Mungkin ada yang pakai contact lens sebab rabun, tetapi macam mana pula bagi golongan yang pakai sekadar nak melawa? Nak bagi nampak mata besar dan ala-ala ‘mat salleh’, katanya.

Haaa… nak tahu jawapannya, jemput gali ilmu daripada Ustaz Farid Rashidi, selepas ini anda boleh teruskan niat nak pakai atau berhenti.

Salah Ke Pakai Contact Lens?

Ada beberapa orang bertanya tentang hukum memakai kanta lekap (contact lens). Tetapi persoalannya tentang kanta lekap berwarna bukan untuk kegunaan masalah rabun dekat atau jauh.

Baik, sebelum kita berlari lebih jauh, alangkah indahnya kita warm-up dulu.

Apa itu kanta lekap?

Maksudnya adalah sejenis kanta yang begitu lembut dengan ukuran ketebalannya 0.035mm. Ia diletakkan di permukaan mata bagi menggantikan cermin mata. Atau tujuan kecantikan mata.

Secara umumnya, terdapat dua kanta lekap iaitu jenis lembut (soft contact lens) dan kanta sentuh keras (rigid gas permeable).

Ia beraneka warna. Meriah macam lampu lip lap. Ada warna biru, hijau, hitam, coklat dan lain-lain lagi.

Jika digunakan tanpa nasihat doktor atau rujukan pakar ia boleh mendatangkan kesan kecacatan pada mata, keradangan atau kecederaan pada mata hingga boleh membawa kepada barah kornea dan seterusnya scar.

Menurut pakar mata, memakai kanta lekap hendaklah diperhatikan dua perkara bagi mengelakkan berlaku kecacatan (buta) dan lain-lain:

1. Disiplin kebersihan yang tinggi

2. Tempoh pemakaian yang tepat

IKLAN

Nak cerita sikitlah. Pernah suatu ketika dahulu saya mengajar di dalam kelas pelajar perempuan tingkatan 5. Tengah mengajar, ternampaklah ada benda di atas meja pelajar. Macam kapsul. Bila saya tanya, katanya kanta lekap semacam berwarna.

Dengan muka yang dibuat-buat serius. Gaya ala ketua pengakap perbarisan.

Saya cuba tegur dan nasihati dia elok-elok. Elakkanlah pakai. Lagipun matanya pun nampak semacam merah-merah. Bimbang berlaku keradangan, masalah pula nanti kan. Yelah, muda-muda mata dah bermasalah. Naya. Dia hanya angguk dan diam.

Ok, berbalik kepada perbincangan. Jom terus ke bab hukum. Semoga anda baik-baik saja.

Hukum memakai kanta lekap?

Berdasarkan pandangan ulama’ kotemporari, hukumnya adalah harus untuk tujuan perubatan seperti masalah rabun dan sebagainya.

Namun syaratnya hendaklah mendapat pengesahan dan pandangan doktor perubatan atau pakar mata dan juga Optometris yang berkelayakan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara tak diingini.

IKLAN

Ini mestilah tidak bertentangan dengan kaedah syara’ yang menyebut:

المَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْر
“Kesukaran mendatangkan kesenangan.” [Ibn Nujaim, al-Asybah wa al-Nazoir, jil 4, 356]

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan).” [al-Maidah: 6]

Bagaimana pula hukum memakai kanta lekap berwarna?

Ini persoalan yang banyak diutarakan kaum hawa.

IKLAN

Jawapannya adalah menurut pandangan ulama’ hukum asal perhiasan adalah harus. Tetapi tidak harus jika diguna pakai kanta lekap berwarna tanpa keperluan yang jelas. Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:

1. Hanya sekadar untuk padankan dengan warna baju dengan niat berhias hingga menimbulkan kemegahan pada diri, berhias untuk mencantikkan diri (tabarruj) menarik perhatian lelaki khususnya bukan mahram.

2. Wujud unsur penipuan bila memakainya. Misalnya waktu peminangan. Seorang perempuan tidak harus memakai ketika dirinya dipinang bagi mengelakkan salah faham dan ada unsur penipuan kepada lelaki yang meminang.

3. Berlaku pembaziran kerana ada sesetengah kanta lekap mahal harganya.

4. Ada yang menyerupai mata binatang dan ada juga yang kelihatan berbeza bola mata dari asal. Contoh mahu nampakkan muka lebih comel (cute) ala-ala orang K. Dan ini dikira berlaku penipuan.

Justeru, demi mengelakkan fitnah, ulama’ berpendapat lebih elok dielakkan atau tak perlulah memakai kanta lekap berwarna agar tidak berlaku pembaziran dan penipuan.

Manakala untuk isteri yang memakai dengan keizinan suami dan untuk dihiaskan kepada suami bukan untuk khalayak atau lelaki lain. Hukumnya harus. No problem. No cry.

Tak mengapa mata tiada dihiasi warna macam-macam. Asalkan tidak buta untuk membaca al-Quran.

Tidak buta mata dan hati menerima kebenaran… dari Tuhan.