Hidangan berbentuk manisan atau pencuci mulut tentunya mempunyai peminat tersendiri. Manisan seperti pengat memang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Sesuai untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga.
Ini Dua Resipi Pengat Yang Mudah Dibuat, Cubalah!
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu
200 gram santan pekat
100 gram sagu mata ikan
1 liter air
Ads
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Ads
Cara Membuat:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
Angkat dan sedia untuk dihidang.
PENGAT KELADI
Bahan-Bahan:
300 gram Keladi
1 liter air
200 gram santan pekat
1 ketul gula Melaka
Ads
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100 gram sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya kalau menikmati masakan yang bersantan seperti masak lemak kan? Agaknya apa tengah hari ni agaknya? Dah ada terfikir apa hidangan nak disajikan untuk keluarga? Boleh cuba masak dua sajian yang MW kongsikan ini. Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Masak Lemak Putih Telur Bersama Suhun Dan Fucuk.
Sedapnya Dua Hidangan Ini
Masak lemak itu sesuai untuk anak-anak kerana tak pedas dan rasanya yang lemak pasti membuka selera anak-anak untuk makan nasi. Manakala masak lemak cili api tu pula tentu untuk mak dan ayah yang lebih suka pedas.
Kedua masakan berasaskan santan ini tak susah nak dimasak. Bahan yang diperlukan juga tak banyak sangat. Selamat mencuba!
MASAK LEMAK CILI API DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500 gram daging tetel
1 liter santan cair
300ml santan pekat
2 batang serai-diketuk
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili api (lebihkan cili api jika suka pedas)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
¾ inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Cuci daging tetel dan toskan. Ketepikan.
Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar halus, serai dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih dan masukkan daging tetel.
Masak daging tetel dengan api sederhana sehingga menjadi empuk dan masukkan garam secukup rasa.
Masukkan santan pekat. Masak sekejap sambil kacau daging sekali sekala. Matikan api dan boleh dihidangkan.
MASAK LEMAK PUTIH TELUR SUHUN DENGAN FUCUK
BAHAN-BAHAN:
80 gram suhun – kerat pendek dan direndam
3 keping fucuk – kerat pendek dan direndam
3 biji telur ayam
1 biji bawang besar – hiris kasar
2 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Garam secukupnya
Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK
Masukkan santan cair bersama hirisan bawang besar ke dalam periuk dan dimasak sehingga mengelegak. Masukkan suhun dan fucuk dan kacau perlahan sehingga fucuk dan suhun lembut.
Pecahkan telur ayam satu persatu secara perlahan-lahan ke dalam periuk.
Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya telur tidak hancur dan santan tidak terbit minyak. Masak dengan api perlahan
Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan cili merah.
Matikan api dan siap untuk dihidangkan. Sedapnya bila dimakan dengan nasi putih panas.
Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu! Ayam bakar antara resipi istimewa kegemaran seisi keluarga. Mudah disediakan dan sangat berbaloi buat sendiri. Lebih-lebih lagi jika keluarga besar, anak-anak ramai.
Selalunya kita buat ayam bakar, terus panggang dalam oven. Rupanya apabila ayam dimasak terlebih dahulu bersama kuah sebelum dibakar, membuatkan iya lebih sedap dan wangi. Malah ayam pun, yakin masak sempurna.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ini sebagai panduan;
Semalam beli ayam seekor RM7. Kecik je. Ayam RM7 dan bahan-bahan bakar tu semua memang ada kat rumah. Makan sampai malam untuk 5 orang.
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Bahan-Bahan:
Ayam seekor/ whole leg 4
1 biji Bawang Holland
3 ulas Bawang putih
1 1/2 inci Halia
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(bahan-bahan di atas semua blend sekali)
1 biji Kentang – nanti rebus bersama ayam.
Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam
(apa yang ada je boleh)
Brocoli
Carrot
Kentang
Bawang Holland
Cendawan Shitake
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan kiub ayam.
2. Kemudian masukkan seekor ayam.
3. Masukkan juga kentang yang telah dipotong empat.
4. Saya memang akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu. Sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat untuk pastikan ayam masak waktu dibakar.
Kalau rasa ayam belum masak, tapi kuah semakin pekat hanya tambah air sikit-sikit sampai ayam masak.
5. Kemudian, keluarkan ayam dan kisar kentang yang direbus bersama ayam tadi dan tuang semula dalam kuali.
6. Selepas blend kentang tadi, kuah jadi pekat dan lemak-lemak berkrim.
7. Letak ayam dalam tray dan letak la sayur yang ada. Suka hati la nak sayur apa. Sayur boleh letak sekali, sebab ayam dah masak, tinggal bagi garing bahagian luar je.
8. Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200 selama 60minit. 15 minit pertama api atas bawah, selebihnya api atas sahaja.
9. Siap bakar dah. Kuah-kuah sikit tu makan ngan nasi nanti.
Nasi Planta
Bahan-Bahan:
Beras
Planta
Halia hiris
Bwng besar hiris
Cara Membuat:
1. Cairkan planta tumis bawang besar dan halia sehingga layu.
2. Masukkan beras, garam sedikit dan gula sedikit.Bagi rasa balance.
3. Sukat air macam biasa, masak nasi dalam periuk biasa.
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap dan menyelerakan Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS ni. Boleh cuba nanti, namun pastikan masak dulu ayamnya bersama kuah sebelum dipanggang.
Bila tengok resepi Sambal Belacan Thai yang dikongsi oleh Puan Zieha Na Zieha, nampak gaya memang menggoda! Nak-nak pula kalau makan dengan ulam-ulam hijau.
Jadi daripada membawang, baik kita menyambal. Kata Puan Zieha, sambal belacan thai ini kali kedua buat, memang stok untuk sebulan. Tapi biasanya tak dan sebulan pun, 2 minggu je dah habis.
Bahan Untuk Masak Sambal:
1 mangkuk penuh lada kecik
6 biji lada besar
1 biji bawang holland (bakar)
6 ulas bawang putih (bakar)
8 biji limau kasturi (potong 2 buang biji)
1/2 cawan cuka
1 keping nisan/gula melaka
1 sdk garam
3 sdb gula
1/2 sdk belacan
Cara Godek Sambal Belacan Thai:
Blend semua pastu siap silalah makan.
MW: Kalau ada sambal, makan nasi panas-panas, siap boleh bertambah-tambah walau lauk cuma ayam goreng.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fasha nasihat wanita perlu miliki duit simpanan sendiri. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Fasha ini.Keberaniannya menghadapi liku-liku kehidupan, termasuk mengharungi pelbagai ujian dan kontroversi,...