Pemandu bas sekolah “crush” budak sekolah didakwa, menangis di kandang tertuduh.
Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang memaparkan video rakaman murid perempuan sekolah rendah yang juga penumpang diminatinya sebagai “crush” yang dianggap orang ramai sebagai seksual grooming berikutan tindakannya menangis di kandang tertuduh selepas didakwa dengan dua pertuduhan hari ini.
Pemandu Bas Sekolah “Crush” Budak Sekolah Didakwa
Di Mahkamah Seksyen, tertuduh yang berusia 24 tahun berhadapan dengan dua pertuduhan. Bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya.
Perbuatan itu dilakukan dalam bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara 5 hingga 6 petang, April sehingga September 2024.
Bagi kesalahan ini, didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual dengan kejadian ini juga berlaku pada waktu dan tempat yang sama.
Ads
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (iii) AKKSTKK 2017 yang boleh dihukum di mengikut Seksyen 15 akta sama.
Menangis Di Kandang Tertuduh
Pada prosiding itu, dia yang masih bujang kelihatan tunduk sambil menitiskan air mata dari kandang tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Umar Zulkarnain.
Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM50,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan alasan kes ini mendapat perhatian seluruh negara hingga memberikan pelbagai gambaran serta gesaan supaya tindakan diambil terhadap tertuduh.
Ads
“Selain itu juga, kes ini kesalahan serta salah seorang mangsa adalah anak saudaranya dan mereka tinggal berdekatan.
“Justeru pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan perkara ini serta mengenakan syarat kepada tertuduh,” hujahnya.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, serta tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa ataupun saksi pendakwaan sepanjang prosiding ini.
Ads
Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular di media sosial, perempuan berperwatakan lelaki mengenakan ihram seperti lelaki. Bukan itu saja, tetapi dari video dikongsikannya jelas kelihatan dirinya mengenakan jubah dan memasuki kawasan solat jemaah lelaki.
Ramai yang mengeluarkan komen dan menjelaskan individu ini sengaja mencari bala di tanah suci.
Namun sesuatu yang harus kita sama-sama belajar, apa kesan jika melanggar pantang larang dalam ihram kerana rukun-rukun ini adalah wajib disempurnakan.
Baca perkongsian dari fb Nasaruddin Manap yang berpengalaman luas sebagai mutawwif di tanah suci.
Isu perempuan ala pengkid tular di media sosial. Dia bukan sekadar berihram seperti lelaki, idtiba’, terdedah aurat (aurat wanita), melanggar pantang larang dalam ihram.
Impak dia apa tuan-tuan dan puan-puan nak tahu?
Andai dia dah berniat ihram umrah,
Terbuka aurat tak sah rukun-rukunnya, tawaf dan sebagainya
Melanggar pantang larang dalam ihram
Kemudian kalau dia ber”tahlul” gunting rambut
Ke semuanya dia langgar pantang larang dalam ihram….
Dia balik ke Tanah Air masih dalam larangan ihram….
Masya Allah… banyak yang dia kena tanggung …
Kemudian dia berubah dia tukar jadi wanita dia kahwin. Perkahwinan dia tak sah. Anak kalau dia lahir tak sah taraf.
Dia kena bertaubat datang semula ke Mekah, sempurnakan umrahnya, sempurnakan damnya, barulah dia bebas sepenuhnya.
Katanya sekarang berada di Madinah dah ziarah Baginda di bumi Madinah.
Jangan selepas ini ada bala lain yang menimpa.
Jangan mempermainkan agama!!!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bersyukur pada Allah! Sebelum bil elektrik menjadi beban kepada rakyat, kerajaan lebih awal mengambil langkah untuk memberi diskaun. Peka dengan beban penularan Covid-19, rakyat bakal menikmati diskaun enam bulan bil elektrik bermula April ini.
Maklumlah sekarang mak, ayah dan anak-anak banyak habiskan masa di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Maka, langkah ini adalah yang terbaik untuk semua.
Ringankan Beban Di Kala Ekonomi Mencabar
Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, pemberian diskaun bil elektrik itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
15 Peratus Untuk Tarif Perdagangan
Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
“Diskaun 15 peratus ini melibatkan kira-kira 10,000 pemilik akaun daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja. Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, manfaat itu juga akan dinikmati pengguna komersial, industri dan pertanian dengan memperoleh dua peratus diskaun dalam tempoh yang sama.
“Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penjimatan bil elektrik, dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh enam bulan.
“Bagi Sabah, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos RM11.5 juta manakala bagi Sarawak, ia melibatkan anggaran kos RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun,” katanya.
Rakyat Terima Diskaun Dua Peratus
Beliau berkata, semua pengguna domestik dalam kategori domestik atau rumah kediaman turut menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian dua peratus bagi tempoh yang sama.
“Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun dua peratus dalam tempoh tersebut, sebagai tambahan kepada enam peratus yang telah pun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini. Ia dijangka memberi anggaran penjimatan dalam bil elektrik sebanyak RM92 juta, kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB.
“Bagi Sabah, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggar sekitar RM5.7 juta manakala bagi Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta,” katanya.
Menurutnya, kos pemberian diskaun bil elektrik itu akan ditampung kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.
Sumber: Bernama
MW: Diharapkan langkah yang diambil kerajaan ini dapat membantu rakyat yang sedang diuji kini. Maklumlah rata-ratanya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, masing-masing berada di rumah dan melakukan aktiviti di dalam rumah. Jadi sudah tentu, penggunaan bil elektrik akan bertambah dari sebelum ini. Sekurang-kurangnya dengan ada diskaun yang diberikan, terasa ringan sedikit bebanan rakyat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peguam ibu Zara Qairina nafi terima arahan saman doktor terkenal – “Tidak betul..” Peguam kepada Noraidah Lamat, 45, iaitu Hamid Ismail, menegaskan bahawa khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai tindakan saman terhadap seorang doktor terkenal adalah tidak benar.
Peguam Ibu Zara Qairina Nafi Terima Arahan Saman Doktor Terkenal – “Tidak Betul..”
Menurut Hamid, kenyataan yang mendakwa anak guamnya mengarahkan beliau memfailkan saman itu tidak berasas.
“Tidak betul (kenyataan itu),” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sejak awal pagi Jumaat, beberapa hantaran di Facebook mula tular dengan dakwaan kononnya keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut.
Antara hantaran tersebut berbunyi, “Terkini! Ibu Zara Qairina arah peguam saman seorang doktor terkenal” dan “Memang dia terjun sendiri – Keluarga Zara Qairina bakal saman doktor”.
Untuk rekod, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar. Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian remaja ini mencuri perhatian ramai, termasuk di media sosial, apabila ia dikaitkan dengan dakwaan berlakunya kes buli di sekolah berkenaan.
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.