cannnnn (1)

Penyakit Ain merupakan satu penyakit yang berpunca dari perasaan hasad dengki. Menurut Prof Dr Che Muhaya yang mengulas topik Penyakit Aid dalam Mingguan Wanita Talk Show hari ini menyatakan, penyakit SMS atau terjemahan lanjutnya “Senang Melihat Orang Lain Susah dan Susah Melihat Orang Lain Senang”. Perasaan kurang senang, cemburu dan sakit hati terhadap apa sahaja berkaitan dengan orang lain mengundang timbulnya komen berbaur negatif.

Menurut Prof. Madya Dr Nik Salida Suhaila, surah Al -Falaq adalah amalan jiwa terbaik dalam mempertahankan diri dari diganggu penyakit ain. Sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas tiap tindakan yang datangnya dari diri sendiri, sebaiknya anda berkongsi perkara yang positif, jauh dari bauan bangga diri. Kerana dihari perhitungan, tiap tindak tanduk dan perbuatan jari jemari anda diadili selanjutnya.

IKLAN
Penyakit Ain, Jauhi Sifat SMS – Prof Datuk Dr Che Muhaya
 

Bukan mudah meneutralkan tanggapan orang, mungkin masing-masing punya pendapat tersendiri. Sebaiknya hari yang menaip caption atau memuat naik gambar itu harus membawa info ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Ada manusia yang sakit jiwanya dan tidak segembira kita apabila melihat posting yang kita kongsikan. Berpada-padalah dan bertanggungjawab dalam tiap perkongsian.Agar tidak ada mata-mata yang negatif sifatnya melemparkan rasa hasad dengki sekaligus menimbulkan penyakit ain.

IKLAN
IKLAN

Jika diuji dengan penyakit ain, tambah tetamu seterusnya, Dato’ Seri Haji Ustaz Mohd Suhaimi lagi, jaga adab dan terima ujian Allah kepada kita sebaiknya.
Ujian ini adalah takdir yang Allah tentukan dari awal lagi. Kembali pada allah dan sangka baik pada allah pada manusia. Penyakit ain satu penyakit yang luar biasa. Amalkan bacaan surah Al-Falaq, kerana di ayat yang terakhir surah itu ia juga menekankan hal berkaitan hasad dengki. Ikuti ulangan topik berkenaan Penyakit Ain dalam Mingguan Wanita TalkShow jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI