Pengat Ubi Kayu  Dan Pengat Keladi Antara Manisan Tradisi Tak Lapuk Dek Zaman

Share

Hidangan berbentuk manisan atau pencuci mulut tentunya mempunyai peminat tersendiri. Manisan seperti pengat memang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Sesuai untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga.

Ini Dua Resipi Pengat Yang Mudah Dibuat, Cubalah!

PENGAT UBI KAYU BERSAGU

Bahan-Bahan:

300 gram ubi kayu

200 gram santan pekat

100 gram sagu mata ikan

1 liter air

1 ketul gula Melaka

2 sudu besar gula pasir atau secukupnya

1 helai daun pandan

1/2 sudu teh garam

Cara Membuat:

  1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

PENGAT KELADI

Bahan-Bahan:

300 gram Keladi

1 liter air

200 gram  santan pekat

1 ketul gula Melaka

2 sudu makan gula pasir atau secukupnya

100 gram sagu mata ikan

1 helai daun pandan

1/2 sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
  3. Masak sehingga kuah agak memekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidang.

 

IKLAN