Menjadi kenangan terindah buat pasangan adik beradik kembar seiras ini apabila bukan sahaja berkongsi momen mengandung bersama, malah turut melahirkan jantina anak lelaki di hospital pada hari yang sama!Bertuah sungguh!
Dua ibu pasangan adik-beradik kembar seiras telah melahirkan bayi lelaki masing-masing di hospital yang sama pada hari yang sama!
Pernah Alami Masalah Kesuburan
Saat-saat pasangan kembar ini disahkan hamil juga sangat menakjubkan kerana kedua-dua mereka, Jalynne Crawford dan Janelle Leopoldo, 30, sebelum ini bergelut dengan masalah kesuburan.
Crawford terlebih dahulu mendapat tahu dirinya hamil dan beberapa hari kemudian, Leopoldo pula mendedahkan kepada kakaknya bahawa dia juga disahkan mengandung.
Ads
“Saya sangat gembira, saya mula rasa nak menangis apabila mengetahuinya,” kata Crawford.
Hadiri Temu Janji Doktor Bersama
Sejak itu, Leopaldo akan terbang dari California, tempat dia tinggal, ke Arizona untuk menghadiri temujanji dengan doktor bersama kakaknya.Ketika tinggal enam minggu dari tarikh jangkaan bersalin, dia berpindah ke Arizona.
Ads
“Sangat istimewa apabila kami dapat bersama di sana kerana kami adalah satu sistem yang saling menyokong, kami melekat pada pinggul,” kata Leopoldo.
Kedua-duanya melahirkan anak lelaki pada 18 Jun, dengan Crawford bersalin pada waktu pagi diikuti Leopoldo beberapa jam kemudian.Mereka juga diberikan bilik pemulihan sebelah-menyebelah.
Ads
Sekarang, ikatan luar biasa pasangan kembar itu diturunkan kepada anak lelaki mereka, Bryce dan Jayce.
Mesti seronok bila berkongsi saat melahirkan begini dengan adik beradik mahupun teman rapat. Boleh duduk sebelah menyebelah katil!
Tidak dibenarkan sebarang aktiviti ziarah raya sempena syawal baru-baru ini. Aktiviti ziarah raya yang langgar SOP, Norman Hakim dan Abby Abadi dikompaun RM 2000.
Memang ramai yang tidak boleh menerima apabila tidak dibenarkan langsung untuk ziarah raya walaupun berada di kawasan perumahan berdekatan. Namun masing-masing akur dengan arahan pihak berkuasa.
Oleh itu jadikan kes ini sebagai pengajaran buat kita semua. Selagi keadaan kita masih belum pulih daripada pandemic Covid-19, cubalah untuk mematuhi SOP demi kebaikan diri dan orang sekeliling.
Pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti ziarah raya baru-baru ini.
Norman Hakim, Abby Abadi DiKompaun RM 2000
Turut dikompaun ialah selebriti Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria juga masing-masing sebanyak RM2,000 kerana turut serta dalam aktiviti berkenaan di sebuah rumah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan kompaun tersebut.
“Kesemua individu itu telah ditawarkan kompaun sebanyak RM2,000,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit yang disyaki tidak tinggal serumah berkumpul menyambut hari raya bersama.
Difahamkan, menerusi gambar berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021).
MW: SOP yang dikeluarkan adalah untuk kebaikan bersama, oleh itu cubalah patuhi sebaiknya agar tidak memudaratkan orang lain. Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ibu alami gangguan jiwa dipasung & ditinggalkan dalam hutan, meraung saat rantai di leher dibuka. Tega seorang anak memasung ibunya di leher dan meninggalkannya di hutan.
Kisah seorang ibu bernama Ani yang mengalami ganguan jiwa telah dipasung dan ditinggalkan di hutan menarik minat ramai hingga kisahnya menjadi viral di media sosial baru ini.
Dalam satu video dimuat naik di channel YouTube Asa, seorang sukarelawan bernama Andri telah menemui ibu berusia 50 tahun ini ditinggalkan dalam keadaan terikat di lehernya di daerah Serang, Banten. Hal ini nyata mengejutkan di mana satu usaha menyelamatkan ibu tua yang dibiarkan sendirian berhujan berpanas di selamatkan segera.
Dan reaksi ibu tua ini, sebaik rantai di lehernya dibuka kelihatan dirinya terus meraung kuat, seolah mengucapkan tanda syukur dibebaskan. Dalam video temuramah selepas dibebaskan, kelihatan ibu tua ini mampu bercerita dirinya merupakan seorang guru semasa muda.
Di sebalik kisah viral ini, ada kisah yang terjadi. Ibu tua ini terpaksa dipasung kerana sering mengamuk akibat masalah ganguan jiwa dialaminya. Bahkan kerana masalah itu, Ani sering mengacau orang kampung hingga semua sepakat mengurung dan merantainya bagi mengelakkan masalah berlanjutan.
Kata anaknya, dikenali sebagai Ismail dia tidak sanggup memasung ibunya tetapi terpaksa melakukannya bersama warga setempat agar ibunya tidak terus membahayakan penduduk kampung ketika mengamuk. Ini kerana ibunya sering membaling batu ke rumah penduduk kampung dan adakalanya mencederakan mereka.
Ibunya dipasung di dalam hutan selama 10 hari sebelum ditemui oleh sukarelawan itu. Kata anaknya, sebelum ini ibunya diikat kedua belah tangan dan ditinggalkan di rumah makciknya, Sopiah namun ibunya berjaya melarikan diri.
Atas desakan kehidupan kerana miskin, keluarga memutuskan tidak menghantar ibu sakit ini ke rumah perawatan kerana masalah kewangan bahkan lokasi pemasungan dipilih agar mudah ibunya mandi dan berehat.
Sekali pun hal ini tidak dapat diterima kerana anak dilihat berlaku zalim pada ibu yang melahirkannya sendiri namun Ismail akui dirinya tiada pilihan lain. Bahkan dirinya menyediakan makanan, gayung dan lain lagi bagi memudahkan ibunya mandi dan bergerak setempat.
Bahkan sebelum dipasung, di leher ibunya dipasangkan tiub motosikal bagi mengelakkan ibunya memberontak dan melukai lehernya sendiri. Kini selepas diselamatkan ibunya dihantar ke rumah rawatan sakit, Yayasan BNI Syifa untuk jagaan khusus.
Dirinya turut meminta maaf dan katanya dia tidak tega melihat keadaan ibunya namun dirinya tiada pilihan. Sumber :TribunNews.
Yang suka masak, pasti suka dengan cara masakan atau petua yang mudahkan kerja mereka di dapur. Kali ini anda boleh cuba sediakan minyak bawang putih, perkongsian dari Puan Tinie Razak…
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai)
2. Lepas itu rendam dalam minyak
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
P/S: Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...