Rata-rata isteri mengangap bahawa apabila suami meninggal dunia, wang simpanan suami, EPF menjadi hak milik mutlaknya. Hanya bersandarkan kepada sijil nikah dan sijil kematian memang tinggal mimpilah harapan anda yang menggunung tinggi.

Begitu juga jika suami meletakkan isteri sebagai penama, tidak bermakna anda boleh melakukan sesuka dengan harta suami yang ditinggalkan. Penama sebenarnya hanya sebagai pemegang amanah, sebenarnya wang EPF masih perlu bahagi ikut faraid atau muafakat waris.

Ikuti perkongsian, Siti Zainab Abd Raof :

Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya. Nah ini dia sijil kematian suami saya.”

“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

Kenapa perlu surat kuasa pula tuan. Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?”
Soalan dibalas dengan soalan.

Mengikut dalam sistem kami, arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.

Apa? Kenapa macam itu pula. Sijil kematian dan surat nikah ini tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?

Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

Maaf puan. Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan. Jika berlaku kematian tanpa penama, kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA (letter of admin) jika tidak berwasiat.

IKLAN

Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.”
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.

Tambahan pula, jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

Korang tahu tak surat kuasa itu apa?

Beringatlah

Sila ingat ya.

Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka.

Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si mati.

IKLAN

Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?

Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.

Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun? Boleh saja. Tunjukkan borang DDA (dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid. Kalau hendak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta si mati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!

IKLAN

Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta juga.
Kos siapa nak tanggung?
Waris lah.
Payah jugak kan.

Nak Senang Cerita

Nak senang cerita, semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.

Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat.

So guys,
Sis nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian. Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.

Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO! Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi, harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.
Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.

Rumah, kereta, tanah dan lain-lain.
Jadi, masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Jadi, jom bertindak sekarang.

Sumber: Siti Zainab Abd Raof

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Sebaiknya beringatlah bahawa kematian tidak mengenal masa. Jadi bertindak sekarang sebelum terlambat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI