Jika mak-mak ingin merasai kemeriahan suasana berbuka puasa seperti berada di dataran Masjid Masjid Nabawi, Madinah bolehlah datang ke Karnival Karangkaraf 2018 yang berlangsung pada minggu depan. Program ‘Berbuka Puasa Ala Madinah’ adalah antara kelainan di Karnival Karangkraf 2018 yang diadakan sempena Ramadan pada 1 hingga 3 Jun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, program itu mengambil inspirasi suasana berbuka puasa beramai-ramai di dataran Masjid Nabawi, Madinah. Paling istimewa, menurut beliau, juadah berbuka puasa disediakan secara percuma dengan konsep infak dan terbuka kepada semua untuk hadir.
“Selain dapat berbuka puasa beramai-ramai, kita juga nak menggalakkan budaya infak dalam kalangan orang Islam. Di Madinah dan Masjidil Haram, makanan untuk berbuka puasa disedekahkan oleh orang ramai.
“Selepas berbuka, mereka gotong-royong bersihkan tempat dan kemudian solat. Kita nak ciptakan suasana yang sama di Dataran Karangkraf sepanjang tiga hari itu,” katanya.
Sediakan 20,000 Pek Makanan & Beri Peluang Berinfaq
Menurutnya, Karangkraf akan menyediakan 20,000 pek makanan untuk tiga hari tersebut dan turut mengalu-alukan mana-mana pihak lain yang ingin menyumbang.
Ads
“Kita akan sediakan makanan asas seperti nasi, kurma dan air minuman. Namun, kita beri peluang kepada pihak lain khususnya pengusaha kedai makan dan tauke restoran untuk sama menyumbang.
“Inilah masanya untuk merebut pahala di bulan Ramadan kerana lagi ramai yang infak, lagi ramai boleh datang berbuka puasa. Mereka boleh sumbangkan dalam bentuk makanan atau wang dan pihak kami akan hidangkan pada semua yang hadir,” katanya di sini, semalam.
Jangka 10,000 Kehadiran
Hussamuddin berkata, Karangkraf menjangkakan kehadiran sehingga 10,000 orang pada hari kedua dan ketiga program.
“Kita akan duduk bersila beramai-ramai dan berbuka puasa. Selain berbuka puasa percuma, mereka juga boleh beli makanan lain di gerai-gerai disediakan.
“Kita turut sediakan kemudahan seperti masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah dan ruang parkir yang mencukupi. Selepas itu, pengunjung boleh sertai pelbagai program ilmu sepanjang Karnival Karangkraf 2018,” katanya.
Hussamuddin turut menjemput semua pemimpin tanpa mengira parti politik dan pangkat untuk menghadiri program berbuka puasa ini. Bagi pihak yang berminat untuk menginfak, boleh menghubungi urusetia Karnival Karangkraf, Charl Fitry di talian 019-388 9581.
Ads
Kalau nak rasa #BetulBetulRaya, datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2.00pm – 2.00am. Ada pelbagai aktiviti #BetulBetulBest dan jualan barangan raya yang #BetulBetulViral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Rupanya mudah kupas telur kalau ikut video yang dirakam Puan Najah Farahin ini. Anda cuba perlukan 2 step yang tak merumitkan kepala. Dan paling penting, tak perlu tunggu lama.
“Sebenarnya video ni Najah buat untuk students Kelas Online Sandwich Ekonomi Najah. Kalau nak kupas telur sebiji dua tu ok lagi. Buatnya macam Najah pernah dapat order sandwich untuk 3 papan telur. Nak dekat 100 biji tu. Takkan nak ketuk sebutir-sebutir kan.
“Anak murid Najah pun dah dapat order sandwich telur banyak sekarang ni. Tahniah anak-anak murid ku. Bangga cikgu taw!”
Teknik Mudah Kupas Telur
1. Lepas siap rebus telur tu. Lalukan atas air paip lebih kurang 5 minit. Nak bagi telur sejuk. Pastikan telur betul-betul sejuk.
2. Masukkan at least 10 biji dalam periuk dan goncangkan sehingga kulit telur tu tertanggal dengan sendiri. Kalau rebus sepapan tu janganla goncang sepapan terus. Berat nak goncang pula periuk tu.
Tengok Video Nak Lagi Faham
Najah buat versi lemah lembut ja tu. Sebab nak rakam video. Ikutkan staf Najah lagilah dia buat laju kemain. Tertanggal semua sekali kulit telur tu.
Rupanya cuci kipas pun ada bahan-bahan tertentu untuk elak cuci setiap hari, ya!
Ok, biasanya kipas yang kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat. Lagi teruk kesannya angin kipas rasa kurang.
Kebanyakan kita bukanlah ada banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, tambah pula nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Mak-mak tak perlu risau sebab anda boleh guna cara mudah ini untuk elak habuk melekat sekaligus tak perlulah nak kena cuci kipas selalu.
Bahan-Bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara-Caranya:
1. Basuh kipas terlebih dahulu sehingga bersih dan tiada habuk.
2. Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
3. Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
4. Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
5. Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ujian demi ujian menimpa adakala mendewasakan diri untuk merubah menjadi lebih baik. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya, menjadikan diri insan terpilih agar lebih cekal, reda serta membina kekuatan dalam diri. Sebagai seorang wanita, curahan kasih dan sayang sememangnya khas buat suami dan anak-anak. Apatah lagi apabila suami sudah tidak berupaya untuk keluar bekerja. Segala tanggungjawab terpaksa dipikul.
Begitulah juga dengan kisah kecekalan seorang wanita yang tabah, Nor Hamizah Mohd Yusof, 27, menjaga suami yang menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir meruntun hati. Tanggungjawab suami, Mohammad Romzi Ab Rahman, 36, terhadap keluarga kini bertukar kepadanya. Penyakit yang dihidapi oleh suami benar-benar menguji mereka sekeluarga. Usia perkahwinan yang sudah mencecah tujuh tahun, cukup membuktikan betapa utuh ikatan yang dibina apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata.
“Saya telah mendirikan rumahtangga tujuh tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya lelaki. Anak yang sulung, Mohammad Amir Farhan, 6, Mohammad Anas Fikri, 5 dan yan kecil Mohammad Ammar Firdaus, 11 bulan.
“Saya mengetahui penyakit yang dihidapi oleh suami selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, buah pinggang suami hanya mengalami masalah kebocoran sejak berusia 18 tahun. Doktor memberikannya ubat dan rawaan susulan. Namun pada tahun 2016, suami mengalami masalah tidak selera makan dan muntah darah. Tubuhnya kurus kerana tidak makan,” ungkap wanita yang sangat cekal ini.
Sedaya Upaya Jaga Suami & Anak-Anak
Kalau dikira kudrat seorang wanita, manakan terdaya untuk mencari rezeki seorang diri dan dalam masa yang sama kena jaga suami dan tiga orang anak.
Namun, demi kasih dan cinta, Nor Hamizah buang jauh-jauh perasaan itu. Baginya, selagi hayat dikandung badan, dia akan berusaha sedaya-upaya menjaga suami dan anak-anak. Nor Hamizah juga turut mengimbau kembali tatkala doktor memberitahu tahap kesihatan suaminya.
“Satu hari suami pergi kerja seperti biasa dan ketika waktu rehat suami kata dia muntah darah. Saya sangat terkejut dan terus bawa anak-anak naik motor menuju ke Hospital Besar Kota Bharu.
“Ketika doktor memaklumkan kepada saya bahawa kedua-dua buah pinggang suami saya rosak dan tahap akhir, saya terus menangis. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya saya ketika itu apatah lagi doktor bagi tahu tiada ubat selain dialisis cuci darah sahaja.
“Paha suami saya terpaksa ditebuk untuk dimasukkan wayar. Sekali lagi saya menangis. Ketika itu pelbagai perkara berlegar dalam fikiran saya. Bayangkan, sudahlah suami sakit, anak-anak pula masih kecil yang perlu diberi perhatian. Sejak kahwin, kami tidak pernah berpisah kecuali dia pergi kerja,” ungkap Nor Hamizah.
Dialisis Tiga Kali Seminggu
Mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan akui kerana masalah kesihatan, suaminya yang berkerja di kilang tidak dapat lagi bekerja dan mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Kini tanggungjawab tersebut digalas Nor Hamizah dengan penuh reda.
“Suami terpaksa buat dialisis tiga kali seminggu. Saya sangat simpati dengannya kerana pesakit buah pinggang tidak boleh minum air lebih daripada 500 milileter sehari.
