Ramai sedia maklum, bagaimana akrabnya kekeluargaan pasangan suami isteri, Norman Hakim dan Memey serta Abby Abadi dan Jai Ezany. Demi anak-anak, mereka saling meraikan ukhuwah yang terbina dengan momen-momen istimewa bersama-sama.
Terbaru, ketika meraikan ulangtahun kelahiran pelakon Abby Abadi yang ke-42, Norman Hakim mendedahkan detik cemas yang dilalui ketika Abby dan bayi pramatangnya, Daniel Firman Faizal bertarung nyawa di hospital.
Tulis Norman,
Sanah Helwah, Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-42 Mama kepada cahayamata-cahayamataku @abby_abadi112 .
Ntah la bok.. tapi birthday awak kali ni saya rasa hiba sangat. Hiba tanda syukur sebab awak masih lagi ‘survived’ dalam hidup duniawi ni. Allah SWT & kita-kita je ( @jaiezzany & @memeysuhaiza ) yang tahu betapa kritikalnya keadaan awak masa awak tumpah darah nak selamatkan Baby Daniel Firman Faizal hari tu.
Ads
Saya tak pernah cerita kat awak part ni. Bila Jai bagitau pada saya dan Memey yang awak tumpah darah dan nak kena selamatkan SALAH SEORANG, masa tu saya terasa dunia berhenti sekejap. Saya tengok Memey, Memey tengok saya.
Dan terus kitaorang nangis-nangis. Spontaneously Memey suruh saya pergi dulu bawak motor ke hospital, buat apa-apa yang sepatutnya dan bagi support kat Jai.
Redah Hujan Lebat Sambil Doa Ke Langit
Masa tu hujan lebat bok, saya bawak motor full throttle sampai terangkat-angkat tayar depan pergi hospital. Saya nangis dongak ke langit mohon pada Allah SWT tolong selamatkan kedua-dua, awak dan Baby Daniel. Sebab kan salah satu doa yang in shaa Allah mustajab adalah masa tengah hujan. Orang takkan perasan saya menangis masa tu sebab dah tak boleh nak bezakan antara air hujan dan air mata.
Masa insiden tu Bok, baru kitaorang sedar yang kitaorang sangat menyayangi awak, Lillahita’ala. Hanya Allah SWT, saya, @memeysuhaiza , @jaiezzany yang tahu kasih sayang kita ni. Long story short, alhamdulillah Allah SWT perkenankan doa saya dan beribu-ribu yang lain yang berterusan doakan awak & Baby Daniel sampai ke hari ni. Alhamdulillah, syukur.
Dan hari ni Allah SWT bagi izin untuk awak bernafas untuk ulangtahun kelahiran yang ke sekian kali bersama Baby Daniel dan yang tersayang. Kitaorang sayang awak sangat-sangat Bok. Awak insan hebat yang mempunyai hati dan aura yang luar biasa. Dan saya personally berterima kasih banyak-banyak kat awak & jugak @memeysuhaiza yang sentiasa berusaha menjadi Mama & Mummy terbaik buat anak-anak saya dengan izin dariNya
“We love u Bok. Semoga awak sentiasa di dalam lindungan, rahmat & kasih sayang Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.”
Ads
Berat Baby D Dah 1 Kilogram
28 November yang lalu, Abby Abadi berkongsi perkembangan anak bongsunya, Baby Daniel yang juga dipanggil Baby D.
Kongsi Abby,
“Tepat 12 tengah malam (28 November 2019) dah 63 hari usia Baby D kita. Syukur Alhamdullillah.
Ads
Terima Kasih ALLAH
Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni.. takut tersalah info.
Malam ni (ketika status dimuatnaik) ada sedikit yang saya boleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira dan ada berita sayu. Yang gembiranya ialah beratnya dah 1kg.
Dan yang sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin untuk bernafas, 83% . Saya lama tak tengok yang tu.. sebab sibuk nak tahu pasal berat badan dengan susu yang diperlukan je. Suami @jaiezzany yang perasan peratusan tu tadi.
Banyak lagi isu lain yang memilukan sebenarnya… cuma.. Saya berserah segalanya kepada ALLAH SWT yang Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Mohon DOA berterusan ye Sahabat di sini untuk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya… Amin.
MW : Sanah helwah Abby Abadi, semoga Baby D terus kuat dan sihat.
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya lebih segar,terjamin kebersihannya malah lebih menjimatkan! Tanpa perlu ragu-ragu.Iyalah jika beli dikedai, adakalanya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya.
Berikut merupakan cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Suhaila Ishak sebagai panduan mak-mak;
“Ragu-ragu dengan kebersihan udang kering yang dibeli, mari buat sendiri, senang dan sedap dijamin bersih lagi halal”
Bahan-Bahan:
Udang segar (Saya guna udang laut yang kulit keras tu)
Sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Rebus udang segar dengan sedikit garam.
