Patuhi PKP, Jadi Tak Payah Keluar Beli Di Kedai, Buat Sendiri Roti Jimat Belanja

Share

Memandangkan Perintah Kawal Pergerakan semakin ketat, jadi kita di rumah kenalah bijak memilih menu untuk memasak. Jadi bagi meminimumkan kita berkunjung ke kedai atau pasaraya tak salah kita memasak sendiri roti di rumah.

Jom cuba resipi memasak roti yang dikongsikan oleh Datin Fadzilah atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mak yang juga pemilik akaun Facebook Fadzilah Zilah

yang cukup mudah.
Datin Fadzilah atau lebih mesra dengan penggilan Tok Mak.

RESIPI ROTI PUTIH

Dijamu buat keluarga tersayang.

Bahan-Bahan: 

350gm tepung roti
150gm tepung gandum
300ml air
11gm yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung

Cara Memasak menggunakan Breadmaker: 
1.Masukkan air,tepung,yis, butter, garamm gula dan susu tepung
2. Kemudian masukkan mangkuk pengadun set fungsi nombor 1
3. Masakkan roti lebih kurang 2 jam 45 minit 

P/S: Jika hendak letakkan kismis atau bijan setelah breadmaker menguli 10 minit boleh masukan kan. 

Inilah masanya anda menunjukkan skil memasak kepada ahli keluarga tersayang. 
Selamat mencuba!

Terima kasih Datin Fadzilah Zilah

IKLAN