Pembida jam tangan rolex kekal misteri mahu dikenali sebagai hamba Allah demi Palestin. Tanda tanya siapakah pemilik jam tangan rolex pemberian Raja Arab Saudi, Al Malik Salman kepada Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri kekal menjadi tanda tanya apabila wajahnya di kaburkan semasa sesi penyerahan jam tangan tersebut.
Lebih senang dipanggil hamba Allah, dirinya membuat bidaan akhir pada harga RM135,000 tujuh minit lagi waktu bida berakhir. Dirinya melakukan bidaan itu kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin.
“Hamba Allah” Pembida Jam Tangan Rolex Raja Arab Saudi
Dr Zulkifli yang baru memuat naik pemilik baru jam Rolex itu hanya berkongsi kisahnya dan mengaburkan wajah pembida yang begitu bermurah hati membeli jam berjenama ini demi perjuangan rakyat Palestin.
Dipetik dari aplikasi Xnya, Dr Zulkifli berkongsi kisah pembida ini dan akan menyerahkan RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia di Jordan.
Tulisnya, seutus jam tangan Rolex bertukar tangan.
Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang “Hamba Allah” daripada Pasir Gudang, Johor.
Saya tanya kepada beliau, “Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?”.
Ads
Lakukan Demi Palestin
Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin.
Saya dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar. Saya akan singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.
Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction. Sehingga saat ini, Palestin masih berdarah.
Ads
Terbaharu saya terima info, kem pelarian Palestin di Jabalia pula dibom tentera Zionis Israel. Semoga ini menjadi sejuzuk kecil saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin. لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92).
Mas Anizan Akui Rindu Anak Yang Menetap Di Luar Negara
Ibu mana yang tak menzahirkan rasa rindu bila terpaksa berpisah jauh dari anak. Tapi sudah menjadi lumrah anak gadis, usai mendirikan rumahtangga, berada di sisi suami adalah tempat paling afdal untuk dirinya.
Bagi Datin Mas Anizan, perkahwinan anak sulungnya, Mas Aliza atau mesra disapa Baby sememangnya menggembirakan dirinya. Meskipun terpaksa berjauhan, ia mengukuhkan lagi kasih sayang mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebab bila dah terbenam matahari 1 Syawal itu dah masuk hukum berdosa. Dengan panduan mudah bayar zakat fitrah secara online ini, jangan kata tak ada masa ya mak ayah.
“Lepas ni tak ada lagi dah alasan terlepas bayar zakat fitrah sebab kesibukan kerja kita. Bukan apa, kalau kita asyik tangguh dan melengahkan untuk bayar zakat fitrah sampai terbenam matahari 1 Syawal, hukumnya tu kan dosa!”
Kredit foto : www.zakat.com.my
Hadamkan perkongsian, Nur Aliah Mohd Nor yang dikongsikan secara bergambar. Mudahlah mak ayah nak hadam cara-caranya.
“Sekarang ni semuanya di hujung jari. Mudah kan. Dah, jom buat sekarang! Boleh rujuk gambar step by step di bawah.”
Tekan dekat kotak garis 3 belah kanan atas tu.
Tekan daftar
Isikan semua maklumat ini.
Isikan semua maklumat ini Nota : no telefon pastikan letak 6 di hadapan. Contoh 601326xxxxx
Isikan semua maklumat ini.
Tekan sms kod TAC.
Buka email korang.
Click aktifkan akaun anda
Alhamdulillah sikit lagi nak berjaya. Click log masuk.
Isi username (IC) & password.
Bila dah berjaya masuk, tekan dekat kotak garis 3 belah kanan atas tu, pilih Bayar.
Click zakat fitrah. Actually nak bayar zakat lain pon boleh juga guna platform yang sama.
Boleh pilih nak bayarkan untuk berapa orang. Lepas tu click Bayar Zakat.
Semoga pahala ibadah yang kita lakukan pada bulan mulia ini akan lebih baik dan berganda di sisi Allah swt. InshaAllah.
