya melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang tubuh. Ini sekaligus melindungi tubuh daripada pelbagai jenis penyakit.

Awasi Oksalat!

Bayam dan kebanyakan sayuran ada kandungan oksalat yang tinggi. Oksalat boleh jadi bahaya jika diambil terlalu banyak dan terkumpul dalam tubuh. Oksalat cenderung untuk mengikat zat seperti besi dan kalsium.

Ini akan menyebabkan tubuh tidak dapat menyerap zat-zat tersebut. Dan pengambilan kalsium jika berlebihan dikatakan mampu menyebabkan berlakunya masalah batu dalam buah pinggang.

Pakar pemakanan menasihati bayam direbus sebelum makan, tidak lama, tidak lebih daripada 1 minit. Fakta adalah bahawa bayam adalah antara beberapa makanan yang mengandungi asid oksalat.

Apabila asid ini dalam darah menjadi terlalu banyak, ia mula mengkristal dan boleh menyebabkan beberapa penyakit. Sekiranya anda mendidih bayam, jumlah asid oksalat dikurangkan sebanyak 50 peratus.

IKLAN

Juga, kerana asid oksalat dan kehadiran purin, bayam tidak disyorkan untuk mereka yang sudah mempunyai penyakit buah pinggang dan saluran kencing

Oleh itu ambillah bayam secara sederhana dan jangan berlebihan.

Sumber:

www.majalahsains.com

drhealthbenefits.com

www.thestar.com.my

may.naturalhealthtools.com

Baca sini juga: 

tanam-bayam-brazil-dalam-botol-plastik-cantik-merimbun-senang-nak-petik/

bukan-sahaja-sedap-punyalah-banyak-khasiat-bayam-brazil-patutlah-ramai-cari/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI