Selebriti Indonesia, Nikita Willy selamat melahirkan cahaya mata kedua di Amerika Syarikat pada Ahad lalu. Isteri kepada Indra Priawan Djokosoetono, pewaris dari keluarga pemilik Blue Bird Group, sebuah syarikat pengangkutan terbesar di Indonesia ini teruja menyambut kelahirkan bayi lelaki diberi nama Nael Idrissa Djokosoetono.
“15 Disember 2024, Nael Idrissa Djokosoetono selamat dilahirkan, dibuat dalam kehangatan dikelilingi oleh individu tersayang,” katanya.
Nikita dipercayai melahirkan Nael di kediaman mereka di Los Angeles menggunakan teknik bersalin dalam air. Dia turut berkongsi foto saat dia melahirkan bayinya di dalam sebuah tab mandi sambil ditemani suami dan anak sulungnya, Issa Xander Djokosoetono.
Nikita pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tujuh minggu sekitar Januari lalu. namun pada Jun lalu, Nikita memaklumkan dia sedang hamil anak kedua dan memberitahu usia kandungan sudah memasuki tiga bulan.
Ads
Untuk rekod, Nikita berkahwin dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2020.
Anak sulung mereka, Issa Xander Djokosoetono, 2, dilahirkan di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles. Nikita memilih untuk menjalani proses kelahiran melalui kaedah normal selepas menjalani persiapan rapi sepanjang kehamilannya.
Proses Bersalin
Menurut Nikita, bersalin secara normal itu ditempuh dengan penuh kesabaran dan kekuatan mental. Nikita juga mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Indra Priawan, yang setia menemani sepanjang proses bersalin. Detik kelahiran Issa Xander menjadi pengalaman yang sangat berharga buat mereka berdua.
Ads
Beliau juga melakukan persiapan fizikal dan mental sepanjang kehamilan, termasuk senaman pranatal, yoga, dan menjaga pemakanan sihat.
Kali ini, Nikita memilih untuk bersalin dalam air, salah satu kaedah yang semakin popular kerana dipercayai memberikan pengalaman yang lebih selesa dan meminimalkan rasa sakit bagi ibu bersalin. Air suam dalam kolam bersalin membantu meredakan tekanan, mengurangkan kesakitan kontraksi, serta memberi kesan relaksasi kepada ibu.
Ads
Proses ini juga dikatakan lebih lembut untuk bayi kerana peralihan dari dalam rahim ke dunia luar menjadi lebih alami. Di Malaysia, Dr. Halina Mohd Yunos, isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, pernah mencuri perhatian apabila memilih kaedah bersalin dalam air atau water birth bagi kelahiran anak kembar mereka.
Keputusan ini membuktikan bahawa Dr. Halina mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kelahiran secara semula jadi, sambil mementingkan keselesaan dan keselamatan ibu serta bayi.
Usianya sudah mencecah 48 tahun namun pelakon yang pernah popular menerusi filem Pasrah dan Ghazal Untuk Rabiah, Wilma Muhammad tetap anggun.
Mengimbas kembali kisahnya yang pernah diceritakan kepada Mingguan Wanita, sebagai seorang isteri dan ibu sudah pasti Wilma mahukan yang sempurna dan terbaik untuk anak-anak dan suami.
Wilma Muhammad Didik Anak-Anak Amal Kesederhanaan
Namun wanita ini sentiasa mendidik anak-anak agar mengamalkan kesederhanaan dan mengelak dari pembaziran.
Bekas peragawati yang pernah membawa watak seksi dan menggoda satu ketika dahulu mengubah cara hidupnya untuk menjadi Muslimah sejati selepas berkahwin dengan arwah suami pertamanya, Mahir Effendi.
“Selepas berkahwin, saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup, mahu lebih fokus pada suami dan anak-anak dan keluarga pada masa itu.
“Bila saya pakai tudung semua terkejut. Mana tidaknya, dari seorang yang seksi dan kemudiannya berubah 360 darjah. Arwah juga tidak memaksa saya memakai tudung sebaliknya mendidik untuk saya berhijhab.
“Lagipun saya memang nak tukar cara hidup dari tersangat seksi dalam filem dan mahu dekat diri dengan Allah.
“Bahagia itu datang bila kita letakkan Allah sebagai Cinta Utama dan Abadi. InsyaAllah, Yang Maha Esa akan bagi ketenangan dan rahmat.
“Saya juga selalu berdoa supaya Allah kekalkan dan kuatkan iman saya untuk terus istiqomah,” luah Wilma Muhammad yang kini bahagia bersama suami kedua yang juga seorang ahli perniagaan dan anak-anak.
Pentingkan Didikan Agama
Memandangkan semua anak-anaknya sudah besar, Wilma tidak mempunyai masalah untuk bekerja. Anak-anaknya juga cukup memahami kerjayanya dalam lakonan.
“Saya bersyukur kerana suami dan anak-anak faham dengan kerja saya. Bila tak ada sesi penggambaran saya akan luangkan masa dengan mereka.
“Paling penting dalam mendidik anak-anak saya utamakan agama. Selain itu saya juga sering pupukkan nilai cinta dan displin pada mereka.
“Sebelum keluar bekerja biasanya saya akan pastikan keperluan semuanya dah sedia dan teratur,” akhiri Wilma yang tidak akan membantah jika anak-anak mahu terlibat dalam bidang seni.
Kata pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak, Johan, suami jangan main-main dengan kuasa seorang isteri yang cuma duduk di rumah dan dapur sahaja. Sebab sekali dia beli belanja dapur, suami boleh menangis di bucu katil.
MW setuju sangat dengan apa yang Ozlynn atau nama sebenarnya Roslinawaty Ismail ini kongsikan. Lagi-lagi bab belanja dapur ini. Bukan isteri yang patut sedia, suami lah sebenarnya yang kena prihatin bab hulur duit belanja.
Lagi pun tak luak rezeki suami, bila tak lokek dengan anak isteri ini.
Bagus betul dengan Johan ini sebenarnya. Tetap penuhi keperluan isterinya membeli barangan dapur.
Tulis Ozlyn,
Bila bulan lepas beli barang dapur guna duit bini ko.. nahhhhh pembalasannya untuk bulan nih… bil setinggi budak 5-6 tahun. Lain kali jangan sesekali ko berani skip duit perbelanjaan dapur yek!! Mau tinggal spender jek nanti ko kuar kedai.
Jangan permainkan kuasa mak-mak yang selalu duk rumah dan dapur yek. Akibatnya mau 5 bulan ko nangis tepi bucu katil. Merintih-rintih mintak advance duit minyak motor kat bini.
Dapur Dan Memasak Itulah Syurga Dunia
Aku lak jenis ko tak bawak masuk Sephora pun tak pe. Asalkan pasar dengan grocery store aku ada rasa heaven!
Aritu sensorang aku saja masuk Sephora. Rasa tak sampai seminit aku tengok orang penuh pastu aku macam nak pitam. Tak tau apa yang aku carik. Terus keluar dan balik.
Bukan jiwa aku..
Tapi kalau pasar! Berejam pun tak pe belek sayur segar yang warna warni dengan lauk yang fresh. Pergh! sapa jenis macam aku? Rasa dapur dan memasak tu adalah syurga dunia? Seppp sikit..
Anak-anak lelaki Johan dan Ozlyn
Lucu sebenarnya perkongsian Ozlynn yang juga ibu kepada lima cahayamata, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq ini. Walaupun lucu, ada maksud yang amat mendalam ya mak-mak.
Ozlynn dan Johan antara pelakon yang menjayakan teater Pawana Isabella di Istana Budaya.
Penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang Sabtu ini. Artis kesayangan ramai ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 51 tahun.
Menurut sumber arwah dipercayai menghidap kanser ovari dan kini sudah pun berada di tahap empat. Bagaimanapun merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan umum.
Adibah Noor Menghembuskan Nafas Terakhir Di Hospital
Berita duka pemergian arwah ini dimaklumkan rakan artisnya, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.
“Ya, betul arwah sudah meninggal dunia di hospital.”
Datin Emylia yang juga rakan rakan artis yang rapat dengan arwah ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke hospital bersama suaminya.
Dan perkhabaran ini turut dikongsikan Datuk AC Mizal sendiri.
“Allahuakhbar sedihnya. Terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia. Salam takziah dari kami sekeluarga.”
Awal Jun lalu, arwah ada berkongsi sekeping gambarnya yang kelihatan semakin kurus. Dalam perkongsiannya itu juga penyanyi Terlalu Istimewa ini memohon agar warganet mendoakan yang baik-baik untuknya.
Arwah dilahirkan pada 3 September 1970 di Kuala Lumpur. Ketika hayatnya arwah merupakan pelakon, penyanyi, pelawak dan pernah menjadi soerang guru bahasa Inggeris di Petaling Jaya selama dua tahun.
Pernah juga adalah merupakan duta kepada pasaraya The Store.
Antara filem lakonannya adalah Sepet, Buli Balik, Gubra, Mukhsin, Talentime, Jin Noti, Magika, Hooperz, Crayon, Aku Tak Bodoh dan banyak lagi.
Baru-baru ini Arwah juga akui yang sudah tiba masa untuknya menjaga kesihatan. Ternyata, tuhan lebih menyayangi Adibah Noor yang disayangi ramai ini.
Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian hebat kehilangan insan tersayang.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...