Terpulang kepada diri masing-masing, setiap orang ada caranya memuliakan suami. Begitu juga dalam cara membasuh pakaian, memasak, waima menghidangkan air untuk suami.
Jangan kerana satu posting, semua orang persalahkan tindakan dia. Niatnya semata-mata ingin melayan suami sebaik mungkin. Jadi biarlah Allah yang nilai. Bukan kita yang menentukan pahala dan dosa dia.
Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar dan hadam baik-baik penjelasannya. Jangan cepat melatah iya…
Tiba-tiba Viral
Semalam naik satu hantaran daripada Puan Niza, dia persoalkan kenapa campurkan pakaian suami dan anak-anak sekali masa membasuh. Ikutkan dia kena asingkan atas sebab adab dan memuliakan suami.
Tak pasal viral, setakat pagi ini lebih 6,000 komen dan masih belum berhenti tu. 4,600 lebih shares, iya belum berhenti lagi. Makin bertambah.
Rata-rata yang komen tak bersetuju dan mempermainkan dia dengan komen yang melawakkan dia. Tapi Puan Niza ini tak pedulikan, dia tulis lagi status lain suruh orang lain baca kitab.
Saya sendiri tak kenal pun Puan Niza. Pertama kali tengok juga FB dia. Tengok jugalah hantaran yang dia letak di wall.
Ikut Cara Masing-masing
Baiklah, dia begini: 1. Memang ada banyak kitab yang membahaskan soal adab isteri dengan suami. Ada banyak juga hujah dan asas yang dibicarakan.
2. Jadi rasanya puan ini memang mengaji kitab-kitab lama itulah. Buktinya saya jumpa banyak penulisan status dia adalah isi kandungan daripada kitab. Antara yang Puan Niza tulis daripada Kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah Abdul Rahim Fathani. Kitab yang bicarakan tentang kelebihan dan kepujian seorang isteri yang menunaikan tanggungjawab buat suami dan memberi peringatan jika isteri derhaka.
Ads
3. Apa yang kita belajar, itulah yang akan membentuk cara berfikir dan seterus cara hidup kita. Begitukan selalunya? Hasil belajar kitab-kitab ini, Puan Niza memang kuat dengan amalan dia antara adab dengan suami adalah dia perlu asingkan baju suami dan anak-anak ketika membasuh. Mengekalkan izzah (kemuliaan) suami dia dengan memberi keistimewaan basuhan secara solo baju suami sahaja, tak bercampur dengan baju lain.
4. Persoalannya salah ke dia buat begitu? Tak salah pun. Dia ada masa untuk basuh banyak kali, dia buatlah. Dia ada lebihan nak bayar bil elektrik sebab guna mesin banyak kali, dia usahakanlah. Niat dia nak layani suami dia sebaik mungkin. Allah akan nilailah, bukan kita yang memberi dosa pahala.
5. Salah pula ke orang lain yang tak bersetuju dengan dia? Pada saya tak salah juga, sebab kita bercakap atas landasan ilmu yang berbeza. Puan Niza menulis atas ilmu yang dia belajar, kita pula menyatakan pendapat atas ilmu yang kita ada. Yang bagusnya di tengah-tengah itu kita boleh berbincang dan sama-sama belajar.
6. Jadi di mana salah? Tak ada yang salah, tapi mungkin ada sedikit kesilapan. Kesilapan dalam menulis di media sosial.
Di media sosial ini sebolehnya elaklah menulis yang pendek-pendek kalau hal yang kita tulis itu perlukan hujah dan penjelasan.
Status Puan Niza itu pada saya terlalu pendek untuk menyatakan banyak hal. Bila tak ada penjelasan dan huraian, jadilah seperti apa yang kita tengok.
Ads
Kalian boleh baca komen kutukkan lagi banyak daripada nak tahu lebih tentang amalan yang ditulis tu.
Kesilapan lagi bila di media sosial kita menulis seolah mengajar-ngajar. Kalau kita bukan siapa-siapa (semua kita pun bukan orang terkenal termasuk saya), elaklah menulis macam kita menyuruh dengan cara paksa atau persoalkan sesuatu macam orang lain salah.
Puan Niza persoalkan kenapa campurkan pakaian suami dan anak-anak. Orang yang baca tanpa huraian ni akan faham – Eh, salah ke campurkan? Apa selama ni daripada nenek, mak sampai ke kita sendiri buat tu salah ke? Haa, nampak tak? Makanya jadilah perdebatan.
7. Nak tulis pendek sebagai pemula untuk tarik orang datang ke kita dan kemudian kita bagi penjelasan boleh. Tapi kita jamin ke semua yang datang awal tu akan datang semula untuk baca status seterusnya? Jadi baik elakkan cara begitu. Tulis sahaja terus ilmunya supaya orang faham. Belajar dengan guru pun ada anak murid yang salah faham, lebih lagi lah belajar depan handphone ini. Tak mudah.
Ads
Ilmu Rumah Tangga Sangat Halus
Kawan-kawan yang baik, Sungguhlah nak belajar tentang rumah tangga ini bukan berhenti setakat masa kita ikut kursus kahwin dulu. Hmm.. 10,20 tahun sudah kan?
Apa pun kita tak ingat dah. Kena ulang ulang belajar lagi dan fahamkan banyak aspek lagi. Ilmu rumah tangga ini sangat banyak seninya, halus sangat.
Sebab rumah tangga adalah alam untuk menyatukan lelaki dan perempuan yang memang tak pernah sehaluan. Walau pun tak sejalan, tapi kita boleh imbangkan perasaan dan kehendak masing-masing.
Iya, bertolak ansur. Daripada belajar dan praktikal bertolak ansur dalam rumah tangga inilah kita guna pakai untuk bawa ke luar kehidupan sebenar kita.
Kelasnya dalam rumah, aplikasinya di luar.
Maka, kalau kita jumpa status kita tak suka di facebook, kita pandailah nak menerima, menilai dan bertolak ansur. Bermula daripada rumah tangga yang mendidik, terbinalah masyarakat yang harmoni.
Haa! Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Nak sambung baca komen kejap.
MW: Baiklah, tak perlu pening-pening paling penting baju suami kita bersih daripada najis. Barulah tenang suami nak lakukan ibadat. Kalau kita selesa campur-campur, campur sajalah. Kalau nak asing dan banyak masa sangat, basuhlah banyak kali.
Pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel yang baru saja mengikat tali pertunangan baru-baru ini bersyukur kerana peminat tidak putus-putus mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka.
Menurut Ernie seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus berkata dia dan Syamel hanya berkongsi sesuatu yang sudah pasti.
“Memang ada peminat yang sudah jangka mengenai hubungan saya dengan Syamel sebelum ini, jadi bila kami sudah rasmi bertunang, ramai yang tumpang gembira dan mengirimkan doa.
“Ada juga yang beranggapan saya seperti main tarik tali dengan hubungan kami sebelum ini, tapi hakikatnya baik saya mahupun Syamel kurang selesa berkongsi sesuatu yang belum pasti.
“Ketika itu kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi, Sebab itulah kami tidak kongsi apa-apa.
“Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” ungkap Ernie.
Tidak Tolak Jadi Ada Yang Mahu Menaja Perkahwinan
Ernie Zakri juga tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinannya bersama Syamel yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan.
“Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Buat masa ini kami masih buat pertimbangan dan tengok mana yang bersesuaian.
“Sehingga kini kami sebenarnya belum membuat sebarang persiapan kerana banyak perkara yang masih dalam perbincangan lagi termasuk tarikh dan lokasi majlis.
“Tentang tema dan konsep perkahwinan pun saya dan Syamel belum muktamatkan lagi dan masih dalam perancangan.
“Begitu juga soal jemputan kerana kita perlu ambil kira soal SOP dan sebagainya. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti,” sambungnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Ernie Zakri
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Pernah tak terfikir kenapa kita tiba-tiba tahu mengurut orang? Tahu berubat? Tahu bersilat sedangkan kita tak pernah belajar pun semua itu. Tapi adakalanya semua ini datang dari mimpi?
Ramai berkata soal saka dan sebagainya tapi sebenarnya ilmu yang kita peroleh itu adalah dari leluhur kita. Apa itu leluhur? Leluhur itu adalah nenek moyang kita. Apa yang kita dapat hari ini adalah diwarisi dari nenek moyang kita terdahulu.
“Sebab itu, orang tua selalu berpesan, jangan sesekali lupakan asal-usulmu Leluhur kita bukan sekadar bayang dalam sejarah tetapi darah yang mengalir dalam tubuh kita hari ini. Jika kita lupa mereka, kita sebenarnya lupa siapa diri kita sendiri.”
Leluhur bukan sekadar nama di salasilah, tetapi akar yang membentuk siapa kita hari ini. Kerana leluhurlah, kita hadir hari ini. Ya, kerana leluhurlah ( nenek moyang atau keturunan terdahulu” dalam sesuatu salasilah keluarga kita hadir hari ini.
Bersama Cikgu Aida Lindungan Bulan yang merupakan penjejak lelulur.
Tak dinafikan deruan ombak sememangnya mampu memberi ketenangan pada sesiapa sahaja. Namun demikian, sungguh tak sangka ada yang memilih untuk bersalin sendiri di tepian pantai.
Seorang wanita selamat melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram tanpa memerlukan sebarang bantuan perubatan di Lautan Pasifik. Lapor Daily Mail, Josy Peukert, 37, hanya ditemani suaminya, Benni Cornelius, 42, semasa berada di pesisir pantai Playa Majagual, Nicaragua.
Deruan Ombak Menenangkan Isteri
Ibu empat anak itu memuat naik video detik kelahiran cahaya mata bongsunya ke Instagram dengan hanya memiliki kit bersalin seperti tuala, mangkuk dengan penapis untuk menadah tali pusat dan kain.
Menerusi video itu, ombak laut kelihatan menghempas belakang badannya semasa dia kesakitan untuk melahirkan anak.
“Bunyi deruan ombak dapat menenangkan isteri saya ketika melahirkan anak, walaupun dalam kesakitan, namun dia masih berasa selesa,” kata suaminya.
Bayi lelaki itu diberi nama Bodhi Amor Ocean Cornelius dan kini sudah berusia 13 minggu.
Suaminya memaklumkan selepas kandungan isterinya semakin sarat, dia menghantar anak-anak yang lain ke rumah kawannya sebelum mereka berdua menuju ke kawasan pantai.
Pilih Lahirkan Anak Sendiri
Peukert menjelaskan pilihan untuk melahirkan anak sendiri kerana doktor dan bidan menyebabkan golongan wanita lebih terganggu dan tidak yakin dengan keupayaan sendiri.
“Saya mahu berasa bebas tanpa sebarang kerisauan buat kali ini.
“Kelahiran anak pertama sangat trauma di klinik dan kelahiran kedua semasa di rumah dan yang ketiga ditemani bidan.
“Kali ini, saya tidak membuat sebarang janji temu dengan doktor mahupun sebarang campur tangan luar,” kongsinya.
Peukert berkata, selepas proses kelahiran itu selesai, dia kembali semula ke pantai untuk menyegarkan dirinya.
“Selepas itu, kami kemas semua barang dan memandu pulang ke rumah dengan hanya kami bertiga.
“Saya langsung tidak berasa takut atau bimbang semasa meraikan kedatangan cahaya mata baharu ke dalam hidup kami,” katanya.
Sehingga kini, tiada statistik rasmi merekodkan jumlah kelahiran bebas di seluruh dunia, namun, angka itu dipercayai masih kecil dan bertambah.
Mingguan Wanita:Cekal sungguh apabila memilih untuk bersalin sendiri.Walaupun pantai menenangkan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan di hospital bagi proses kelahiran bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi sewaktu proses bersalin nanti.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...