Pelakon terkenal, Rita Rudaini pun ada rasa simpati dengan nasib yang menimpa anak beruang matahari yang ditinggalkan kelaparan di sebuah unit kondominium di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut sumber berita, wanita yang ditahan kerana menyimpan beruang matahari itu tak menyangka haiwan yang dijaga itu beruang matahari. Sebaliknya dia ingat itu adalah anjing.
Bila mana baca kisah yang tular itu, Rita yang sememangnya cukup sayangkan haiwan terutama kucing ini seakan tak boleh hadam dengan tindakan wanita berkenaan.
Ads
Kucing Pun Sisturr Tinggal Kat Hotel Kucing
Tulisnya, “Kesian.. macam mana boleh tinggal macam tu? Kucing pun sisturr pi tinggal kat hotel kucing.. sebab depa bukan bole masuk dapoq kupas bawang tumih masak manggi kalau lapaq.”
“Sisturr dok pikir lama jugak. Kalau dah tau tu BERUANG, pu lah serah kat yang berhak. Kalau tak tau nak buat lagu mana, pi balai polis minta bantuan.”
“Dan kalau ingat anjing pun takkan boleh stop ambik?Pastu sah-sah beruang, memang ada binatang yang kita tak boleh simpan.. tak kan tak tau.”
Ads
Naya Beruang Tu Lapar..
“Kalau tak ada akta, sisturr pun nak bela rimau dan singa kat rumah. Naya beruang tu lapar. Dia bukan biasa dok kondo.. mana la dia tau nak cari makan lagu mana.”
Ads
“Dah tau tu beruang, pi kurung pulak. Bukan nak pi buat pesah cepat-cepat antaq kat yang berkuasa. Boleh plak balik raya tinggal.. sisturr memang tak leh terima.”
“Sisturr sayang binatang.. sedih tengok. Nasib baik tak jatuh tingkap.”
Buat Ini Kalau Jumpa Binatang Takleh Simpan
Pesan Rita lagi, “Pikir la cerdik sikit. Kalau jumpa binatang-binatang yang tak leh simpan, cepat-cepat pi antaq kat Jabatan PERHILITAN. Kalau jumpa manusia berhati binatang pun, cepat-cepat antaq jugak.”
Dalam laporan Sinar Harian menyebut, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim memaklumkan wanita berusia 27 tahun yang ditahan itu mendakwa menemui haiwan berkenaan berkeliaran sendirian berdekatan sebuah hutan.
Bagaimana pun, pihaknya percaya haiwan berkenaan diperoleh daripada pihak lain.
“Baju terakhir dipakai Arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Jadi pengubat kerinduan” begitulah antara ungkapan daripada Shuib yang juga suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mengundang sebak.
Ternyata kerinduan masih bersarang dihati Shuib sekeluarga selepas kehilangan isteri tercinta setahun yang lalu.
“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan”
Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan orang yang dicintai sememangnya tidak mudah.
Pastinya kita mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi sebagai insan biasa kita juga mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.
Seperti yang umum ketahui, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, akibat Covid-19. Arwah juga menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Terbaru menerusi kenyataan di Harian Metro, Shuib menerangkan walaupun sudah setahun pemergian Siti Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.
“Ada barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.
“Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya ayah kepada empat cahaya mata itu.
Mimpi Sedih
Shuib juga menerangkan dia pernah mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham Sarah tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengubah suai kediaman.
“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.
“Namun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih.
“Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada.
“Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia,” ungkapnya.
Tak gusar aksi romantis Lan akui lelaki setia, isteri profesional dah kenal sejak bangku sekolah. Kehidupan sebagai anak seni sememangnya banyak pancaroba. Namun Lan Solo begitu bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami tuntutan kerja.
Baru-baru ini aksi Lan berpegangan tangan dengan seorang wanita dalam Video Muzik (MV) 5 Kaki 4 Inci mencuri perhatian ramai. Isu tersebut membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan reaksi isterinya, Nur Sheila Hassim.
Tak Gusar Aksi Romantis Lan Akui Lelaki Setia
Ketika menghadiri sidang media pelancaran Video Muzik single terbaharu Lan yang berjudul 5 Kaki 4 Inci, sewaktu ditemubual Lan menerangkan babak berpegangan tangan dengan model wanita dalam video muzik tersebut tidak menjadi isu besar.
