Buah mengkudu ini sejenis tanaman liar yang banyak manfaatnya. Tapi tak ramai yang explore kebaikannya. Buah ini juga dikenali dengan nama Noni. Buah yang ranum sedikit menyengat baunya.
Ini perkongsian daripada Puan Lily Haslina Nasir bagaimana nak menghasilkan pati mengkudu secara step by step.
“Mak che bunga dah banyak kali share juga cara buat. Okay ni gambar step by step mengkudu ni ya.”
Bahan-bahan
Buah mengkudu
Air
Caranya
1. Cuci bersih buah mengkudu.
2. Cincang kisar buahnya.
Ads
3. Kisar dengan air masak. Kalau nak manis, boleh masukkan gula. Nak lebih sedap, perahkan lemon di dalamnya.
Nak Minum Macamana?
“Biasanya kami buat berperiuk-periuk dan bekukan. Tahan lama. Yang sebetulnya, malas nak buat selalu. Kalau super malas tak tapis pun. Telan ajer semua yang dikisar.
“Confirm bangun pagi kalau minum yang pati gitu skin rasa macam berbedak saja. Bersih rasa kulit.”
Ads
Mak Che bunga selalu minum ini 3 liter sehari.
Rasa airnya manis kelat. Dan sejak minum ni bertahun-tahun dulu, dah tak pernah habis duit beli vitamins. Dulu berbotol-botol vitamins sebulan.
Faedahnya
√ Hilangkan darah tinggi
√ Bersihkan kulit
√ Sihat dan awet muda
Sumber/Foto: Lily Haslina Nasir
Ads
Satu Lagi Cara Membuat Jus Mengkudu, Minuman Sihat
Pilih mengkudu matang yang berwarna hijau. Kerana ia mengandungi bioaktif yang tinggi dan kurang berbau. Anda boleh juga menambah buah-buahan lain seperti anggur dan epal untuk mengurangkan bau yang kurang enak.
Sebaiknya sepanjang mengambil minum pati mengkudu ini elakkan pengambilan kopi, teh atau minuman beralkohol.
Jus Mengkudu Epal/Anggur
2 biji buah mengkudu matang
Buah Anggur / Epal
Madu
Caranya
1. Kupas Mengkudu kemudian buang biji.
2. Kisar bersama epal atau anggur. Biar sampai halus.
3. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan madu (gunakan sudu plastik).
Cara Minum
√ Jus cara pembuatan ini perlu segera diminum dan jangan disimpan kerana ia mudah basi.
Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik. Haaa… hanya golongan yang berkebun yang gigih buat dan gali ilmu untuk meriahkan kebunnya. Jadi bagi anda yang ada kebun sendiri di rumah, boleh amalkan tip daripada perkongsian saudara Imran Ab Majid ini.
Anda cuma perlu sediakan dan lakukan…
1. Ada polisterin tertutup dan tebuk dibahagian bawah dan letak diatas tanah.. untuk mikrorganisma + semut + cacing tanah menghancurkan sisa.
2. Simpan sisa dapur yang ada tetapi bukan sisa yang berminyak… contoh sisa dapur yang bagus seperti kulit telur, lebihan sayur, serbuk kopi atau teh, bawang, yang pastinya bukan sisa yang berminyak.
3. Letakkan sedikit tanah di dalam polisterin dan kemudian sisa dapur. Biarkan sehingga sisa dapur itu hancur sendiri dengan bantuan semut cacing tanah dan microrganisma.. jangan lupa tutup polisterin tersebut bagi mengelakkan takungan air hujan.
4. Untuk memastikan kelembapan kompos anda buka kotak polisterin 3 hari sekali dan sekiranya kering siram dengan air.
5. Hasilnya anda akan dapati seperti tanah hitam lembab keseluruhanya… itu dipanggil “black gold ” untuk tanaman organik.
Selamat mencuba dan berjaya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resepi daging dendeng ini memang panjang stepnya, tapi berbaloi untuk dicuba. Sebabnya resepi ini asalnya resepi turun temurun keluarga Ketua Chef Umi Shida Alias yang dikongsikan semula oleh Puan Ilya Sazuani Radzuan Ahamad ketika beliau” mengikuti kelas masakan bersama Ketua Chef Umi.
Lagi-lagi waktu Raya Haji nanti tentu ada daging korban yang diberikan. Bolehlah suri cuba membuat daging dendeng ini. Kalau ikut satu per satu cara yang ditunjukkan di bawah, insyaAllah resipi daging rendang dendeng anda ini pasti menjadi dan enak rasanya.
“Alhamdulillah, semalam dapat belajar buat secara khusus Daging Rendang Dendeng dari Ketua Chef Umi Shida Alias. Resepi turun temurun dari keluarga Umi di kampung.”
“Kami mula dari pukul 11 pagi, habis masak semua dalam 5 petang. Daging denndeng ni memang menjadi kegemaran kami kalau beraya rumah Umi. Dah banyak lama tunggu masa nak belajar, akhirnya Allah izinkan juga semalam.”
Kelas memasak ini turut dihadiri rakan baik yang sudah dianggap kakak sendiri iaitu kak Norlie Kifle dan kak ita Yusnita Ismail.
“Masakan ini bukan mudah kalau hanya mencatat resepi. Kena di perhatikan cara-cara, selok-belok dan pesanan-pesanan. Barulah betul.
“Resepi yang akan saya sertakan di sini, halal buat semua. Semoga keberkatan perkongsian turun temurun ini dapat memberi manfaat buat kita dari dunia sampai hari mendatang.”
Sukatan bahan-bahan yang tidak dicatatkan dan cara-caranya ada di bawah. Sukatan tidak disertakan kerana Anggaran saja dari Umi.
