Berita Sosial

Pelajar Perempuan Kena T*kam Waktu Rehat, Suspek Berusia 15 Tahun dan Pernah Dibuang Sekolah

Share

Berusia 15 tahun, seorang pelajar perempuan kena tikam di kantin sebuah sekolah menengah di Banting di sini selepas membeli roti. Takut dengan budaya budak zaman sekarang, ada salah faham atau rasa tidak puas hati terus main pisau!

Pelajar Perempuan Kena T*kam

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika waktu rehat apabila mangsa dipercayai ditikam di bahagian belakang dan hadapan badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Seorang pelajar mendakwa, suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Katanya, keadaan bertukar gempar sejurus kejadian dengan pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri.

“Kejadian masa rehat bagi pelajar tingkatan tiga. Suspek tikam bahagian belakang dan depan badan,”

katanya.

Suspek Berusia 15 Tahun dan Pernah Dibuang Sekolah

Jelasnya, kesemua pelajar kemudiannya telah diarahkan berkumpul di padang sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, pelajar terbabit turut memaklumkan suspek yang juga berusia 15 tahun dipercayai pernah dibuang sekolah pada tahun lalu.

“Dia dikatakan mempunyai masalah mental dan pernah terjun dari salah sebuah bangunan sekolah tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir ke sekolah berkenaan hampir setengah jam bermula pukul 1 tengah hari.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi yang turut melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Sumber: Kosmo!

Published by
Nadia Mohamad