Tak dinafikan fungsi sebenar doula adalah berada di sisi sebagai peneman wanita hamil sepanjang proses melahirkan dan berpantang. Doula memberi sokongan kepada wanita hamil ketika bersalin dan berpantang dari aspek mental dan fizikal serta emosi, membantu wanita hamil dan selepas bersalin mengharungi cabaran menjaga bayi.
Namun demikian perlu faham peranan doula tidaklah sehingga melangkaui tugas profesional bagi menggantikan peranan doktor, pakar perubatan, jururawat mahupun bidan.
Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam, 27 merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim berkongsi pengalaman dan memberi penjelasan menggunakan khidmat doula yang berada di sisi baginda untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak baginda di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Berikut penjelasan YM Che Puan Khaleeda;
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah meluangkan masa untuk menjelaskan kepada saya secara keseluruhan mengenai apa yang telah berlaku. Saya sendiri telah menghubungi doktor pakar obstetrik saya, Dr Ravi yang merupakan ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (OBGYN) di Malaysia untuk mendapatkan pemahaman secara lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa nama saya telah disebut kerana saya mempunyai doula yang berada di sisi saya untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak saya.
Ads
Apa yang saya ingin semua orang tahu ialah;
1. Saya melahirkan anak di hospital di mana saya dikelilingi oleh pakar-pakar perubatan.
2. Doula saya @red_miller_midwife merupakan doula yang SAH serta mempunyai ribuan pengalaman menyambut kelahiran dan TIDAK akan campur tangan sekiranya ada perkara perubatan yang perlu dilakukan.
3. Melalui pengalaman saya, saya mempunyai OBGYN dan doula untuk bekerjasama dalam semua kelahiran anak saya tetapi tidak pernah sesekali doula saya melangkaui keputusan OBGYN saya kerana kami tahu kami berhadapan dengan situasi di ambang HIDUP & MATI.
Sekeping gambar saya bersama DYAM Tunku Mahkota Johor, OBGYN saya, ketua jururawat dan Doula saya. Lokasi – Hospital Sultanah Aminah
Kepada ibu-ibu baru & para ibu di luar sana, nasihat saya kepada anda adalah bahawa meskipun anda telah membayangkan kelahiran anak yang indah untuk diri sendiri dan bayi anda, ingatlah sentiasa dalam fikiran anda bahawa apa-apa perkara boleh berlaku sebaliknya dalam sekelip mata. Jangan ambil perkara ini dengan mudah dan sentiasalah utamakan keselamatan anda dan yang paling penting adalah keselamatan bayi anda.
Ads
Ribuan terima kasih kepada Dr Shikin kerana membangkitkan perkara ini kepada saya. Saya yakin bahawa mahkamah telah membuat keputusan yang tepat. Tiada seorang pun yang berhak disalahtuduh sebagai pembunuh dan saya juga tidak bersetuju dengan pembulian siber.
Dengan itu, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih berpendapat bahawa perlunya kehadiran pakar perubatan di sisi anda walaupun anda inginkan seorang doula dan pelahiran yang sempurna.
Saya juga berharap suatu hari nanti pihak KKM boleh mewujudkan sebuah organisasi yang terancang untuk doula agar mereka dikenali dan boleh bekerjasama dengan pihak hospital. Supaya kita mampu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ads
Terdahulu, DYAM Tunku Ismail dan YM Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda telah mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2014. Pasangan diraja dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah,4. Anakanda kedua dan putera sulung diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim,3 dan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim,1.
MW: Semoga penjelasan ini menjawab persoalan dan kekeliruan ramai mengenai khidmat doula yang digunakan untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak YM Che Puan Khaleeda.
Bella mimpi anak pegang ular besar, dedah seperti ‘diganggu’ terpaksa minta bantuan ustaz & ustazah. Allahuakhbar seramnya bila mendengar pendedahan Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff Aziz.
Dek kerana ‘gangguan’ itu, Bella menyatakan dia kini mengambil pendekatan untuk berhati-hati dalam memuat naik sebarang perkongsian di media sosial terutamanya gambar keluarga.
Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar
Menerusi temubual yang dipetik dari rancangan Melodi, Bella mendedahkan dirinya dan keluarga seperti ‘diganggu’ sehingga terpaksa memanggil ustaz dan ustazah untuk mengubatinya di rumah.
“Saya jarang muat naik di Instagram sebab saya kurang sihat. Saya mula berubat dan minta ustazah datang rumah. Saya berhusnuzon selalu. Pergi ke klinik sahaja tapi benda ni tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita jadi lain. Jadi kuat marah-marah.
“Lebih mengejutkan, anak keduanya, Ara Adreanna akan menjerit seperti meracau tidak henti antara pukul 2.00 hingga 4.00 pagi setiap hari. Namun, apabila berjumpa dengan doktor, pegawai perubatan terbabit mengatakan anaknya tiada apa-apa masalah.
“Anak kedua saya setiap hari setiap malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi akan menjerit-jerit, nangis dan meracau yang tak henti. Masalahnya setiap hari. Dari situ saya kena ikhtiar juga. Rasa tak boleh bekerja, sakit badan.
Setiap Hari Mimpi Ular
“Setiap hari saya mimpi ular. Saya mengadu kepada ibu saya dan ibu saya cakap ‘kalau mimpi ular buat orang belum berkahwin maksudnya ada orang nak masuk meminang tapi kau dah kahwin’. Tapi tak pernah fikir tentang sihir-sihir ni.
“Sampai saya tak sihat, saya minta ustazah datang bawa air Zam-Zam dan saya bercerita. Itu perkara yang tidak baik sebab saya mimpi itu berturutan.
“Mimpi ular yang besar, ular yang putus, anak saya Ayden pegang ular itu. Saya berterima kasih kepada ustaz dan ustazah yang datang ke rumah saya,” ungkap Bella.
Takut Nak Kongsi gambar Bersama Suami & Anak-Anak
Bukan itu saja, dek kerana itu juga dia mengambil keputusan untuk kurangkan berkongsi gambar bersama keluarga.
“Kita jangan menunjuk sangat. Ramai juga bertanya adakah saya dan Aliff bergaduh bila tak kongsi gambar bersama. Sebenarnya saya nak elak perkara sebegini.
“Saya takut nak kongsi gambar berdua dan anak-anak. Mungkin lepas ini, boleh kongsi tapi tak banyak. Saya kena berhati-hati dan jaga diri. Alhamdulillah Aliff memahami, dia pun nak berubat.
“Aliff cakap dia nak hidupkan suasana rumah itu dengan selalu solat berjemaah, mengaji. Sekarang alhamdulillah memang saya dah OK.
“Kalau tak sebelum ini, nak bersolek tengok cermin pun tak larat, berdebar tapi saya ingat macam anxiety tetapi rasa macam seram sejuk. Itu pertama kali berlaku dan saya harap itu yang terakhir yang terjadi,” cerita Bella lagi.
“Semoga Bella Tabah & Kuat” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Bella sekeluarga.
Sesungguhnya ajal dan maut adalah ketentuan tuhan. Bila ajal menjemput ia tidak mengira tempat dan waktunya. Hajat seorang wanita untuk tunaikan tanggungjawab mengundi tidak kesampaian apabila, dia rebah dan terus meninggal dunia ketika beratur menunggu giliran untuk membuang undi di SMK Pulau Serai, Dungun, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi, mangsa, Rokiah Sulong, 54, dari Kampung Pelandang yang beratur di saluran dua, rebah secara tiba-tiba dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan beberapa minit selepas kejadian.
Anak sulong mangsa, Nur Zita Md Nur, 36 berkata, dia dan emaknya keluar dari rumah kira-kira jam 8.00 pagi untuk mengundi.Dia ketika itu beratur di saluran dua manakala ibunya itu beratur di saluran empat.
“Saya mendengar suara ada orang rebah dan tak sangka ia adalah emak sebelum seorang penduduk memaklumkan kepada saya.
“Saya bergegas ke saluran emak dan mendapati emak ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah,”
“Ketika keluar dari rumah emak seperti biasa dan tiada tanda-tanda sakit atau tidak sihat.Dia kelihatan gembira untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.
” Emak memang ada penyakit darah tinggi dan sebelum keluar dia sudah makan ubat,” katanya.
Pegawai Perubatan yang tiba mengesahkan emak sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke rumah untuk urusan pengebumian.
Terkejut Namun Redha
Kata Nur Zita, dia dan keluarga masih terkejut dengan kejadian itu tetapi menerima ketentuan dengan redha.
“Sewaktu kejadian kami beratur di saluran berbeza dan sebaik dimaklumkan oleh orang ramai saya terus ke sana.
“Ketika itu emak sudah pengsan dan saya melihat dua hingga tiga kali dia menarik nafas panjang sebelum disahkan sudah tiada.
“Emak tidak sempat membuang undi tetapi saya tetap meneruskan tanggungjawab walaupun amat sedih dan terkejut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian itu.
Jenazah mangsa kemudian dihantar ke rumah di Kampung Pelandang selepas keluarga mengesahkan mangsa menghidap penyakit darah tinggi serta masih menjalani rawatan.
Mingguan Wanita ucapkan salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman.
Ini memang rare! Jika selalu buah-buahan seperti strawberi, kiwi dan markisa di makan begitu sahaja atau dibuat jus, tapi melalui perkongsian Puan Yasmin Karim ia boleh dijadikan sambal! Memang unik dan lain daripada yang lain. Jika tak cuba tak tahu rasanya. Mak-mak boleh cedok resipi dan buat sendiri dirumah nanti.
Menurut beliau resipi sambal buah yang dibuat ini agak pedas, jadi ubahsuai ikut tahap kepedasan masing-masing. Malah jika ada yang nak share dan buat berniaga dengan resipi sambal buah ini pun dipersilakan. Alhamdulillah moga, bertambah murah rezeki kepada pemilik resipi ini.
Berikut antara resepi sambal buah yang dikongsikan;
SAMBAL STRAWBERI
Bahan-Bahan:
BAHAN A (KUKUS)
5 biji Cili Merah
5 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang merah
5 biji Cili Padi Merah
20 gram Kismis
BAHAN B
15 biji Strawberi
30 gram Gula Melaka
15 gram Belacan
1/2 sudu makan Garam
TIPS BONUS PILIH CILI
Kalau beli cili, min suka beli yang lentik-lentik dan kerinting. Jangan beli yang lurus dan berkilat macam showroom ferrari tu. Sebab pedas dia menyegat sangat sampai hilang deria rasa semua ?
Cara Membuat:
1.Strawberry potong 4 dan gaul dengan gula melaka. Biar dalam 15 minit kasi jus strawberry tu keluar.
2. Kukus semua bahan A sampai layu dan blend kasar.
3. Letak 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dah kukus dan blend tadi. Bila dah pecah minyak atau ada bunyi sizzling baru masuk strawberi, belacan, garam dan gula.
Hidang dengan peha ayam yg gebu. Min ada chicken wings je sebab peha dah kena rembat.
SAMBAL KIWI
Bahan-Bahan:
BAHAN A (KUKUS)
2 biji Tomato Hijau
5 ulas Bawang putih
5 ulas Bawang merah
15 biji Cili Padi Hijau
5 biji Cili Hijau
1 biji Bawang Holland
BAHAN B
3 biji Kiwi hijau (pilih yang keras)
40 gram Gula Melaka
1/2 sudu makan garam
Cara Membuat:
1. Potong kasar bahan A dan kukus sampai layu.
2. Blend kasar bahan A.
3. Tumis bahan A dgn 2 sudu minyak.
4. Bila bahan A dah masak masukkan kiwi, gula melaka dan garam.
Min hidang dengan tempe garing Kapten Chef dan Telur mata. Yum!
SAMBAL MARKISA
Bahan-Bahan:
5 biji Limau Kasturi
5 biji Buah Markisa
5 gram Belacan
10 biji Cili padi hijau
5 biji Bawang merah
1/4 sudu teh Garam
1 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Tapis dan ambil jus buah markisa dan limau kasturi.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...