Nota hakak: Orang lama memang begitu caranya, tak perlukan sukatan tepat bak resepi Mat Salleh. Tapi agak-agak itulah rahsia ‘air tangan’ masakan orang lama yang orang muda kena faham dan praktis sampai banyak kali… sampai menjadi.
Daging segar – 6kg
Bawang kecil
Halia
Bawang putih
Cili kering – 300gram
Kicap manis
Kicap masin
Asam jawa
Gula
Garam
Minyak
Rebus daging selama 30 minit sahaja.
Daging potong saiz macam ni.
Potong dengan ketebalan dan saiz di atas. Ketuk dengan halu lesung sampai menjadi nipis 75 % dari saiz asal dipotong tadi.
Petua: Nak mengetuk daging ni, kena ketuk tepi dulu. Lepas tu baru ke tengah.
Kami kupas semua. Tapi taklah guna semua.
Ini bawang putih dan halia yang siap dikupas.
Bawang kecil muda.
Itu sahaja halia dan bawang putih yang digunakan. Pastikan halia kurang dari bawang putih.
Semasa proses untuk kisar bawang.Pastikan semua bawang, halia di basuh dengan selawat dan toskan. Kisarkan kasar bawang kecil. Jangan terlalu halus. Pastikan ada kasar kasar. Kalau rajin, bolehlah tumbuk dalam lesung batu.
Nanti untuk menumis, bawang ni tak digunakan habis. Ada dalam 1 cawan lebihan bawang kecil kisar. Namun berbeza dengan halia dan bawang putih. Bawang putih dan halia kena kisar halus.
Cili dipotong kecil dan direndam dengan air panas. Bukan rebus. Hanya rendam air panas.
Cili juga kena kisar lebih kasar dari ni. Kalau boleh ada 1 kali yang halus. Lepas tu semua kasar. Kasar lebih sikit dari gambar ni. Jangan kasar sangat pulak. Kang tak jadi.
Daging yang siap dia tumbuk, diperapkan dengan kicap manis dan kicap masin. Perap lama sikit. Tapi semalam kami perap dalam 30 minit jer.
Masa ni juga tiada sukatan. Pastikan semua daging bersalut. Seimbang rasa manis dan masin dari kicap. Siapa yang lebih manis, lebihkan kicap manis dari kicap masin. Siapa yang nak lebih masin, lebihkan kicap masin dari kicap manis.
Panaskan kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging. Semasa goreng daging, kena main-main api. Kena jaga api, jangan tinggal pi main wassap, sat lagi makan daging arang, bukan daging dendeng.
Kami buat dua kuali semasa menggoreng. Supaya cepat.
Ini antara kesalahan yang Ketua Chef jumpa. Daging tak diketuk dengan betul.
Okay, sekarang nak tumis sambal. Pastikan guna minyak yang goreng daging tadi. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bawang putih dan halia dulu. Tunggu dalam 5 minit baru masukkan bawang kecil kisar. Tumis lagi. Sampai naik bau.
Tumis lagi… sabar… jangan kelam kabut nak masuk cili kisar.
Dah pecah minyak tumisan bawang tadi, masukkan cili kisar. Tumiskan sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula, garam dan asam jawa. Asam jawa jangan terlebih, nanti pahit sambal ni. (Asam jawa saya lupa nak snap gambo)
Dah pecah minyak, masa untuk terjunkan segala daging yang siap digoreng. Terujanya kami!
Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar dia mereneh lama sikit sampai kering sikit. Tapi kalau terlalu kering, tambahkan air daging. Kalau tidak, tak perlu.
Nampak tak dalam kuali tu? Hahaa dah nak siap tu. Dalam 30 minit kami reneh. Muka tak sabar nak makan.
Balik rumah, terus makan dengan nasi putih panas panas. Inilah kegemaran saya!
Daging korban waktu raya haji nanti bolehlah dicuba untuk membuat daging rendang dendeng ini. Tentu lebih lembut dan manis sebabnya guna daging baru.
Sumber/Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyakit Jantung merupakan pembunuh dalam senyap. Ramai yang mengalami serangan jantung dan saluran arteri tersumbat di sebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung. Lebih-lebih lagi jika tidak menjaga pemakanan dengan betul, memang risau dibuatnya jika diserang penyakit jantung secara tiba-tiba.
Rupanya ada kaedah tradisional yang boleh menbantu mencegah saluran arteri jantung daripada tersumbat ni. Iaitu dengan mengamalkan campuran madu dan bawang putih setiap hari.
Berikut antara perkongsian amalan yang dikongsikan oleh Encik Abdullah Badar Bajraiini.
Hari ni saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung gunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek kat dapor korang tu.Alhamdulilah lepas amalkan resepi ni nafas saya lapang dan takda nyut-nyut kat dada lepas tu tenaga pon bertambah takdela letih sangat .
Memang betullah cakap Ustaz yang rekomend ni , memula macam pelik tapi da cuba ustaz ni cuma mintak tolong viralkan kalau berkesan
biar dapat tolong ramai orang.
Resepi Ubat Jantung
Bahan-Bahan:
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu Royal Yemen
Cara-Caranya:
3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu Royal Yemen .
Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, Insha Allah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh korang.
Rupanya resepi ni bukan untuk jantung jer ada banyak khasiat lain seperti;
– Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
– Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat di sebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
– Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
– Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal.
– Merawat masalah cirit birit.
– Buang toksik dalam badan.
– Menambahkan daya ketahanan badan.
– Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis.
– Mencegah penyakit kanser.
– Mengurangkan sakit arthritis.
– Boleh menurunkan berat badan.
Lagi satu ustaz ni cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pon bagus amalkan petua ni.