keyakinan diri anak

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk membantu anak-anak meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Ini kerana kebiasaannya anak yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, tidak gentar dengan sebarang halangan,percaya pada diri,berani mengejar cita-cita dan lebih berjaya dalam kehidupan.

Ada 7 cara yang mak ayah boleh lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri pada anak-anak mengikut perkongsian oleh Puan Noor Ameera Rahmat ini.

“Dalam membina keyakinan diri si anak kecil,ibu bapa adalah orang yang paling hampir untuk membantu mereka. Rasulullah sendiri menyarankan untuk kita medidik mereka agar menjadi seorang insan yang kuat dan berkeyakinan”.

1) Ajar Anak Simpan Rahsia

Salah satu kaedah rasulullah yang amat menarik perhatian saya adalah ajar mereka untuk menyimpan rahsia. Apabila mereka belajar untuk menyimpan rahsia dan tidak membocorkannya, akan timbul rasa keinginan yang tinggi dan perasaan mula percayai pada diri akan menebal.

Sebagai contoh;
Bila melakukan aktiviti baru dirumah atau ada sesuatu yang baru dirumah,saya menyuruh anak untuk merahsiakannya dari abi dia sehingga satu waktu yang sesuai,saya minta dia beritahu.

2) Galakkan Anak-Anak Mengemas Atau Menyusun Semula Buku Dan Permainan

Selain dapat merasakan diri si anak berkebolehan dalam mengemas,secara automatik sikap tanggungjawab akan terbentuk. Biarpun tidaklah kemas susunannya asalkan kita didik mereka seawal yang mungkin.

IKLAN

3) Beri Pujian Dan Galakan

Dalam setiap perkara dan kejayaan,berikan mereka pujian. Tetapi jangan lupa kegagalan mereka juga bukanlah sesuatu yang melemahkan. Beri dorongan pada setiap kegagalan agar sikap keyakinan itu akan terus meningkat. Biar dia yakin untuk terus melakukan.Self esteem akan menurun jika kata cacian diberikan.

4) Cuba Sesuatu Yang Baru

Ibu ayah tidak perlu takut untuk membenarkan mereka cuba sesuatu yang baru. Yang paling penting pengawasan kita dalam memerhatikan gerak langkah mereka. Anak kecil memang mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Jika kita cuba menghalangnya, mungkin tidak ada frasa ‘think out of the box’.

IKLAN

5) Jangan Membandingkan Anak

Potensi setiap anak berbeza. Sebagai ibu bapa, membandingkan setiap anak adalah salah satu cara didikan yang salah. Allah tidak mencipta sesuatu sia-sia. Jangan bila kita membandingkan anak, akan ada sikap iri hati, rendah diri antara mereka. Beri mereka peluang untuk gilap sendiri potensi mereka, yang pasti kita perlu bijak menilai kehebatan anak-anak kita.

6) Jadi Pendengar Setia

Ramai ibu bapa boleh meminjamkan telinga untuk dengar celotehan anak-anak. Tapi tak semua ibu bapa boleh menjadi pendengar yang baik. Bagi saya,pendengar setia anak-anak yang baik adalah ibu bapa yang meminjamkan telinga,berhenti dari membuat sebarang kerja dan paling penting adalah eye contact antara anak dan ibu bapa. Berikan mereka masa untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka setelah seharian bekerja. Mungkin rasa tidak penting tapi anak-anak memerlukan kita!

IKLAN

7) Mohon Pada Allah

Hanya kepada Allah sahaja kita berserah setelah kita berusaha. Bantu anak-anak apabila mereka dalam keadaan rendah diri.Doa pada Allah semoga Allah pimpin hatinya.Dia sahaja selayaknya membantu kita hamba yang lemah.

Jadi, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membina perkembangan diri mereka baik positif mahupun negatif.jika anak-anak merasakan perhatian diberikan pada mereka,seterusnya ia menggalakkan peningkatan yakin dalam diri mereka

-ummAmeera

Sumber: Noor Ameera Rahmat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI