Sesungguhnya ajal dan maut tidak diketahui bila waktunya. Perbanyakkanlah berdoa semoga ‘pengakhiran’ kita dengan cara yang baik dan di tempat yang baik. Kematian jemaah umrah, Siti Faridah Ahmad, 64, dari Kota Kuala Muda, Kedah dicemburui umat Islam seluruh dunia yang dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.
Seorang jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Raudhah, Masjid Nabawi jam 9 malam waktu tempatan awal pagi ahad lepas.
Siti Faridah dari Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang bertolak pada 24 November lalu masih berbaki empat hari lagi untuk pulang ke tanah air dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12 tengah hari, 5 Disember ini.
Terjatuh Ketika Menuju Raudhah
Namun, perjalanan umrahnya kali ini sangat istimewa kerana dijemput Ilahi untuk bersemadi di Kota Suci Madinah. Mutawif Fadlim Travel, Nurulaswar Nasron berkata, allahyarhamah Siti Faridah dalam keadaan baik dan sihat sebelum kejadian selain sempat berkumpul dan merakamkan gambar kenangan bersama beliau dan jemaah lain 15 minit sebelum kejadian.
“Allahyarhamah terjatuh ketika dalam langkahnya menuju ke Raudhah iaitu Satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jemaah untuk berdoa selain berdekatan dengan makam Rasulullah SAW,”
“Mangsa dibawa ke Hospital Al-Ansar di Madinah untuk dirawat namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Pengebumian Berjalan Lancar
Menurut Nurulaswar, maklumat kematian dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bagi memperoleh surat kebenaran untuk urusan pengebumian selain memaklumkan ahli keluarga yang berada di Kota Kuala Muda, Kedah.Beliau dan agensi bersyukur apabila urusan pengebumian berjalan lancar dan diuruskan pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Arwah disemadikan di Baqi yang terletak bersebelah Masjid Nabawi selepas solat Zohor,” katanya.
Ads
Siapkan Semua Kelengkapan
Menurut Noor Hashimah,33 anak kepada Siti Faridah, arwah maknya sudah 12 kali menunaikan umrah pernah memasang niat untuk meninggal dunia di Mekah atau Madinah, membolehkan dia berusaha berkunjung ke tanah suci saban tahun jika diberi kesempatan.
“Kalau mak meninggal, mak dah siapkan semua kelengkapan mak, ambil ja dalam beg ni, telekung semua mak dah siap. Itu yang mak pesan kat anak-anak, dia siap dah kelengkapan semua.”
“Mak juga pernah kata kat kawan dia, kalau boleh dia nak meninggal dunia di Mekah atau Madinah, bila dapat tau berita kematian ini, maka termakbullah hajat mak,” katanya.
Ads
Menurut Noor Hashimah, berita kematian disampaikan mutawif yang mengendalikan perjalanan umrah yang disertai Siti Faridah pada jam 3.35 pagi tadi waktu Malaysia, lima minit selepas arwah disahkan meninggal dunia.
“Seluruh ahli keluarga bersedih tapi jauh di sudut hati rasa amat bersyukur sebab mak dijemput Ilahi di tempat paling suci iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.
“Mak pesan pada abang (anak sulung) sebelum bertolak supaya jaga adik-adik, kami semua lima beradik dan adik bongsu dah meninggal dunia pada 2014. Arwah ayah pun dah meninggal tiga tahun lepas, sejak itu, saya duduk dengan mak.
“Bila arwah mak tiada, rasa sangat kehilangan, kami tahu dia pergi umrah macam biasa, macam tahun-tahun lepas, tetapi tahun ini berbeza sekali, dia pergi buat selama-lamanya. Moga Allah terima mak, terima segala amalan mak, Insha-ALLAH,” katanya.
Ads
Sempat Hantar Kiriman Gambar
Menurut Noor Hashimah, antara kenangan paling manis, arwah ibunya sempat menghantar kiriman gambar dirinya buat kali terakhir pada pagi sebelum arwah meninggal dunia.
“Raudhah tu taman-taman syurga, depa kata mak jatuh masa melangkah ke Raudhah, anak-anak mak doakan, mak kini sedang melangkah ke syurga, Insha-ALLAh,” katanya.
Arwah Siti Faridah dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 9 malam waktu tempatan semasa sedang melangkah menuju ke Raudah di Masjid Nabawi. Mangsa bersama kumpulan jemaah wanita baharu sahaja turun dari tempat penginapan dan sedang melangkah menuju ke Raudhah sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia.
Raudhah adalah ruang dalam Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia berdoa dan dikatakan antara tempat paling mustajab untuk berdoa.Bersebelahan Raudhah terdapat makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab.
MW:Sesunguhnya kematian wanita ini yang amat ‘dicemburui’ ramai orang. Bersemadi di tanah suci, dikalangan para nabi dan syuhada. Semoga roh wanita bertuah ni, dicucuri rahmat diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Dalam naluri seorang ibu, tiada apa yang lebih penting selain memastikan anaknya sihat, gembira dan membesar dengan baik. Namun, bagi pelakon dan usahawan terkenal, Mira Filzah, dirinya tidak terkecuali daripada menjadi mangsa komentar warganet apabila segelintir menuduh anak tunggalnya, Wan Khair Amir, kelihatan terlalu kurus dan cengkung.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, menepis dakwaan tersebut dengan tenang tetapi penuh tegas. Katanya, tubuh anak lelakinya itu adalah warisan genetik keluarga suami.
“Orang cakap anak nampak kurus, macam kurang makan. Eh, awak semua ni, komen macam-macam. Gemuk salah, kurus pun salah. Amir ni tinggi dan kurus sebab ikut bapa dia serta bapa-bapa saudaranya. Mereka semua tinggi enam kaki ke atas,” jelasnya.
Bagi Mira, keadaan tubuh Amir yang kini berusia tiga tahun lebih adalah sesuatu yang normal untuk kanak-kanak lelaki aktif.
“Dari kecil lagi badan Amir memang tinggi. Makan pun banyak, cuma biasalah… makan banyak, buang pun banyak. Lagi pula dia budak lelaki, setiap malam lepas mandi pun berpeluh sebab ligat bermain. Itu perkara biasa,” ujar bintang drama Mandul Bukan Pilihan ini.
Naluri Ibu, Sihat Itu Utama
Sebagai ibu, Mira lebih memilih untuk melihat kesihatan anaknya berbanding terikat dengan ukuran fizikal. Katanya, setiap anak mempunyai perjalanan tumbesaran yang berbeza. Ada yang berisi, ada yang tinggi dan kurus, namun yang paling penting adalah mereka membesar dengan sihat.
Dalam nada penuh keibuan, Mira mengingatkan bahawa tumbesaran anak bukanlah perlumbaan. Ada anak yang berisi, ada yang kurus, ada pula yang lebih cepat tinggi daripada kawan sebaya. Apa yang penting, anak itu sihat, ceria dan membesar dalam kasih sayang.
Ternyata, ramai peminat dan pengikut turut tampil memberikan sokongan serta pengalaman yang sama.
“Tak payah peduli kata orang, Mira. Anak saya pun kurus tinggi macam tu, tapi sihat saja,” kongsi seorang netizen.
“Setiap anak tak sama, ada yang berisi, ada yang kurus. Asalkan sihat, itu paling utama,” tambah seorang lagi.
Bahagia Dalam Rumah Tangga
Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar bin Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir, yang kini menginjak usia 3 tahun dan menjadi permata hati mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah diucapkan buat Ainan Tasneem yang telah selamat bersalin bayi kembar secara normal.
Ternyata tiada orang yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan satu nyawa selain ibu. Dia mengharungi segala kesakitan itu sendiri. Kuatnya semangat dan cekalnya hati mereka.
Cukup beruntung penyanyi yang juga bergelar isteri dan ibu iaitu Ainan Tasneem setelah selamat melalui proses melahirkan secara normal.
Ainan Melahirkan Sepasang Bayi Kembar Yang Soleh & Solehah
Ainan yang juga isteri kepada Mohamad Ariffudin dan ibu kepada Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun ini telah berkongsi perasaannya menerusi akaun Instagramnya.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
“Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm.
Semuanya Dengan Izin Allah
“Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.
“Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar.
“Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse2 yang banyak membantu di Hospital Salam.
“Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib ,” kongsi Ainan.
Ucapan Tahniah
Kongsi Tip Dapat Anak Kembar
Sebelum bersalin, menerusi Instagramnya Aina pernah memberi jawapan kepada banyak persoalan yang diterima menerusi DM.
“Ramai yang tanya Ainan dekat ruangan DM dan komen apa tips untuk dapatkan anak kembar.
“To be honest waktu mula-mula Ainan & Ariff tahu kitorang bakal dapat kembar kitorang pon macam terkejut dan tak sangka. Memang tak pernah terlintas dan tak pernah plan pon untuk dapatkan anak kembar.
“Tapi Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
“Kalau nak cakap pasal keturunan memang ada, belah Ariff ada, belah Ainan pon ada. Tapi sebenarnya kalau takde keturunan pon boleh dapat kembar juga dengan izin Allah ,” luah Ainan.
Kembar siam tertua di dunia, Lori dan George menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun. Kembar siam tertua di dunia ini meninggal dunia di Hospital Universiti Pennsylvania pada 7 April 2024. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut berhubung punca kematian.
Lori dan George Schappell dilahirkan di West Reading, Pennsylvania, pada 18 September 1961. Kembar itu mempunyai otak yang berbeza, tetapi bersatu di tengkorak. George mempunyai spina bifida dan 4 inci lebih pendek, ditolak oleh Lori dalam kerusi roda.
“Ketika kami dilahirkan, doktor tidak menyangka kami akan berumur 30 tahun, tetapi kami membuktikan mereka salah,” kata Lori dalam temu bual ketika mereka berdua berusia 50 tahun, dipetik The Philadelphia Inquirer.
Mereka dilahirkan sebagai gadis kembar. Bagaimanapun, George mengumumkan bahawa dia adalah transgender pada tahun 2007.
Semasa hayat mereka, kedua-duanya adalah tokoh bebas. Memetik ABC News, kedua-dua mereka lulus dari sekolah menengah negeri dan pergi ke kolej seperti kebanyakan orang.
George berkhidmat enam tahun manakala Lori bekerja di dobi hospital. Sementara Lori adalah pemain boling yang hebat.
Selama bertahun-tahun, kedua-duanya telah muncul dalam banyak dokumentari, rancangan bual bicara, dan juga episod drama perubatan FX “Nip/Tuck”.
The Philadelphia Inquirer melaporkan bahawa Lori telah bertunang untuk berkahwin. Bagaimanapun ia gagal kerana tunangnya meninggal dunia dalam kemalangan kereta.
Menariknya, Lori berkata, apabila dia pergi bertemu janji, George selalu membawa buku untuk dibaca.
“Apabila saya pergi dating, George selalu membawa buku untuk dibaca,” katanya.
Apabila ditanya mengenai perpisahan, kedua-duanya menafikan berbuat demikian. Menurutnya, pembedahan ‘pemisahan’ itu tidak diperlukan.
“Adakah kita akan berpisah? Sama sekali tidak. Teori saya ialah: kenapa perbaiki yang tidak rosak?” katanya dalam dokumentari pada 1997.
Sebelum ini, Ronnie dan Donnie Galyon merupakan kembar siam tertua. Bagaimanapun mereka meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”