2. Rebus sampai kering air.
3. Keringkan udang kering tersebut dengan dua cara;
Cara 1
Jemur dibawah cahaya matahari sampai betul-betul kering.Jika cuaca panas, jemur sehari pun dah boleh kering.
Cara 2
Kalau malas jemur masukkan dalam oven suhu 100-150 darjah. Bakar sampai betul- betul kering dalam 20 minit untuk kekalkan rasa manis udang tu.
4. Bila dah betul-betul kering masukkan dalam plastik, kemudian ramas-ramas je udang kering tersebut untuk asingkan isi dengan kulit udang.
Penyanyi yang muncul menerusi rancangan Akademi Fantasia, Ara Johari kesal apabila dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya menarik diri pada saat akhir daripada menjayakan rakaman sebuah program terbitan sebuah stesen TV baru-baru ini.
Biarpun sudah menjelaskan penarikan dirinya itu kerana masalah kesihatan di mana dia diserang asma beberapa hari sebelum rakaman tersebut bermula, insiden itu terus diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tidak cukup dengan itu, tular pula dakwaan yang mengatakan penyanyi Bunga dan Paku itu terbabit dalam pengambilan minuman keras dan barang terlarang sehingga mendatangkan masalah kepada dirinya.
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 23, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
“Saya berani bersumpah tidak pernah mengambil minuman beralkohol atau barang terlarang.
“Saya tidak dapat menutup mulut orang daripada terus berkata-kata, tapi saya percaya lama-lama mereka akan diam juga kerana ia adalah perkara tidak benar.
“Memang kadang-kadang ada rasa marah, tapi asalkan keluarga dan orang terdekat tahu perkara sebenar, ia sudah cukup buat saya,” jelasnya.
Berkawan Dengan Semua Orang
Dalam pada itu, Ara tidak menafikan dakwaan tersebut mungkin berpunca daripada pergaulannya dengan kenalan dan rakan-rakan yang terlibat dalam perkara tersebut.
“Memang ada kenalan saya yang mengamalkan cara hidup begitu, tetapi ia tiada kaitan dengan saya.
“Saya berkawan dengan semua orang, tapi yang menentukan sesuatu tindakan itu adalah diri kita sendiri. Kita yang bentuk diri kita dan bukan orang lain,” tegasnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ Foto: Instagram Ara Johari
Sewakan bilik sebesar tandas, DBKL larang binaan dinding baru mulai 1 Ogos untuk bangunan kediaman dan komersial. Isu mencari rumah sewa yang agak selesa pada hari ini antara masalah dihadapi anak muda yang bekerja di bandar besar.
Bukan tidak ada tapi kosnya mungkin terlalu mahal hingga suku dari gaji diperuntukkan untuk membayar sewaan rumah. Banyak juga pemilik rumah kediaman membuat bilik-bilik kecil di rumah kediaman dan kemudian menyewakan pada harga tinggi yang dilhat tidak masuk akal dan tidak selesa didiami. Namun adakalanya tanpa ada pilihan, penyewa terpaksa juga menyewa walau bilik sebesar tandas.
Sewakan Bilik Sebesar Tandas
Namun mulai 1 Ogos lalu, pemiilik kediaman adalah dilarang menambah dinding baru untuk rumah kediaman dan komersial (Apartment Servis & SOHO).
Dalam satu pekeliling dikeluarkan dan ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkap Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, Datuk Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh, penguatkuasa larangan binaan dinding baru bagi rumah kediaman pada 21 Julai lepas telah berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2023 lalu.
Dalam pekeliling yang dikeluarkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang bangunan strata di Kuala Lumpur daripada menambah dinding dalaman bagi tujuan membuat bilik tidur baharu.
DBKL Larang Binaan Dinding Baru Mulai 1 Ogos Untuk Bangunan Kediaman & Komersial
Larangan itu yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2023, diumumkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) DBKL pada 21 Julai lepas.
Pekeliling itu berkata, larangan itu perlu bagi menghalang penukaran ruang tamu dan ruang makan kepada bilik tidur baharu, yang bercanggah dengan Perintah Pembangunan (DO) asal yang telah diluluskan DBKL.
Pekeliling itu juga mengatakan bahawa larangan itu perlu untuk memastikan bangunan berstrata mempunyai cahaya semula jadi dan pengudaraan yang mencukupi, dan untuk mengelakkan bilangan penduduk dalam sesebuah unit daripada meningkat. Masa yang sama dengan penambahan dinding ruang tamu tidak mendapat pencahayaan semulajadi.
“Unit petak kediaman, seolah-olah akan disewakan menyebabkan tukar kegunaan (kediaman ke komersial) dengan pertambahan bilik tidur selain mengakibatkan pertambahan bilangan penghuni,” katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan.
Jadi bagi pemilik kediaman, menambah ruang petak ini adalah satu kesalahan dan ia jelas tidak dibenarkan. Masa yang sama, penyewa juga akan mendapat keselesaan dan bukan seperti tinggal dalam sarang burung merpati.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...