Penularan wabak penyakit yang kini sedang melanda dunia sememangnya merunsingkan setiap individu. Novel Coronavirus begitu hangat diperkatakan dan tengahari tadi, Mingguan Wanita Talkshow juga turut menjemput Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Survelan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Wan Noraini Wan Mohamed Nor kes studio bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai virus ini.
“Virus Corona ada pelbagai di luar sana. Malah virus ini juga terdiri dari keluarga yang sangat besar iaitu 60 peratus adalah yang dijangkiti haiwan dan 40 peratus yang dijangkiti manusia. Bila jangkitan manusia kebanyakkan virus yang biasa-biasa dan ada juga yang menyebabkan jangkitan serius seperti SARS dan Novel Coronavirus (dipanggil novel kerana virus yang baru ditemui).
“Pada masa sekarang negara China yang teruk terjejas hampir 2000 dijangkiti. Manakala di negara lain seluruh dunia setakat ini masih terkawal dan Malaysia ada empat kes,” terang Dr Wan Noraini.
Teruskan Kehidupan Seperti Biasa
Ads
Sewaktu diaju persoalan bagaimana virus merebak dan langkah penjagaan, Dr Wan Noraini, berkata, “Kami sedang mengenali. Virus ini menjangkiti saluran pernafasan. Disyaki dari titisan saluran pernafasan iaitu bersin dan batuk. Jadi jagalah kebersihan dan sebenarnya kebersihan adalah segala-galanya.”
“Nasihat dari KKM anda semua tak ada masalah masih boleh keluar bekerja seperti biasa. Teruskanlah kehidupan cuma saranan sewaktu kami bermesyuarat dengan TPM baru-baru ini, elakkan lawatan ke Negara China.
Ads
“Jika terpaksa juga melawat, paling utama jagalah kesihatan dan kebersihan diri. Kita tiada ketahanan badan atau antibiotik dan kita berisiko dapat jangkitan. Mereka yang ada penyakit kronik, kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi.”
Ads
Sentiasa Basuh Tangan & Bawa Senitizer
“Paling penting anda perlu sentiasa jaga kebersihan diri. Tangan sentiasa dibasuh dengan sabun dan bawalah hand senitizer ke mana-mana. Janganlah makan makanan eksotik. Elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai. 14 hari selepas balik dari negara China jika ada gejala tak sihat silah dapatkan rawatan segera,” ungkap Dr Wan Noraini.
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
KKM Mahu Pastikan Rakyat Malaysia Sihat & Sejahtera
“Kami di KKM yang sama juga telah berjaya tangani H1N1, SARS, Nipah, Ebola dan percayalah kami mencuba sehabis baik. Kami juga untuk kali ini kami akan pastikan rakyat Malaysia sihat dan sejahtera. Kami juga harapkan janganlah semudah-mudah memviralkan sesuatu. Sebab kami nak focus untuk menguruskan virus ini. Bila sesuatu viral berlaku focus kami akan terganggu,” sambung Dr. Wan Noraini. Bagi mendengar lebih lanjut saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.
sumber petikan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Info Petikan dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia Sehingga kini, cara jangkitan 2019-nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. Terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission), khususnya dalam kalangan kontak rapat. Orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia: • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer); • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu; • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala; • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan; • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna; • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sayur Campur Sentap Selera! Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan udang, daging mahupun ayam. Paling penting jangan goreng lama sangat, hilang pula khasiatnya.
Menu sayur campur ini sedap lebih-lebih lagi dimakan dengan nasi panas dan telur mata atau telur dadar.
Sayur Campur Sentap Selera!
Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan menu Sayur Campur Sentap Selera! Untuk mak-mak hidangkan pada keluarga tersayang.
Bahan-Bahan:
Udang – 10 ekor
Bawang putih – dipotong halus
Bawang merah – dipotong bulat
1 genggam ikan bilis
1 biji lobak merah
Kacang buncis
Kacang pea
Putik jagung
2 biji cili merah (dipotong halus)
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak di dalam kuali kemudian panaskan.
2.Tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
3.Bila sudah separuh garing masukkan ikan bilis.
Gorengkan hingga ikan bilis separuh garing kemudian masukkan udang.
5.Bila udang sudah berwarna keemasan masukkan pula kacang buncis, kacang pea, putik jagung, cili merah kemudian lobak merah.
Kacau sebati letakkan garam dan serbuk perasa. Jangan biarkan terlalu lama di dalam kuali takut hilang pula khasiat sayuran.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaknya melihat dua anak perempuan berusia 12 dan 6 tahun ini. Kehilangan ibu selepas beberapa jam ibu melahirkan adik lelaki mereka. Malah, dalam video call terakhir ibu ini maklumkan bahawa bayi lelaki itulah hadiah terakhir untuk suaminya.
Kisah pengorbanan seorang isteri ini dikongsikan oleh drsuffiahany ketika memberi penghormatan terakhir untuk arwah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Changkat, Gombak.
Kongsinya,
Pengorbanan….apakah erti pengorbanan sebenar?
Pagi ini saya dikejutkan dengan kepergian seorang wanita… seorang isteri dan seorang ibu…. melahirkan anak melalui pembedahan di HKL kerana komplikasi uri rendah.
Baru semalam melahirkan tetapi perjuangan seorang ibu hanya sampai ketika pagi ni sahaja. Beliau dijemput kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan bayi yang berusia beberapa jam.
Dua anak perempuan berusia 12 dan 6 tahun. Dan yang paling sedih seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan seorang yang baik.
Sampainya saya di surau, jenazah selesai disolatkan. Saya memeluk anak-anak kecil ni. Tak tertahan air mata ini sambil membaca yassin. Yang kakak memahami dan menangis kesedihan melihat jasad ibu yang terkujur kaku.
20 Hari Tak Dapat Peluk, Akhirnya Jasad Ibu Yang Pulang
‘Mak tengah tidur’ Itulah kata-kata yang diucapkan oleh si comel berusia 6 tahun. Ya Allah… sedihnya saya mendengar lontaran kata-kata si comel yang tak memahami apa yang sedang berlaku.
Yang menyedihkan sudah 20 hari mereka tidak dapat memeluk mak mereka kerana ditahan di hospital selama 20 hari. Dan suami juga tidak dapat membisikkan dua kalimah syahadah di saat hembusan nafas terakhir.
Sehari sebelum operation, arwah membuat video call dengan Ina (teman baik) dan arwah menyatakan ini lah hadiah terakhir buat suami. Kerana dapat bayi lelaki dan selepas ini arwah tak mahu lagi beranak. Rupanya inilah hadiah terakhir yang sangat berharga buat suami.
Kepada saudara sa’ie dan anak-anak.. bertabahlah menempuh kehidupan yang mendatang tanpa isteri dan ibu kepada anak-anakmu… Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang akan diberikan kepada sa’ie dan keluarga.
Allahyarhamah Jumriyah… tenanglah di sana… semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman….Al-Fatihah
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
Apa kah maksud pergorbanan? Nak menjalani kehidupan tanpa isteri membesarkan anak-anak… mengambil masa untuk kuatkan mental dan terima kenyataan.
Apa pendapat anda? menjadi bapa dan ibu sekaligus kepada anak-anak. Jom kita bagi kekuatan dan kata-kata semangat buat saudara sa’ie.
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
MW :Al Fatihah.. semoga Allahyarham Jumriyah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan Allah memberi ketenangan hati buat suami dan anak-anaknya.
Aishah Sedekah Baju Lama, Sudah Boleh Sarung Saiz S. Tahniah diucapkan buat penyanyi senior Datuk Aishah, 58, yang kini semakin kurus.
Menurut Aishah kini dirinya sudah boleh mengenakan pelbagai busana bersaiz kecil.
Aishah Sedekah Baju Lama
Pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin itu juga seperti tidak percaya dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Sememangnya sudah lama dirinya mahu lakukan perubahan dalam diri dan kini baru berjaya.
“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.
“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.
“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.
“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju ‘show’ yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.
Hanya Orang Badan Besar Sahaja Tahu
Menurut Aishah lagi apa yang dialami hanya mereka yang berbadan besar sahaja yang tahu.
“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.
“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri.
“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.
“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” ungkapnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doa seorang ibu anak jadi mangsa nafsu serakah bertopeng Ustaz termakbul, Fathi Naim dipenjara 15 tahun. Allah sentiasa bersama orang yang benar.Doa seorang ibu...