Pada hari ini wanita sudah bijak dalam memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagi pelajar yang bernama Nur Fitrah Mat Radzi, 24, dirinya mula berminat melakukan aktiviti lasak ketika sedang menuntut di Tingkatan Enam sebuah sekolah menengah.

“Aktiviti kegemaran saya pada waktu itu selalunya hiking dan caving (meneroka gua). Saya mula mendaki pada tahun 2012, pada usia 18 tahun. Ketika itu saya bermula dengan memanjat Bukit Broga. Pada awalnya, saya hanya memanjat secara suka-suka sahaja. Tapi bila masuk universiti, saya selalu ikut aktiviti sukan lasak yang dianjurkan.

“Malah ketika itu saya cabar diri dan berniat mahu menawan puncak bukit dan gunung. Setiap kali mendaki saya akan niat sesuatu, contohnya saya akan niat di dalam hati saya dimana kalat dapat mendaki puncak saya akan berlajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan terbaik untuk semester ini.

“Lama-kelamaan mendaki dan caving menjadi hobi saya. Sebabnya saya suka kepada alam semula jadi seperti flora dan fauna. Setiap kali hiking pastinya saya akan menikmati alam sekeliling dan semua deria saya dimanfaatkan untuk dapat menikmati alam yang cukup indah,” terang Nur Fitrah membuka bicara.

Tidak Hanya Beridah Sewaktu Zaman Persekolahan   

Nur Fitrah Nikmati Alam Semulajadi Sambil Mendaki Puncak Bukit

Kesihatan dan kecergasan hanya dipandang serius apabila diri sendiri atau anggota keluarga sudah berada di peringkat memerlukan rawatan. Kebanyakan wanita hanya beriadah secara terpaksa semasa di bangku sekolah melalui senaman mingguan atau bersukan secara bermusim. Apabila meninggalkan sekolah, berat badan kebanyakan mereka akan meningkat seiring dengan pertambahan pendapatan dan usia.

“Hingga kini saya jadikan aktiviti kesihatan dan kecergasan sebagai perkara yang wajib dilakukan. Pada kebiasaannya kini saya suka senaman kardio seperti jogging, main tali skipping, hiking dan caving. Jika berjogging saya akan lakukan tiga kali seminggu ikut masa juga.

“Namun saya punya kelainan sebab suka berjogging pada waktu malam di tempat yang selamat. Jika mendaki biasanya saya akan lakukan pada hujung minggu dan jika ada aktiviti perkhemahan saya akan ikut juga namun sekarang ni saya terpaksa perlahankan aktiviti-aktiviti ini kerana saya sedang mengikuti Latihan Industri untuk semester ini,” sambung Nur Fitrah.

IKLAN

Nur Fitrah Nikmati Alam Semulajadi Sambil Mendaki Puncak Bukit

Sertai Larian Marathon

Ditanya tentang kejayaan yang diraih dalam melakukan aktiviti kecergasan, Nur Fitrah menjelaskan dia pernah mendaki beberapa gunung dan akan meneruskan program tersebut selepas Latihan Industrinya tamat tidak lama lagi.

 “Setakat ini saya pernah mendaki beberapa gunung. Saya target untu lebih aktif tidak lama lagi. Selain mendaki saya juga gemar menyertai Larian Marathon dan Fit Malaysia. Di universiti pula saya kerap menyertai aktiviti larian.

“Pada saya aktiviti sebegini sangat berbali teruatamanya status saya sebagai seorang pelajar. Di mana saya perlu sentiasa sihat dan cergas agar saya dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran.

IKLAN

“Selain itu saya rasakan amalan saya ini sangat berbaloi. Selain sertai aktiviti mendaki saya juga dapat menimba banyak pengalaman terutamanya dalam menjaga kesihatan diri,” sambung Nur Fitrah.

Amalkan Air Suam, Madu & Minyak Zaitun

Ditanya tentang tips yang diamalkan dalam mengekalkan berat badan yang ideal, Nur Fitrah ada jawapannya yang tersendiri;

“Saya tidak pernah alami masalah berat badan. Berat saya ideal dengan ketinggian saya. Ramai juga yang bertanyakan kepada saya amalan pemakanan. Saya amalkan  minum air suam, madu dan setiap malam minum minyak zaitun. Sebabnya minyak zaitun ada khasiat yg baik dan mampu kempiskan perut.”

Nur Fitrah juga berkongsi teknik untuk mengajar wanita melakukan aktiviti kecergasan.
“Bagi saya wanita diluar sana perlu rajin buat aktiviti riadah, cotohnya kalau tak mampu berjogging cuma anda perlu berjalan saja berapa pusingan di taman perumahan anda bersama anak-anak.

IKLAN

“Dengan melakukan amalan ini, anda bukan sahaja dapat keluar peluh. Tapi pada masa yang sama dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Bukan itu sahaja, pemakanan juga faktor utama perlu jaga.

“Walaupun saya seorang yang ‘food hunter’, tapi saya juga tengok apa jenis makanan yang saya akan makan. Saya juga lebih suka makan ikan berbanding ayam. Untuk mengekalkan keseimbangan dalam pengambilan makanan saya lebihkan makan sayur,” akhiri Nur Fitrah yang cukup gembira apabila dapat mengekalkan berat badan yang ideal.

Menu Sihat Amalan Nur Fitrah

Sarapan : Pada kebiasaanya saya akan mengambil makanan berat seperti Nasi Kerabu. (Tapi amaun yang diambil tidak banyak).

Makan Tengahari: Makanan bersup seperti bihun sup dan bakso.

Minum Petang: Kuih muih.

Makan malam: Makan sebelum pukul 10, makanan yang dipilih tidak terlalu berat.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI