Ads

Pelajar Universiti Pilih Nikah Di Sempadan, Terpedaya Suami Kaya Rupanya Semua Harta Milik Isteri Pertama

Pelajar universiti pilih nikah di sempadan, terpedaya suami kaya rupanya semua milik isteri pertama. Hasrat seorang wanita muda untuk hidup senang selepas berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang bertukar menjadi episod penyesalan apabila kemewahan yang disangka milik suaminya rupa-rupanya hanyalah harta isteri pertama.

Pendedahan itu dikongsikan Peguam Syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Fahmi Ramli Official yang mengendalikan kes wanita berusia bawah 25 tahun tersebut apabila dia tampil memohon fasakh selepas setahun bernikah secara rahsia di sempadan Thailand.

Jelasnya,  kisah ini bukan untuk menghukum sebaliknya sebagai peringatan buat wanita yang berhasrat menjadi isteri kepada lelaki yang telah berkeluarga tanpa menyelidik latar belakang sebenar.

Menurut Fahmi, perkahwinan berkenaan tidak didaftarkan secara sah di Mahkamah Syariah Malaysia kerana lelaki tersebut tidak mahu isteri pertama mengetahui hubungan mereka.

“Apabila dia datang untuk failkan fasakh, saya maklumkan perlu buat pengesahan nikah poligami di Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu kerana sijil nikah Siam tidak terus terpakai di sini,” katanya.

Terpesona Dengan Gaya Hidup Mewah

Peguam Syarie  menjelaskan, sebelum berkahwin wanita itu percaya lelaki terbabit seorang yang berada.

Ads

“Wanita tersebut pada awalnya percaya bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang berharta. Ada kereta besar. Kiranya sebelum ini, pernah senyap-senyap keluar date dengan kereta tersebut. Pernah dibelikan hadiah Iphone 11.

“Dia pula ketika itu seorang pelajar universiti sahaja. Tak ada pendapatan. Bila dia dapat lelaki yang kononnya kaya itu, dia rasakan ada orang yang boleh tanggung dirinya.
“Bila dah berkahwin ni baru tahu, rupanya lelaki tersebut tidak ada pekerjaan tetap, sebaliknya isterinya yang memiliki harta-harta termasuk kereta mewah sebelum ini.

“Kereta dan harta yang ditunjukkan sebelum ini sebenarnya milik isteri pertama. Lelaki itu pula tidak mempunyai pekerjaan tetap,” dedah Fahmi.

Nafkah Terabai, Isteri Pertama Tuntut Hak

Keadaan menjadi semakin rumit apabila isteri pertama mengetahui perkahwinan tersebut dan memfailkan perceraian selain menuntut nafkah anak, nafkah edah, nafkah tertunggak serta mutaah.

Ads

“Isteri pertama pun dah dapat tahu tentang perbuatan curang suaminya serta tahu tentang pernikahan ini. Dan isteri tersebut telah memfailkan perceraian.

“Patutlah bila lepas kahwin, dia tak mahu sahkan di Mahkamah, rupanya baru tahu, suaminya itu tidak mampu. Nafkah untuk dirinya pun terabai. Sampaikan dia terpaksa pula kini, menanggung kandungan anak yang bakal dilahirkan tanpa nafkah yang cukup.

“Rumah pun hanya duduk di rumah ibu bapa sendiri sahaja. Baru tahu juga, rupanya suaminya seorang panas baran. Tak cukup dengan itu, dari sehari ke sehari, datang saman baru kepada suaminya dimana bekas isteri menuntut Nafkah Anak, Nafkah Eddah, Nafkah Tertunggak dan Mutaah.

Ads

Dia akhirnya tak tahan. Rupanya, kemewahan tersebut hanya wayang dan tumpangan milik orang lain. Bukan pula harta sepencarian, sebab bekas isteri yang telah beli segalanya.

Akhirnya, wanita ini menyesal dan minta kisah ini disampaikan kepada wanita-wanita lain agar menjadi pedoman kepada mereka. Jangan kahwin semata-mata janji manis dan muka hensem sahaja. Selidik betul-betul latar belakang bakal pasangan. Kalau sanggup bermadu sekalipun, buat cara yang betul.
Ramai lagi lelaki Single yang ok kat luar tu.

Pelajar Universiti Pilih Nikah Di Sempadan, Terpedaya Suami Kaya Rupanya Semua Harta Milik Isteri Pertama

Mulakan hari dengan mandian aromaterapi yang memulihkan kesegaran dan menstabilkan aura positif.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ciuman Akhir Seorang Ibu… Amyza Aznan Sekeluarga Tidak Dapat Menahan Sebak

Amyza Aznan dilihat tidak mampu menahan air mata yang tidak henti-henti mengalir ketika memeluk arwah anaknya buat kali terakhir di  perkarangan Masjid Al- Khairiah, AU3 Keramat