Pelajar tingkatan 3 kritikal, disyaki mangsa buli di asrama. Seorang pelajar Tingkatan Tiga kini berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama. Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata, anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal, Disyaki Mangsa Buli Di Asrama
Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anaknya mengalami pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.
“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.
“Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi.
Ads
Warden kata Irfan jatuh dari tingkat tiga selepas makan mi segera. Tapi dalam laporan perubatan, dalam perutnya langsung tiada sisa makanan,” jelasnya.
Ditanya sama ada Ahmad Irfan pernah mengadu mengenai perkara tersebut, Siti Muhaini memberitahu anaknya sentiasa ceria malah aktif di sekolah.
“Sebelum ini dia tidak pernah tunjuk ada sebarang masalah dengan rakan-rakan. Ahmad Irfan memang aktif, dia ada jawatan dalam biro agama asrama,” ujarnya.
Ads
Ahmad Irfan kini dilaporkan ditidurkan di hospital dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan.
Air mata seorang ibu tidak akan pernah kering apabila kehilangan anak yang dikandung dan dibesarkan penuh kasih sayang. Namun, bagi Fatimah Latiff, 67, deritanya bukan sekadar kehilangan seorang anak, bahkan juga cucu yang baru berusia 11 tahun dengan cara kematian yang paling mengerikan.
Hari ini, di pekarangan Mahkamah Tinggi Melaka, suaranya terketar menahan sebak saat mengungkapkan perasaan.
“Saya reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini tetapi saya tidak akan maafkan dia (tertuduh) sampai mati. Dia kerat anak dan cucu macam seekor ayam…”
Fatimah merujuk kepada tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 36, warga Singapura yang juga menantu dan suami kepada Allahyarhamah Norfazera Bidin, 27. Lelaki itu hari ini dijatuhi 72 tahun penjara dan 24 sebatan selepas didapati bersalah membunuh isteri dan anak lelakinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah pada Oktober 2019.
Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis menetapkan keputusan itu diakhir kes pembelaan selepas meneliti hujah dikemukakan oleh pihak defendan dan plantif berhubung pemberat bagi hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta keterangan impak oleh adik, ibu dan kakak mangsa.
Beliau dalam penghakimannya berkata, berdasarkan laporan patologi dan keterangan sepupu tertuduh, tindakan mengerat serta membuang bahagian tubuh kedua-dua mangsa di kawasan berbeza menunjukkan tertuduh tidak mahu identiti mangsa dikenal pasti.
“Tidak diragui bahawa perbuatan tertuduh adalah sangat brutal apabila meletakkan kepala isterinya di atas siling rumah. Namun, pindaan hukuman mati telah dibuat oleh pihak kerajaan pada 2023 dan saya menyifatkan situasi ‘nyawa dibalas nyawa’ tidak memberi justifikasi pada kes ini.
“Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan serta bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan agar kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan bermula tarikh ditangkap 11 Oktober 2019,” katanya.
Berdasarkan dua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian terhadap Norfazera Bidin, 27, dan Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11, di sebuah rumah bernombor di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 6 petang pada 6 Oktober 2019 dan pukul 7.30 pagi pada 7 Oktober 2019.
Lebih menyayat hati, kepala Norfazera ditemui disorokkan tertuduh di siling rumah mereka di Batu Berendam, seolah-olah nyawa insan bergelar isteri tiada sebarang nilai.
Dalam linangan air mata, Fatimah masih mengingati detik memandikan jenazah anak perempuannya.
“Saya masih ingat keadaan ketika memandikan jenazah anak, malah sehingga hari ini anggota tangan anak dan cucu masih tidak ditemukan.
Apa yang dia lakukan jauh lebih teruk daripada binatang. Binatang pun tahu sayangkan keluarganya…”
Walaupun reda dengan keputusan mahkamah, keluarga tetap akan membuat rayuan agar hukuman gantung sampai mati dipertimbangkan.
Kisah tragis itu pernah menggemparkan negara pada 2019. Norfazera dan anak lelakinya dibunuh dengan kejam, anggota badan mereka dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian, lalu dibuang di beberapa lokasi termasuk kawasan semak dan tong sampah.
Rahsia pembunuhan ini terbongkar selepas kakak mangsa datang ke rumah kerana gagal menghubungi adiknya. Beberapa bahagian tubuh kemudian ditemui oleh seorang pemotong rumput di Kampung Ladang, Krubong.
Tidak lama kemudian, polis menahan tertuduh, suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tetapi bertukar menjadi pemusnah. Motifnya dipercayai kerana rasa marah terhadap isu rumah tangga yang dibangkitkan isterinya.
Buat seorang ibu, tiada balasan dunia yang mampu mengubat luka hati. Biar apa pun hukuman, Fatimah tahu, nyawa yang pergi tidak akan kembali.
Namun suaranya tetap tegas, penuh dendam yang tidak akan padam:
“Wanita hari ini bukan sekadar pelengkap, tetapi pemacu ekonomi negara”. Wanita dilihat bukan sekadar pelengkap, tetapi juga agen perubahan yang signifikan dalam pelbagai bidang. PUSPANITA menyeru wanita agar terus proaktif, kreatif dan inovatif dalam merencana masa depan. Seminar ini bukan sekadar pertemuan ilmu, tetapi medan menyatukan jiwa-jiwa wanita bestari untuk mengangkat martabat bangsa melalui kuasa keusahawanan.
Terbaru Putrajaya menjadi saksi kepada sebuah agenda penting pemerkasaan wanita apabila Seminar Usahawan Wanita Bestari 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan visi. Usaha sama PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), PUSPANITA Jabatan, serta Yayasan Mahabbah Malaysia, program ini turut mendapat dukungan rakan strategik seperti MEEM Gold, Majalah NONA dan Mingguan Wanita.
Dengan kehadiran sekitar 400 tetamu jemputan, seminar ini menekankan objektif utama iaitu mendedahkan wanita kepada peluang keusahawanan digital patuh syariah, memahami potensi perniagaan baharu, serta menguasai strategi pengurusan dan pemasaran digital.
“Wanita hari ini bukan sekadar pelengkap, tetapi pemacu ekonomi negara. Keberanian mereka mencuba, kreativiti yang tidak terbatas, serta daya juang yang tinggi menjadikan mereka tulang belakang kepada pembangunan ekonomi moden,” demikian intipati yang mendasari penganjuran seminar ini.
Selari dengan aspirasi Dasar Wanita Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), program ini membuka jalan untuk lebih ramai wanita melibatkan diri secara langsung dalam bidang keusahawanan moden.
Fokusnya bukan hanya ilmu asas berniaga, tetapi juga literasi kewangan, pemasaran digital, dan strategi pertumbuhan lestari.
Menariknya, bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, seminar ini turut menyemarakkan roh patriotisme. Jika dahulu perjuangan wanita diterjemah melalui pengorbanan dan keteguhan hati, hari ini ia diteruskan dengan memperkasakan diri, keluarga dan masyarakat agar bangsa terus merdeka dalam erti sebenar.
Turut hadir ialah primadona terkenal Erra Fazira dan penyanyi serta usahawan terkenal Zur Eda yang turut sama berkongsi dan membincangkan isu Revolusi Ekonomi : Transformasi Diri di Era Globalisasi.
Berkongsi pengalamannya ketika sesi bual bicara di Seminar Pembangunan Usahawan Wanita Bestari 2025, Erra berkata wanita nempunyai kelebihan tersendiri.
“Saya berkongsi mengenai transformasi wanita. Saya kongsi perkara asas yang ada kena mengena dengan diri saya, tentang perkembangan ekonomi wanita, bagaimana saya menggalakkan wanita lebih berjaya dan maju zaman teknologi.
Jelasnya lagi “Adakalanya kita berbelah bahagi, sama ada ingin mengejar kariera atau menunaikan anggungjawab kepada keluarga. Bagaimana kita sebagai wanita mahu memainkan peranan agar dua aspek penting itu tidak ketinggalan dan berada di paras seimbang,” jelasnya.
Mengangkat moto “Wanita Sepakat, Negara Meningkat”, PUSPANITA menyeru wanita agar terus proaktif, kreatif dan inovatif dalam merencana masa depan. Seminar ini bukan sekadar pertemuan ilmu, tetapi medan menyatukan jiwa-jiwa wanita bestari untuk mengangkat martabat bangsa melalui kuasa keusahawanan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“RM2 juta tak boleh beli tiket ke syurga” – wanita pesakit barah tolak tawaran jadi duta produk. Demi menjaga maruah dan prinsip hidup, seorang wanita yang pernah melalui detik perit melawan barah sanggup menolak tawaran bernilai RM2 juta daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mempergunakan dirinya sebagai duta produk.
Sarlinawati Abdul Mues, 49, mendedahkan bahawa individu terbabit memintanya membuat pengakuan palsu seolah-olah dia pulih selepas menggunakan ubat dan makanan tambahan kononnya berkesan merawat barah.
Bekas pesakit barah payudara tahap empat itu, yang kini disahkan bebas daripada penyakit berkenaan sejak lebih empat tahun lalu, tegas menyatakan wang sebanyak itu tidak mampu membeli prinsipnya.
“Saya tanya balik kepada pihak yang menawarkan itu, duit RM2 juta boleh beli tiket masuk syurga ke? Bolehkah jamin saya masuk syurga dengan membohongi pesakit barah lain?
“Kalau tak boleh, saya tak mahu. Saya lebih rela hidup susah daripada hidup senang dengan cara menipu,” katanya.
Sarlinawati yang juga pengasas Himpunan Kanser Semalaya berkata, sepanjang tempoh rawatan dahulu, dia sering menjadi sasaran ejen produk yang cuba memaksanya memberi testimoni palsu.
Katanya, pesakit barah sering dipergunakan oleh pihak tertentu kerana ramai dalam kalangan mereka berada dalam keadaan terdesak dan mudah terpedaya.
“Mereka tahu pesakit barah ini ada yang terdesak. Jadi, mereka datang dengan janji palsu, kononnya ada produk ajaib boleh menyembuhkan,” jelasnya.
Selepas pulih, Sarlinawati memilih untuk memberi semangat kepada pesakit lain dengan menjelajah seluruh negara. Dengan menunggang motosikal secara solo, beliau telah menemui lebih 450 pejuang barah bagi memberikan sokongan moral.
“Sepanjang jelajah, saya jumpa ramai pesakit barah, ada yang hampir bunuh diri kerana tertekan dengan penyakit, beban kewangan dan ditinggalkan keluarga.
“Malah ada yang tunjukkan parut kelar di tangan kerana tidak tahan diuji,” katanya.
Sarlinawati turut menegaskan cabaran sebenar pesakit barah bukan hanya rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi, sebaliknya tekanan mental dan kewangan yang lebih menghimpit.
“Ramai yang saya jumpa, isteri ditinggalkan suami, suami ditinggalkan isteri, anak-anak ditinggalkan ibu bapa. Barah bukan sekadar penyakit, ia merosakkan institusi keluarga dan memusnahkan emosi jika tiada sokongan,” ujarnya.
Atas keprihatinan itu, beliau menubuhkan Himpunan Kanser Semalaya sebagai wadah untuk membantu pesakit barah, bukan sekadar melalui motivasi tetapi juga menyediakan keperluan harian hasil sumbangan orang ramai.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.