Pagi yang sepatutnya dipenuhi semangat dua pelajar remaja menuju ke sekolah bertukar menjadi pagi paling memilukan buat dua keluarga di Besut. Dua sahabat karib, Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, masing-masing berusia 13 tahun.

Kedua-duanya maut selepas motosikal yang mereka tunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Bukit Keluang, pagi tadi.

Pagi Terakhir Dua Sahabat. Maut Dalam Kemalangan Motorsikal Di Bukit Keluang

emalangan berlaku sekitar jam 7.30 pagi, ketika kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah itu dalam perjalanan ke sekolah. Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dirempuh ketika keluar dari simpang, manakala pemandu MPV dalam perjalanan ke tempat kerja di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Kedua-dua pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala pemandu MPV cedera.

Pagi Terakhir Dua Sahabat. Maut Dalam Kemalangan Motorsikal Di Bukit Keluang

Permintaan Terakhir Seorang Anak

Bagi Nor Aziera Hashima Mohd Saleh, 33, kehilangan anak sulungnya itu terlalu sukar diterima. Suaranya bergetar, matanya merah menahan sebak saat menceritakan detik terakhir bersama anaknya.

Ads

“Pagi tadi dia minta saya sediakan bijirin sarapan kegemarannya dengan susu… saya tak sangka itu rupanya permintaan terakhir dia.”

Wan Mohamad Shahronny dan sahabatnya, Nik Aqil, amat rapat. Mereka ke sekolah bersama setiap hari, saling menunggu di simpang, menunggang motosikal dengan penuh riang. Dua sahabat kecil yang tidak pernah berpisah, sehinggalah ajal menjemput mereka bersama.

“Anak saya baru dua bulan pandai menunggang sendiri ke sekolah. Sebelum ini, kami yang hantar. Saya hanya tahu mereka dah tiada bila sampai di tempat kejadian…” katanya dalam tangisan yang tertahan.

Pagi Terakhir Dua Sahabat. Maut Dalam Kemalangan Motorsikal Di Bukit Keluang

“Malam Tadi Dia Minta Tidur Sebelah Saya”

Bagi Farizon Saari, 50, ibu kepada Nik Aqil, kehilangan anak bongsunya itu terasa bagai mimpi buruk yang tidak berpenghujung.

“Dia anak yang sangat manja dan peramah. Malam tadi dia minta saya tidur di sebelahnya, tapi saya suruh dia tidur dulu sebab saya tengah menjahit baju. Saya tak sangka… itu kali terakhir dia minta peluk saya.”

Ads

Anak bongsu daripada empat beradik itu sering menjadi penghibur keluarga. Kini rumah terasa sunyi, hilang tawa yang biasa mengisi ruang.

Urusan pengebumian dijalankan selepas proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Besut selesai.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/https://www.bharian.com.my/

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Ads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Pagi Terakhir Dua Sahabat. Maut Dalam Kemalangan Motorsikal Di Bukit Keluang

Keselamatan Bukan Pilihan, Tapi Keperluan

Alarm kecemasan yang mudah dibawa ke mana-mana — sesuai untuk pelajar, wanita, atau sesiapa yang mahu rasa lebih selamat setiap hari.

Cegah sebelum terlambat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI