Bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru-baru ini, membuatkan banyak harta benda rosak, rumah dan kereta ditenggelami air. Kenderaan seperti kereta bila sudah dimasuki air kebanyakkannya akan rosak teruk dan memerlukan kos yang besar untuk memperbaikinya.
Namun jika ada membuat ‘cover PERILS’ sewaktu mengambil insurans kenderaan dahulu, inilah masanya untuk ‘claim’ dengan pihak insurans. Jadi cuba semak semula, salinan insurans kenderaan yang kita beli dahulu.
Baca perkongsian ringkas daripada Puan Ieza Yusof ini sebagai rujukan.
MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?
Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover PERILS , ini langkah anda kena buat;
1. Jangan start enjin.
2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana2 workshop panel insurans untuk membuat claims.
Ads
Kalau renew dengan ejen, boleh call ejen terus ya.
Semoga banjir cepat surut dan hujan berhenti segera.
“Wahai bumi! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan!) berhentilah.”
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat. Buat sesiapa yang diuji, dugaan bencana banjir dan kereta ditenggelami air boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Pening kepala setiap kali fikir masalah duit, ini antara lima cara berkesan untuk mak-mak tambah pendapatan secara online dari rumah. Suri rumah yang bijak pasti mahu menambah pendapatan tanpa perlu keluar rumah.
Mak-mak juga tidak perlu berkorban masa dengan anak-anak tetapi, pada masa yang sama, masih dapat membantu suami menambah pendapatan keluarga.
Pening Kepala Setiap Kali Fikir Masalah Duit
Teringin nak bantu suami, tapi masa dan peluang tak mengizinkan. Mana tidaknya tugas seorang suri rumah memang berat bukan saja menguruskan rumah tetapi sibuk menguruskan anak-anak. Kadang-kadang tu memang pening kepala bila fikirkan masalah duit apatah lagi bila tibanya hujung tahun, anak-anak juga akan melangkah ke musim persekolahan yang baru. Semuanya memerlukan wang tambahan.
Sebenarnya nak bantu tingkatkan ekonomi zaman sekarang tak susahpun, malah tak perlu keluar rumah, tak perlu modal besar, hanya perlukan internet dan laptop!
Cuma mak-mak kena rajin terokai internet untuk jana pendapatan keluarga. Jika mak-mak mempunyai talian internet di rumah, agak merugikan jika tidak menerokainya untuk menjana wang tambahan untuk keluarga anda! Bukan sekadar dapat bantu suami malah mak-mak juga boleh ber ‘me time’ dengan rakan-rakan dengan wang saku sendiri.
Ini 5 Cara Berkesan Mak-Mak Tambah Pendapatan
Mak-mak jangan risau sebab ada banyak sangat peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di internet dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.
Penulis Bebas
Jika mak-mak memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.
Pemasaran Afiliasi
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?
Perniagaan Makanan
Mak-mak pasti pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?
Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.
Dropship
Dropship ni maknanya mak-mak memasarkan produk syarikat atau orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat atau orang itu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.
Manfaatkanlah platform media sosial untuk jana pendapatan mak-mak. Sebenarnya banyak saja cara nak jana pendapatan tambahan cuma kena rajin sahaja untuk melakukannya. Mak-mak bergelar suri rumah pengeluar produk jenama TudungSiComel, turut membantu lebih 1,000 suri rumah di seluruh negara menjana pendapatan melalui program dropship dan affiliate menjelang tahun depan.
Pengasas dan Pengarahnya, Kapten (B) Syahruddin Zainul berkata, sejak 2016, TudungSiComel berkomitmen membantu suri rumah menjadi usahawan dengan menyediakan program latihan khas dan subsidi pengiklanan bagi ejen yang aktif.
Dalam pada itu, jenama berkenaan turut membuka peluang kepada kaum wanita khususnya suri rumah yang berminat untuk menjadi usahawan menerusi program latihan khusus dan subsidi pengiklanan.
“Sejak 2016, TudungSiComel berkomitmen untuk membantu suri rumah menjadi usahawan.
“Justeru, menerusi program skim bayaran tangguh yang kami perkenalkan ini pastinya akan dapat membantu ejen yang menghadapi kekangan modal, memastikan penghantaran tempahan dapat dilakukan tepat pada masanya,” jelas Syahruddin.
Program yang dilaksanakan itu turut menerima pelbagai sokongan daripada agensi kerajaan seperti MARA, yang memberikan Dana Geran Digital dan peluang untuk menyertai kursus dan seminar.
Malah Syahruddin juga mahu terus menghasilkan koleksi tudung sekolah yang berkualiti dan selesa, selain menjadi platform bagi golongan suri rumah untuk berniaga dan menjana pendapatan dari rumah.
Tidur tentu tak tenang bila ada nyamuk di rumah. Tergaru sana, gatal sini dan paling tak tahan bila bunyinya kat telinga kita. Geram betul.
Mana-mana rumah tertutamanya rumah kampung meti tidak dapt lari dari ‘kunjungan’ nyamuk di rumah. Tak hairanlah bila jam 7 malam mesti ada yang mula pasang ubat nyamuk.
Biasanya, semburan kimia lah yang ada di rumah tapi berapa lama saja bertahan. Lepas tu akan muncul balik.
Tak perlu risau, mak-mak boleh cuba halau nyamuk di rumah dengan hanya guna bahan dapur saja. Kali ini, perkongsian daripada Jason Jezi hanya guna bahan dapur saja.
1. Bunga Cengkih Dan Limau Nipis
Selain digunakan di dalam masakan, bunga cengkih dan limau nipis boleh di gunakan untuk menghalau nyamuk.
Ini kerana bau bunga cengkih yang bersifat aromatik dan kaya dengan perisa serta limau nipis yang berbau sitrus apabila digabungkan akan mengeluarkan bau yang tidak disenangi oleh nyamuk.
Cara-caranya:
Potong limau nipis kepada setengah bahagian.
Cucukkan bunga cengkih pada limau tersebut.
Kemudian letakkan berdekatan anda atau di kawasan yang banyak nyamuk.
2. Bawang Putih
Seperti yang kita tahu, bawang putih memang banyak khasiat dan kegunaanya. Salah satunya adalah menghalau nyamuk dengan menggunakan bawang putih.
Cara-caranya:
Hiriskan beberapa ulas bawang putih kemudian letakkan di tingkap rumahdan pintu.
Selain itu boleh juga campurkan hirisan bawang putih ini dengan sedikit minyak pati lavender untuk kesan yang lebih optimum.
3. Serai Wangi
Selain daripada memberi pelbagai khasiat kepada kesihatan manusia, serai wangi juga adalah salah satu cara yang berkesan untuk menghalau nyamuk.
Kajian telah membuktikan keberkesanan tanaman ini sebagaui penghalau nyamuk oleh kerana baunya yang agak kuat.
Disamping itu, daun serai wangi ini juga sering di buat minyak untuk menghalau serangga termasuk lah nyamuk, lipas dan cicak.
Cara-caranya:
Isikan beberapa batang tangkai serai yang segar ke dalam sebuah bekas.
Kemudian letakkan di kawasan tumpuan nyamuk di dalam rumah.
Serai wangi ini juga dapat membunuh larva nyamuk atau jentik-jentik yang baru membiak.
4. Rosemary
Seperti yang kita tahu Rosemary ini adalah salah satu herba yang digunakan untuk memasak masakan barat / Western.
Selain digunakan untuk masakan barat, Rosemary juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti penyakit gaot.
Di samping itu, Rosemary juga dapat menghalau nyamuk dan juga lalat.
Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka. Namun nak masak sotong pun ada caranya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak liat. Rupanya antara tip nak masak sotong elok kejadiannya, kena rebus sekejap dengan asam keping, sebelum di masak macam biasa ikut citarasa.
Ikut petua dan cara yang dikongsikan oleh Puan Zin Rose ini sebagai panduan;
Saya takde ikan nak buat laksa, ada sotong je nak masak untuk malam nanti. Ambik ni petua nak bagi sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
Bahan Diperlukan:
4/5 keping Asam keping
Cara Membuat:
1. Mula-mula siang sotong buang semua tulang sotong.
2. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu, supaya senang nanti takde la badan ke lain kepala ke lain. Kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.
3. Rebus sotong 5-8 minit bersama 4@5keping asam keping. Isi air sama paras dengan sotong.
4. Selepas tu toskan dan boleh lah dimasak.Buang air rebusan sotong dan tak perlu masuk dalam masakan sebab nanti hanyir.
Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak lah nanti masa beli besor sotongnya..bila masak kecik jadinya.
Tip Ekstra!
Jika nak buat sambal, bila cili dah betul-betul garing baru masukkan sotong. Jangan masak lama sangat nanti sotong akan liat. Sebab sotong yang dah direbus tadi dah separuh masak dah. Lepas 5-8 minit tutup api, confirm tak liat.
MW: Semoga perkongsian petua masakan ini bermanfaat. Jadi jika nak masak sotong pastikan rebus sekejap untuk hilangkan hanyir dan sotong elok pejal, saiznya tak mengecut bila masak nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...