
Tergamak benar manusia menumpahkan darah di rumah yang seharusnya menjadi tempat berlindung. Tragedi berdarah yang menimpa Allahyarham Sariya Che Hin, 51 tahun, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11 tahun, di Kampung Sekolah, Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang, terus mengundang pilu dan persoalan.

Keluarga Mohon Hentikan Spekulasi
Menurut hasil bedah siasat oleh Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Zahari Noor, Sariya dipercayai menjadi mangsa pertama dalam kejadian ngeri itu.
Kesan kecederaan pada tubuhnya menunjukkan wujud pergelutan hebat, seolah-olah wanita tabah itu berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan diri, mungkin juga untuk melindungi anak kecil yang amat disayanginya.
“Corak kecederaan menunjukkan mangsa cuba menangkis serangan. Kami percaya berlaku pergelutan antara Sariya dan suspek sebelum beliau tewas di tangan penyerangnya,” ujar Dr. Zahari.
Detik Kejadian dan Penemuan Ngeri
Mayat Sariya ditemukan di ruang dapur rumah sewa mereka dalam keadaan ngeri, kepala hampir putus. Manakala Nur Afrina Alisha pula dijumpai meniarap berlumuran darah di tingkat atas, dipercayai diserang tidak lama selepas ibu angkatnya.
Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia akibat tetakan parang di bahagian belakang leher, dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam sejenis pisau pemotong daging, bukan pisau biasa.

Anak kecil itu, yang sejak bayi dipelihara Sariya, merupakan cucu kepada kakak wanita berkenaan. Sariya sendiri mempunyai seorang anak lelaki berusia 28 tahun hasil perkahwinan pertamanya.
Jenazah Dibawa Pulang Ke Kedah
Tragedi ini disedari apabila suami mangsa pulang ke rumah sekitar jam 7.30 malam kelmarin dan menemui kedua-duanya dalam keadaan menyayat hati. Polis kini mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Lelaki berusia 57 tahun itu, suami kepada mangsa, telah direman selama seminggu hingga 25 Oktober bagi membantu siasatan.

Selepas bedah siasat selesai dijalankan petang semalam, jenazah Sariya dan Afrina Alisha dimandi, dikafankan dan dituntut keluarga sekitar jam 5.55 petang. Mereka dibawa pulang ke kampung halaman di Jeneri, Sik, Kedah, untuk disemadikan bersama, seorang ibu dan anak yang tidak lagi dapat dipisahkan, meskipun oleh kematian.

Sementara itu, anak kepada mangsa bunuh di Kampung Sekolah Juru, Seberang Perai merayu agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat palsu berhubung insiden tragis yang menimpa keluarganya.

Mohd Noor Hafifi Hassan, 28, anak kepada Sariya Che Hin, 51, dan abang kepada Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, berkata, keluarga mereka masih terkejut, trauma dan sedih dengan tragedi itu yang berlaku semalam.
“Saya harap netizen jangan buat spekulasi atau tuduhan melulu. Kami masih bersedih dan perlukan ruang untuk tenangkan diri,”ujarnya mengakhiri perbualan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Sumber:https://www.bharian.com.my/ & Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan, Udang Berempah Kari Power Sekali Makan Terus Teringat Kampung Halaman

Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Pada anak bujang kalau teringat penangan mak di kampung mesti tak tahan nak pulang segera. Momen berbuka puasa bersama keluarga tercinta di desa sememangnya sangat dirindui terutama pada perantau.
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan
Mereka yang nak berjimat masak sendiri lebih bagus. Bukar sekadar jimat tetapi rasanya pun enak. Jadi petang ni jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.

Bahan-Bahan:
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air





Cara Memasak :
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
- Kacau hingga sebati kemudian masukkan udang, bila sudah kekuningan masukkan sedikit air (jika suka berkuah) letakkan air lebih.
- Kacau-kacau kemudian masukkan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
- Angkat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas dan teluar dadar.

Baca Disini : Sambal Berkilat Naik Selera! Ayam Malu-Malu Masak Merah Kegemaran Seisi Keluarga
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kereta Safiq Rahim pula dirosakkan, diketuk dengan tukul besi

Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan berhadapan detik cemas apabila diserang individu tidak dikenali, malam tadi.

Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
“Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan cermin bahagian belakang kereta pemain bola sepak kebangsaan terbabit pecah.
Safiq kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.

Polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Sementara itu, Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.
Guna Tukul Besi
“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.
“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lima Sekeluarga Nahas Kemalangan Selamat Dikebumikan

Dua beradik yatim piatu yang juga mangsa nahas kemalangan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka akan menjalani pembedahan di Hospital Melaka esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh datuk kepada dua beradik tersebut, Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas di sini.
Cucu Bakal Jalani Pembedahan

“Saya nak ke Melaka ada lagi cucu satu di ICU (unit rawatan rapi) dan satu di wad. Esok dijangka pembedahan. Pembedahan sebab peha patah akibat pelanggaran,” katanya hari ini.
Memetik laporan Kosmo, seramai tujuh mangsa maut, manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Melaka malam tadi.
Nahas tersebut dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut di lorong tengah lebuh raya menyebabkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang dari arah utara ke selatan gagal mengelak dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Mangsa yang maut adalah Khairul Ikhwan dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2. Dua lagi mangsa adalah ibu bapa kepada Fadzlenna iaitu Ramli dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua Cucu Jadi Yatim Piatu
Menurut bapa kepada mangsa, lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Melaka yakin polis telah mengumpulkan bukti berkaitan sebelum kes tersebut dibawa kepada muka pengadilan.
Pesara polis, Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, yang juga merupakan bapa kepada Khairul Ikhwan, 32, berkata, sehubungan itu pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Insya-Allah pendakwa raya akan mengambil tindakan atas mereka yang didapati melakukan kesalahan menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas.
Sementara itu, Mazupi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia, petugas kesihatan, pihak media selain rakan sejawat anaknya dan menantu yang turut bersama-sama solat jenazah pada hari ini.
“Saya sendiri walau rasa terharu, tapi rasa bersemangat sebab ramai sahabat datang untuk doakan dia. Mudahan Allah terima doa kita semua agar diringankan seksaan kuburnya, dihalang himpitan kubur dan kuburnya dijadikan taman syurga untuk beristirehat hingga hari mahsyar,” katanya.
Seramai tujuh mangsa maut, manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Melaka malam tadi.
Punca Nahas
Nahas tersebut dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut di lorong tengah lebuh raya menyebabkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang dari arah utara ke selatan gagal mengelak dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Mangsa yang maut adalah Khairul Ikhwan dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2. Dua lagi mangsa adalah ibu bapa kepada Fadzlenna iaitu Ramli dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi mangsa yang maut ialah pemandu bas persiaran, Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang yang juga warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

