Jika ingin bertukang di rumah, memperbaiki pelbagai benda kena ada asas dan ilmunya.Panggil kontraktor atau tukang buat rumah memang memudahkan kerja, namun perlu bajet yang besar. Padahal yang ingin diperbaiki sedikit sahaja. Ada ilmu, teknik dan skil boleh buat sendiri je.
Masuk air dulu diikuti dengan simen kemudian pasir kasar dan batu 3/4 jika buat konkrit.
2. JIKA pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan, sebaliknya masukkan air sikit-sikit dulu.
3. Sukatan 1:4
RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat.
Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata.
TAPI agak je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.
4. Guna Pasir Kasar Untuk Ikat Bata & Konkrit
Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasar kasar. PASIR halus hanya untuk kemasan plaster sahaja. Dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dengan ketahananya untuk long term.
5. Bancuh Simen Dalam Kereta Sorong
ELAKKAN bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar untuk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.
Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun atur nya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.
Ads
Jika guna batu 3/4 masukkan sekali SETELAH campuran simen + pasir + air SUDAH digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.
6. Lebihkan Air
LEBIH AIR iya. Mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.
Tukang tak suka bancuh macam ni sebab dia buat nak cepat kering dan cepat siap.Semakin lambat dia mengeras semakin bagus konkrit tersebut.
INFO TAMBAHAN
Nisbah Bancuhan Konkrit
Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai.Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini.Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Ads
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu
Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.
Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yang sesuai untuk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.
Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air
Ads
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut : a) G15 (1:3:6) b) G20 (1:2:4) c) G25 (1:1.5:3) d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.
MW:Semoga perkongsian ilmu mengenai panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit ini bermanfaat. Jika nak cuba bertukang dan bancuh simen di rumah boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Susu pekat manis boleh dikatakan barang ‘wajib’ setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Untuk membuat minuman yang bersusu, kuih muih dan sebagainya. Harga satu tin susu pekat manis ni, boleh tahan mahal jugak harganya.
Buat mak-mak yang selalu guna susu pekat manis ni, sebenarnya boleh buat sendiri je susu ini di rumah.Hanya guna 3 bahan dan boleh siap dalam masa hanya 3 minit. Cukup mudah dan lebih menjimatkan, tak perlu lagi beli di kedai.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zan Zafirah Zainal sebagai rujukan;
“Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya.Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis”.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
2.Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
3.Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Selamat Mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Senang je rupanya nak buat susu pekat manis sendiri di rumah. Tak payah lagi nak beli kat kedai malah lebih jimat!
Kelapa parut antara bahan utama yang penting jika nak buat kuih muih mahupun nasi lemak. Apatah lagi jika berniaga, cara simpan kelapa parut dalam kuantiti yang banyak ini sangatlah barulah ia elok tahan lama dan tak berbau, malah tak membazir bila rosak.
Puan Nor Afidahada kongsikan cara dan tip mudah untuk simpan kelapa parut ‘frozen’ sebagai panduan;
KELAPA PARUT FROZEN
Cara saya:30 biji kelapa siap parut putih untuk difrozenkan. Saya siap timbang setiap 1, 1 kg. Senang bila nak guna dah siap tinggal froskan.
Sebelum perah saya rendam kelapa dengan air panas. Biarkan sejuk baru blender, tapis dan perah guna penapis teh.
Asingkan kelapa tua dan kelapa muda. Packing dan timbang ikut keperluan dan siap labelkan supaya tidak keliru yang mana kelapa tua dan muda.
Untuk santan saya tak suka bekukan.Simpan bahagian bawah peti sejuk. Tahan 3 @ 4 hari tanpa berubah warna, rasa dan bau.Bila nak guna keluarkan suhu bilik, dah lembut kacau bagi sebati sedia untuk digunakan.
Saya perah guna air panas yang dah disejukkan.Tapis dan siap sukat ikut sukatan kuih yang nak saya buat.
Tips
Perah jangan guna air paip.
Bila dah masuk peti sejuk jangan keluarkan pada suhu bilik dalam masa jangka panjang, kemudian masukkan semula dalam peti akan menyebabkan santan berbau dan rasa tak sedap.
Keluarkan bila perlu dan masa nak digunakan.
Simpan dalam bekas bertutup.
NASI LEMAK BERSERAI/DAUN PANDAN (cara saya)
Beras basmati, cuci dan toskan.
Untuk NASI LEMAK DAUN PANDAN, kisar kelapa dengan beberapa helai daun pandan, perah dan tapis guna penapis teh, kemudian masak seperti biasa, hasilnya nasi lemak berwarna hijau dan bau daun pandan atau masak sahaja nasi dengan beberapa helai daun pandan untuk dapatkan bau daun pandan.
Untuk santan, saya campurkan hirisan halia, bawang besar, beberapa biji bunga cengkih @ rempah tumis, halba, serai dititik @ daun pandan (pilihan) dan garam….sukatan ikut keperluan banyak mana beras yang nak dimasak.
Sekiranya nak masak keesokkan pagi, simpan dalam peti sejuk, esok subuh keluarkan terus masak seperti biasa.
Bila nasi dah masak (warm) campurkan sedikit minyak untuk nasi berkilat, biarkan sekejap.
Gemburkan nasi, tutup semula dan biarkan sekejap beberapa minit sedia untuk dinikmati.
Semoga bermanfaat tips dan cara saya. Selamat mencuba.
Capsicum atau Lada Benggala selalu dicampur dalam pasta, pizza, sup sayur, salad dan sebagainya. Ada pelbagai warna seperti hijau,merah dan kuning. Jika selalu kita main beli je, rupanya capsicum ada jenis ‘jantan dan betina’ yang boleh mempengaruhi kemanisan dan kerangupannya.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Aishah Syarif ini.
Nak buat salad tapi CAPSICUM tak rangup dan tak manis? Sis ada petua pilih CAPSICUM tau.
Petua nak pilih CAPSICUM
Capsicum betina ada 4 kelopak bawah tu. Sesuai kalau nak buat salad atau ratah macam tu je sebab lebih rangup dan manis rasanya. Capsicum jantan ada 3 kelopak, sesuai kalau nak buat masak.
Sis bagi pakej resepi salad merangkap sandwich. Tak kisah nak guna brand apa pun.
Bahan A
Daun salad/lettuce (potong ikut suka)
Mayonis
Capsicum hijau (betina 4 kelopak) (potong dadu)
Ayam brand cili tuna (level pedas ikut selera masing-masing. Sis guna level 3 spicy)
Bahan B
(Goreng atas kuali dengan sedikit minyak sebab nak bagi naik aroma lagi best)
Bawang Holland (potong dadu)
Cendawan butang
Sosej / isi ayam
Cara Membuat:
1. Goreng bahan B dengan sedikit minyak hingga naik aroma (goreng asing-asing tau).
2. Campurkan semua Bahan A & B (yang dah goreng tadi) dalam 1 bowl besar.
3. Masukkan mayonis kesukaan, kuantiti pun ikut suka. Kalau banyak takut muak, so ngam-ngam rasa la.
Siap sedia untuk dihidang. Boleh makan cam tu je atau boleh makan dengan roti kesukaan.
Mingguan Wanita : Baru tahu capsicum pun ada jantan dan betina. Rupanya jika nak buat salad pilih capsicum betina ada 4 kelopak, barulah rangup dan manis rasanya. Boleh cuba tip yang dikongsikan ni nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...