Isterinya cukup memahami tuntutan kerja seorang suami. Bertuah sungguh Lan kerana isterinya yang juga bertindak sebagai pengurus peribadi sudah sedia maklum terlebih dahulu mengenai aksi romantis tersebut memandangkan dia juga turut berada di lokasi sewaktu penggambaran dilakukan di Kundasang, Sabah.
“Saya seorang lelaki yang setia. Muzik video itu ialah tuntutan kerja dan isteri sangat profesional malah kami pun sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.
“Isteri sememangnya sudah masak dengan selok-belok industri seni dan tiada isu pun di situ sebab dia memahami kerja saya,” luah Lan.
Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.
Bimbang Tanggapan Orang Luar
Berbual lebih lanjut mengenai gadis cantik yang menjadi model dalam video muzik tersebut, Lan tidak menafikan dirinya berasa risau dengan pandangan pihak luar.
“Dalam video muzik saya Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019, Kerinah Mah berperanan sebagai wanita yang menjadi pasangan kepada saya.
“Sejujurnya, saya tidak risau mengenai babak tersebut tetapi bimbang dengan tanggapan orang luar yang menontonnya kerana akan disalah anggap,” sambung Lan yang turut memberitahu 5 Kaki 4 Inci merupakan lagu hasil ciptaan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence.
Lan juga sangat bersyukur akhirnya selepas lagu tersebut terperap selama setahun akhirnya dapat diperdengarkan kepada umum. Paling istimewa lagu itu mengandungi hampir 20 peratus lirik dalam bahasa Dusun.
“Alhamdulillah semua perancangan untuk lagu ini berjalan dengan baik dan video muzik ini juga telah dilancarkan secara rasmi selepas hampir setahun dalam simpanan,” akhirinya.
Mingguan Wanita: Seronok tengok kebahagiaan Lan dan isterinya Sheila. Sama-sama saling berusaha tingkatkan ekonomi keluarga. Malah kini kedai mereka Solo Borneo Mart semakin maju.
Pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta akui setiap kali Ramadan sememangnya banyak menu yang menjadi pilihan. Namun isteri kepada Zain Saidin ini lebih memilih makan nasi.
Tiada istilah diet, wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ini sememangnya seronok jika mengunjungi bazar Ramadan. Tidak kurang juga akan membeli pelbagai juadah kegemaran.
Che Ta Seronok Ke Bazar
Berkongsi kisah Ramadannya kali ini, Che Ta seronok mengunjungi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa. Malah dia yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran akan ke bazar yang berdekatan dengan lokasi penggambaran.
“Macam saat melunaskan penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor, saya bersama Feroz Loy (pengarah) dan kru sempat singgah ke bazar.
“Malah saya beruntung, ada peniaga di bazar memberikan juadah mereka secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.
Dalam perkembangan lain, Che Ta juga teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Production.
“Sudah 11 tahun usia naskhah Kiah Pekasam yang melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.
“Insya-Allah 8 Mei ini saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran. Memang produksi nak kejar momen musim mangga harum manis di sana
“Penggambaran filem itu akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan lebaran dijangka 13 Mei nanti. Pelakon asal juga akan berlakon termasuk suami saya,” ujarnya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa.
“Saya pun tak rasa ada vokal yang meletop macam penyanyi lain”
Che Ta mengakui kini muncul dengan sebuah lagu ‘jingle’ untuk sebuah produk kecantikan diwakilinya iaitu Mylea.
“Tapi janganlah salah sangka. Bukan maksud saya nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Ia bukan pun lagu komersial.
“Lagu ciptaan DJ Fuzz itu hanya untuk promosi produk berkenaan dan berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut. Malah sudah dimainkan di corong radio.
“Saya pun tak rasa ada vokal yang meletop macam penyanyi lain. Tapi disebabkan pengasas produk itu mahu saya menyanyi. Saya cabar diri. Saya tak anggap ia satu projek serius.
“Bahkan saya cakap mesti yang puji saya boleh menyanyi itu sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong ‘sunat’.
“Saya sudah biasa dengan segala yang negatif. Tapi itu tak pernah jadi kudis,” akhirinya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.