Nurul Syuhada timang anak keempat, tahniah diucapkan buat pemilik nama sebenar Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow dan Personaliti televisyen ini memaklumkan menerusi hantaran di Instagram dirinya berasa bersyukur selamat melalui proses bersalin.
Nurul Syuhada Timang Anak Keempat
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memaklumkan perkembangan terkininya di mana anaknya dilahirkan normal ketika usia kandungannya hampir mencecah 41 minggu.
“Terima kasih semua untuk bunga dan buah-buahan. Selepas 41 minggu di dalam perut ibu, segala pujian bagi Allah saya dilahirkan,” kongsinya.
Kegembiraan ibu kepada empat cahaya mata ini terserlah apabila menunjukkan hadiah yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sempena kelahiran anaknya.
Ads
Namun pada perkongsian tersebut Nurul Syuhada tidak memaklumkan jantina anak mereka.
Paling istimewa dalam masa yang sama Nurul Syuhada juga memberitahu suaminya ada bersama ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Tahnia ibu saya yang lalukan terbaik untuk keluarkan saya dan sudah tentu ayah saya juga ada bersama menyambut kehadiran saya dan memotong tali pusat,” tulisnya.
Pihak polis terima aduan daripada penduduk bahawa ada bau kurang menyenangkan, wanita oku ditemui sebelah mayat ibu.
Sebelum menemui mayat warga emas ini, pihak berkuasa telah menerima aduan daripada penduduk setempat.
Polis menemui mayat seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Berjaya Kuala Pegang, Baling, kedah, semalam manakala seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dipercayai anaknya pula didapati lemah di sebelah jenazah itu.
Polis menerima aduan penduduk berhubung bau tidak menyenangkan pada jam 12.40 tengah hari dan menghantar anggota membuat pemeriksaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pihak polis menemui mayat warga emas itu yang dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61 manakala wanita OKU berusia 21 tahun itu didapati dalam keadaan lemah di sebelah jenazah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia lima hari lalu.
Polis juga menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Baling untuk tindakan lanjut berkaitan COVID-19.
Shamsudin berkata, punca kematian belum diketahui dan remaja OKU itu juga dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk rawatan lanjut.
“Jenazah telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang disebabkan terdapat sekatan merentas negeri, ramai anak-anak yang tidak dapat berjumpa mak ayah mereka di kampung. Sebenarnya bimbang berlaku di luar dugaan terutamanya mak ayah yang sudah uzur.
Segelintir ayah-ayah tak boleh duduk senang! Anak suka mengacau, itu tandanya nak refill tangki emosi. Ramai anak bersikap begitu.
Pantang ayah melunjur kaki atau berehat, pasti anak datang meminta itu dan ini. Paling tidak ajak bermain bersama. Niat hendak melepaskan lelah tergendala akhirnya.
Kongsi Mohd Fhais Salim, anak-anak tak boleh lihat ayahnya duduk.
Ada saja akal dia hendak kacau ayahnya. Dia duduk atas pangkulah, dia tarik tanganlah, kadang-kadang sampai atas kepala dia panjat.
Relakslah wahai ayah, jangan rimas. Layankan sahaja kerenah anak itu.
Itu tanda-tanda anak kita sedang refill tangki emosi dia tu.
Dia nak cakap dekat kita yang,
– saya rindu ayah
– nak bermain dengan ayah. Luangkan masa bersama anak dengan Pororo Alphabet Board. Anak-anak yang masih kecil tentu saja seronok belajar dengan ayah dengan set Pororo Alphabet Board kerana rekabentuknya yang sangat menarik. Anak-anak suka, ayah gembira.
– hiburkan saya ayah
– saya sayang ayah
– ayah buat saya gembira
– paling penting, ayah is the best
Hendak bercakap guna kata-kata dia tak pandai lagi, itulah sebab dia “bercakap” dengan tingkah laku begitu.
Dengan harapan ayah fahamlah …
Sayangnya kalau kita buat tak tahu ( stonewalling ) ketika anak menagih perhatian.
Itulah bibit-bibit permulaan anak yang dulu baik, mula buat tingkah laku tak baik.
Dia mula,
– buat perangai
– kuat membentak
– menjerit-jerit
– baling barang
– pukul memukul
– melawan kata
Walau macam mana pun, tangki emosi anak ini tetap kena refill.
Bila cara baik tak dapat, dia buatlah cara kurang baik. Asalkan dapat perhatian.
Bagi anak-anak, walaupun kena marah dan tengking itu lebih baik dari tak dapat langsung perhatian dari ayahnya.
Ayah sentiasa di hati anak-anak!
Wallahualam,
Follow Mohd Fhais Salim supaya tak terlepas tips keibubapaan best macam ni.
Ada benarnya memang nampak remeh, tapi setiap hari kita kena cari sebab kenapa cintakan pasangan. Bukan apa, adakalanya perkahwinan yang didirikan bertahun-tahun lamanya semakin hilang rasa cinta dan serinya. Berkahwin sekadar melaksanakan tanggungjawab tapi rasa cinta semakim pudar. Perkara ini lah yang perlu diingatkan kembali, agar rasa cinta pada pasangan semakin erat berkekalan hendaknya.
Pernah terbaca satu artikel Inggeris tentang perkahwinan. Tentang perkahwinan yang semakin lama semakin hilang ‘spark’. Makin lama makin hilang rasa cinta, rindu.
Dalam artikel, penulis itu mengingatkan kepada semua pasangan berkahwin tentang keperluan untuk ambil satu-satu masa untuk muhasabah kembali, fikir kembali kenapa kita cintakan pasangan kita dan kita pilih untuk berkahwin dia dengan dia.
Recall semula detik-detik kali pertama kita rasa jatuh cinta dengan dia. Recall semula detik ketika kita decide, “Ya Allah, saya nak kahwin dengan dia,”
Kalau boleh, tiap-tiap hari kita kena cari ‘sebab’, tak kisahlah walau ‘sebab’ itu berbeza setiap hari.
Oh ya, ‘sebab’ itu tidaklah termasuk dengan rasa terhutang budi dia tanggung nafkah keluarga, sebab dia sediakan tempat tinggal, sebab dia lahirkan anak dan sebagainya. Tetapi lebih kepada ciri-ciri yang menjadi ‘qurratu ain’ pada mata kita sebagai pasangan.
Kelebihan yang buatkan kita bersyukur sangat si dia menjadi pasangan kita.
Jadi, apa yang dimaksudkan ‘sebab’ itu?
Contohnya, kejap lagi, bila kita duk tenung muka pasangan masa dia tidur, baru teringat, eh dulu masa awal-awal kahwin suka tengok bulu mata dia, suka tengok hidung dia.
Maklumlah, kadang apabila sibuk sangat dengan rutin harian, dengan anak-anak lagi, manalah kita ada masa nak duk merenung sangat macam lagu Siti Nurhaliza – “menjeling, menjeling ku bertentang” tu kan.
Tambahan lagi, apabila sudah masuk 10, 15 tahun perkahwinan dengan ‘features’ masing-masing yang sudah berubah, kita kadang terlupa pada ‘spark’ panahan kali pertama bertentang mata yang membuatkan kita tak boleh lupakan si dia dulu tu.
Nampak macam remeh kan? Tapi pernah tak bila kita terfikir, semua ‘sebab’ remeh inilah yang menjadi bualan dan kenangan apabila kita kehilangan seseorang. Waktu itulah kita akan ‘recall’ segala kelebihan dan keistimewaan si dia yang kita telah hilang itu.
Masa itulah baru kita nak rindukan hidung ‘jambu air’nya, rindukan lesung pipitnya, rindukan gelak tawanya, rindukan sifat kelakarnya. Jadi, kenapa nak tunggu pasangan dah tiada baru kita nak recall benda-benda seperti ini kan?
Kenapa tidak sekarang?
Percaya atau tidak apabila kita ambil masa untuk cari dan recall semua ‘sebab’ kita cinta dan pilih pasangan kita ini, tak ubah ibarat menyiram dan membaja bunga-bunga cinta di taman hati gitu. Kerana apa? Kerana kita ni manusia yang selalu terlupa. Tambahan hal-hal kecil dan remeh begini, lagilah mudah kita lupa.
Konsep ni lebih kurang dengan muhasabah untuk kita mensyukuri nikmat Allah setiap hari.
Bangun pagi still boleh buka mata – melihat, boleh bangun sendiri tanpa susahkan pasangan, boleh peluk cium anak-anak. Alhamdulillah.
Benda tu nampak macam tak ada apa kan, tambah kalau kita bangun Subuh pun Subuh gajah memanglah tak sempat nak muhasabah apa, atau seharian disibukkan oleh gajet dan skrin semata, memanglah kita terlepas pandang perkara-perkara ini.
Tetapi kalau kita boleh letgo sekejap semua distractions ni dan ambil masa untuk recall dan muhasabah barulah kita nampak betapa sekecil-kecil hal pun boleh menjadi asbab untuk kita bersyukur dan berbahagia. InsyaAllah.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21)
MasyaAllah. Sungguhlah sebab kita ini manusia yang selalu terlupa dan terleka, perlu selalu diingatkan.
Mingguan Wanita:Setuju sangat memang ada benarnya. Mungkin nampak remeh perkara ini, namun ia mampu menyemarakkan hubungan dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi saat perselisihan dalam rumahtangga, perkara sebegini memang dapat membantu memulihkan keadaaan kembali.
Allahuakbar, ibu tak ada siapa-siapa dah. Hidup ibu sunyi tanpa hampa bertiga. Kenapa tak bawa ibu sekali, adik abang tarik tangan abah sekali ke syurga.Al-Fatihah, Nor Hamiza.