Malam-malam rasa lapar melampau, tak kan nak telan makanan berat-berat! Haaa… khas buat perempuan yang nak kurus dan ramping, anda boleh cuba menu diet yang dikongsikan oleh Puan I-da Tini Nan ini. Bukan hanya boleh makan pada waktu malam, nak buat sarapan pada keesokan hari pun sesuai.

Sebenarnya anda cuma perlukan 3 bahan tetapi kalau nak tambahkan selera dan rasa lebih sedap, anda boleh campur dengan pelbagai buah-buahan ikut selera.

Menu Untuk Perempuan Nak Kurus

Bahan-bahan kacang goreng je, senang cari. Buah-buah tu akak beli kat aeon, tempat suka soping tu.

1. Oat free sugar
2. Susu HL rendah lemak
3. Greek yogurt
4. Strawberry/kiwi/berry (kalau korang nk buah-buah yang lain pun boleh)

1. Akak masukkan 5 sudu besar oat dalam mangkuk.
2. Pastu akak letak susu dalam tu sampai oat tu tenggelam tau.

IKLAN

1. Pastu akak masukkan 1 sudu besar yogurt, korang kalau nak guna yogurt jenama lain pun tak apa je.
2. Pastu kacau-kacau sikit.

1. Akak malas masak atas dapur, akak masuk dalam micro je.
2. Akak masak dlm 2-3 minit camtu.

Tadaaaaaa…!

IKLAN

1. Tunggu oat tu sejuk sikit
2. Pastu masukkan la buah-buah yang potong-potong tadi haaa. Bagi warna-warni, bagi selera nak makan.

Korang kalau nk tabur kekacang pun lazat jgk..

IKLAN

3. Pastu masuk dalam peti ais, esok boleh sarapan.

Yeayyy…mengenyangkan uolls…selalu dalam 5 jam peram dalam peti ais, dah bole makan dah.

Oklah…selamat mencuba!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI