
Pelajar Perempuan
Tular video seorang pelajar perempuan tingkatan dua berdepan detik mencemaskan apabila dipercayai hampir menjadi mangsa cubaan culik ketika berjalan di sebuah lorong di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.
Situasi ini membuatkan mak ayah makin risau nak melepaskan anak-anak keluar rumah, banyak penjenayah yang buat kerja dalam diam tanpa disangka-sangka.
Menerusi paparan video daripada saudari Saadiah Rahmat, dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, mangsa dikatakan dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal sebelum suspek bertindak memberhentikan motosikal di hadapan remaja terbabit.
BACA ARTIKEL: Guru Dipercayai Rempuh Pelajar Hingga Meninggal Dibawa Ke Mahkamah Bagi Urusan Reman
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kemudian memeluk mangsa serta menutup muka pelajar itu menggunakan tangan.
Namun, mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum terus berlari ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bagi menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan sampel di lokasi kejadian.
Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan pihak berkuasa.
Apa pun, ibu bapa perlu pesan pada anak-anak untuk lebih berwaspada apabila keluar dari rumah. Nak-nak apabila waktu malam, pilihlah tempat orang ramai dan elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi.
Sekarang walau CCTV merata-rata pun, masih jenayah berleluasa. Sangat membimbangkan dan rasa takut nak biarkan anak keluar rumah tanpa orang dewasa.
Sumber info: Sinar Harian