Pemanis mulut ada banyak jenis termasuklah kategori pengat dan bubur. Rasanya yang lemak dan manis, pasti membuatkan sesiapa saja yang menikmatinya tersenyum gembira. Ramai yang pasti menggemari hidangan pemanis mulut. Kalau tak menikmatinya, seolah-olah tak lengkap sajian yang dimakan.
  BUBUR BUAH DELIMA
 

 BAHAN-BAHAN:
 100gm biji buah delima
 250gm santan pekat
 450gm air
 100gm gula atau secukup rasa
 1 1/2 sudu teh tepung jagung
 1/2 sudu teh garam
 1 helai daun pandan – simpul
 CARA MEMASAK:
  - Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
  - Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.
  - Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik. Boleh dimakan sejuk atau panas.
  
 Lagi resipi di sini:
 Uniknya Manisan Tradisional Melayu
 Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka
 https://www.instagram.com/mingguanwanita/
 PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT
 

 BAHAN-BAHAN:
 2 biji pisang nangka  – bentuk bunga
 1 keping mi siput
 100gm gula pasir atau secukup rasa
 50gm gula merah/melaka
 250gm santan
 650gm air
 1 helai daun pandan
 1/2 sudu teh garam
 CARA MEMASAK:
  - Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
  - Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  - Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
  
 BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI 
 

 BAHAN BEBOLA PULUT:
 100gm tepung pulut
 50gm kelapa parut
 30gm gula merah/melaka
 Sedikit air
 Garam secukup rasa
 1 sudu makan minyak masak
 1 sudu teh tepung jagung
 BAHAN UNTUK DOH:
 1 helai daun pandan
 100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
 1/2 sudu teh garam
 UNTUK KUAH:
 250gm santan pekat
 100gm gula pasir
 50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
 650ml air untuk merebus
 CARA MEMASAK:
  - Untuk membuat inti kelapa;  Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam  kuali dan kacau.  Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
  - Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih.  Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
  - Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
  - Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
  - Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  - Siap untuk dihidangkan.