Pelajar OKU Cedera Parah Terjatuh Dari Bangunan Sekolah, Mangsa Dijumpai Terbaring di Kaki Lima

Pelajar OKU cedera parah
Pelajar OKU cedera parah

Pelajar OKU cedera parah terjatuh dari bangunan sekolah, mangsa dijumpai terbaring di kaki lima.

Menurut sumber, pelajar itu juga pernah ditegur guru supaya tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.

Pelajar OKU Cedera Parah Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Pelajar OKU Cedera Parah Terjatuh Dari Bangunan Sekolah, Mangsa Dijumpai Terbaring di Kaki Lima

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan terperinci berhubung kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun itu masih dijalankan.

Menurutnya, pelajar yang menghidap autisme berkenaan ditegur guru kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.

“Saya sendiri telah menemu bual guru yang menegur mangsa serta beberapa guru lain. Siasatan awal mendapati guru hanya menegur dan tiada telefon dirampas. Perkara itu disahkan oleh ibu bapa mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini pada Selasa.

Ads

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Rahim Mat.

“Kita telah memberi arahan secara khusus kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengesan semua saksi termasuk pelajar bagi mendapatkan hasil siasatan yang telus.

“Kita tidak mahu sebarang spekulasi dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507D Kanun Keseksaan melibatkan apa-apa komunikasi sama ada mesej, lisan, WhatsApp, media sosial atau seumpamanya yang boleh mendorong seseorang mencederakan diri atau membunuh diri,” katanya.

Beliau turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada Selasa selain melawat mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim bersama Abd Rahim.

Ads

“Saya sendiri telah berjumpa ibu bapa mangsa dan guru yang terlibat. Ibu bapa mangsa juga ditanya sama ada terdapat aduan berkaitan perbuatan buli di sekolah, namun setakat ini tiada,” katanya.

Mangsa Dijumpai Terbaring di Kaki Lima

Pelajar OKU Cedera Parah Terjatuh Dari Bangunan Sekolah, Mangsa Dijumpai Terbaring di Kaki Lima

Menurut Adzli, kecederaan dialami mangsa adalah konsisten dengan insiden jatuh dari tempat tinggi tanpa sebarang tanda kecederaan lain.

Beliau dalam masa sama meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih berjalan.

Ads

Menurutnya, kejadian pada jam kira-kira 7.58 pagi Isnin itu berlaku ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan pagi.

“Seorang tukang kebun sekolah yang sedang menjalankan kerja harian mendapati pelajar berusia 17 tahun itu terbaring di kaki lima,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis diterima kira-kira jam 12.15 tengah hari.

“Mangsa mengalami patah tangan kiri, patah tulang selangka kiri, kerosakan paru-paru kiri serta patah tulang pinggul dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya.

Menurutnya, walaupun kecederaan dialami serius, keadaan keseluruhan mangsa adalah stabil.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Suami Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda Ketika Berhenti Rehat Tepi Jalan,...

Suami Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda Ketika Berhenti Rehat Tepi Jalan, Isteri Kongsi Detik Pilu Diuji Pada Bulan Kelahiran