Kadar Zakat Fitrah 2019 Seluruh Negeri Di Malaysia
Kredit foto : permohonan.my
Nota :
Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Contohnya,
Negeri Perak
Beras Super Special Tempatan 5% : RM7
Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM21.00
Negeri Melaka
Beras Super Special Tempatan 5% : RM7
Beras Import seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan seumpamanya : RM14.00
Negeri Johor
Beras Super Tempatan : RM7.00
Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi ) dan seumpamanya : RM10.00
*Kadar zakat fitrah adalah sumber dari Majlis Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)
Minta tolong sampaikan berita dan info ni pada keluarga kita ye sebab mungkin masih ramai yang belum tahu.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak.Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang meninggal dunia akibat tercekik gula-gula jenis ‘gummy’, telah mengejutkan ramai dan membawa perhatian serius terhadap keselamatan makanan yang bebas dijual kepada kanak-kanak sekolah, khususnya di peringkat sekolah rendah.
Arwah dikatakan telah membeli dua biji gula-gula gummy mata itu sebelum sesi kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.Malangnya, selepas memakan gula-gula kenyal itu, arwah Fahmi dilaporkan tercekik sebelum rebah dan ketika menerima rawatan, arwah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.
Gula-Gula Gummy Bebas Dijual Di Pasaran
Ternyata kes menimpa adik Fahmi turut membuatkan ibu bapa lain berasa gusar apa yang dibeli oleh anak-anak mereka ketika sesi persekolahan. Rupanya, tak hanya gula-gula gummy mata tapi ada bebeberapa jenis makanan ringan viral lain yang boleh merisikokan anak tercekik ketika memakannya.
Arwah Muhammad Fahmi dilaporkan tercekik gula-gula Gummy mata ini ketika disekolahnya.
Sewajarnya mak ayah berkongsi dengan anak-anak apa yang sesuai dibeli dan tidak bagi mengelak risiko anak-anak tercekik gula-gula getah kenyal ini di masa depan.
Memetik perkongsian page Kisah Seram, inilah sebahagian makanan ringan viral yang berisiko seperti Gummy Mata yang menyebabkanb risiko tercekik kepada kanak-kanak:-
1. Jelly Ball
Jelly berbentuk bulat yang sering dimakan dengan cara disedut terus ke dalam mulut boleh menyebabkan tersedak jika tidak dikawal dengan betul.
2. Ice Jelly / Jelly Squeeze dalam Tiub
Sejenis jelly dalam tiub plastik yang perlu dipicit masuk ke dalam mulut. Jika dimakan terlalu cepat, ia boleh terus masuk ke tekak dan menyekat saluran pernafasan.
3. Marshmallow Besar
Melekit dan cepat mengembang apabila terkena air liur, menjadikannya sukar untuk ditelan dengan selamat.
4. Gula-Gula Cincin Getah (Ring Gummies)
Sejenis gummy berbentuk cincin yang kenyal dan sukar dikunyah sepenuhnya, boleh menyebabkan tercekik jika ditelan dalam saiz besar.
5. Candy Spray / Gula-Gula Cecair dalam Botol Spray
Cecair masam atau manis yang disembur terus ke dalam mulut, boleh menyebabkan tersedak jika digunakan dalam jumlah banyak sekaligus.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar OKU nekad jalan kaki balik kampung ke Kelantan. Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) akan diadakan esok, pertama kali remaja berusia 18 tahun akan mengundi. Malah ada yang menyifatkan gelombang keterujaan anak muda yang pertama kali mahu mengundi.
Dek kerana mahu melunaskan tanggungjawab kepada negara, seorang pelajar kelainan upaya (OKU) gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya di Kelantan.
Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kampung Ke Kelantan
Demi tanggungjawab sebagai pengundi, Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, yang juga merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di Pulau Pinang tekad untuk berjalan kaki ke kampung halamannya.
Perkara itu terjadi dek kerana tiket bas ekspres untuk pulang ke Kelantan dikatakan habis dijual.
Muhammad Haikal yang juga seorang OKU Pertuturan dan Pergerakan berjalan sendirian sambil menyorong beg pakaian. Kebetulan ketika itu pensyarahnya bertemu dengan pelajar tersebut.
Ditemui Keletihan
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof menyatakan pelajar tersebut ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.
“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.
“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu nanti.
“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,” ujarnya.
Muhammad Haikal juga menerangkan dia begitu terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan.
Bantuan tersebut juga meringankan beban keluarganya. Anak sulung dari lima beradik itu telah kehilangan ayah tercinta sejak berusia 11 tahun. Sejak ayahnya meninggal dunia Muhammad Haikal memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...