“Memang mula-mula saya susah nak menjaga suami dengan keadaan tubuhnya yang lemah. Makan minum kena suapkan ditambah pula dengan anak-anak yang masih kecil.
“Namun saya tidak putus asa. Saya lakukan yang terbaik demi suami dan anak-anak. Saya kena kuat walaupun penat,” terangnya lagi.
Jual Biskut & Kerepek Beli Lampin Pakai Buang
Bagi menampung perbelanjaan keluarga Nor Hamizah juga mengambil upah menjual biskut dan kerepek. Hasil daripada semua itu, dapatlah dia gunakan untuk membeli makan minum, lampin pakai buang, susu, sewa rumah dan yuran sekolah anak.
“Saya yang bekerja dan menangung keluarga. Saya mengambil upah menjual biskut dan kerepek. Adakala saya jual menerusi online dan dari rumah ke rumah,” sambung Nor Hamizah.
Sudilah Hulurkan Sumbangan
Keperitan hidupnya sedikit terubat apabila menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300.00, duit pencen suaminya sebanyak RM500.00 sebulan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) setahun sekali serta sumbangan daripada rakan-rakan.
“Saya dapat bantuan dari JKM, MAIK dan wang pencen suami namun bantuan yang diterima hanya mencukupi untuk bayar sewa rumah dan makan minum kami sekeluarga,” luah Nor Hamizah.
“ALLAH sungguh berat ujian yang kau berikan kepda kami sekeluarga ..ya ALLAH dengan keadaan suami xdpat kerja dangan ank2 kcik kau uji kami sekeluarga dgan sgala maslah kesihatan kewangan ya ALLAH .kami btul2 terdesak ngan khidupan nie kami btul2 dlm ksusahan skrang ya ALLAH bantulah kami kami xdei wang simpanan kami xdei makanan smpanan xdei susu pempes beras …kami 1family hanya bergantung pada bantuan jkm sebanyak 300 dan pencem 500 berbekalkan 800 sbulan i2 lah kami gunakan untk bayar sewa rumah rm450 bil api air yuran seklh 2brdik susu pempes beras barang dapur ..yuran sklah dah 2bulan tertunggak saye istri hanya berkerja bila ad jiran2 perlukan pembersih rumah ad kla dlm sbulan 1hari je hanya dangan upah sbyak 30 ringgit..ya ALLAH bulan ini btul2 ALLAH menguji kami dgan keadaan sye yang mengalami maslah ksihatan ngan keadaan suami ltih lesu dengan penyakit yg dihadapinya ngan keadaan kwangan kami btul2 xstabil bantuan jkm xmsuk pencen xmasuk.kami memohom padamu ringankan beban kami sihatkan tubuh badan kami..kami meminta untk kaya kami mohom sngat2 berikan kesmbuhan kesihatan kepada suami kami supaya dapat mencari rezki berkerja seperti dahulu ya ALLAH ..kami luaskan disini bkan hanya untk memohom simpati trima kecaman kami btul2 terdesak sngt2 terdesak ngan beras makanan susu pempes kewangan semua xdei ..kami sekeluarga harap ad sinar dlm kdupan kami kami terdesak ya ALLAH ..ya ALLAH jika ad yg dpat mnawarkan kerja sye Nk sgat2 dkat dagn kawasan tempat tinggal sye insyaallah Sye akan kerja …seadanye ad yg Nk bagi Sye mengasuh anak pon sye trima sye ..sye btul2 perlukan pertlngan sye xsnggup nk tgok anak2 klparan xsnggup tgk suami sye naik darah tinggi pikirkan keadaan cukuplah dgan kejdian2 yg berat telah menimpa sblum ini …andainye ad insan yg sudi menolong membantu berbanyak trima kkasih kami skluarga …kami tgal dkat flyover kubang kria jlan p.hor …suami skit buah pinggang darah tinggi dialisis 3kli sminggu… ..hari nie kami terpaksa pecah tabung untk menbeli mkanan susu anak untk kami mkm kami ..
NO TLEFON SYE 0179452198 SEANDAINYE AD PERTANYAAN .
0301041000419146 bsn nor hamizah”
Bagi anda yang ingin membantu bolehlah hulurkan sumbangan kepada keluarga ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...