Bagaikan tahu akan pergi untuk selamanya, ibu lelaki ini, Abdul Rahman Bin Bedu, 28 sempat menyediakan nasi lemak terakhir untuk hidangan keluarga.
Catatan anak ketiga dari 8 beradik yang menggunakan akaun facebook Shota Shimizu ini begitu meruntun hati siapa pun yang bergelar anak. Itulah kasih terakhir seorang emak, sentuhan air tangan itu tetap menjadi kenangan anak-anak sampai bila-bila.
“Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptaNya. Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.”
Pagi itu, sekitar jam 11, 29 Disember 2017, anak lelakinya mendapat panggilan telefon menyatakan ibunya, Sariah Binti Fatah sudah tiada. “Mak saya meninggal sebab lemas.”
“Mak saya ini macam nelayan. Dia ada pasang jaring dekat pantai Kampung Parit Jabar, Senggarang Batu Pahat. Masa dia nak tengok jaring ikan itu, mungkin dia lemas.”
Ads
Ya Allah.. Ini Masakan Terakhir Mak
“Aku pun balik lah ke Batu Pahat dari Kuala Lumpur. Sampai Batu Pahat dalam pukul 1 lebih gitu. Time tu jenazah kat hospital Batu Pahat.”
“Untuk dimandi dan dikapankan. Petang dalam pukul 3 jenazah mak dibawa ke rumah untuk dilihat buat kali terakhir. Time buka ikatan kain kafan itu, lepas tu aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku.”
“Aku tak dapat tahan air mata yang tersangatlah sedih.”
“Lepas tu sembahyangkan kat surau dan kebumikan. Settle semua sebelum maghrib macam tulah. Kat rumah mak rasa lapar pulak. Buka tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.”
Ads
“Aku tahu ini masakan terakhir mak.”
“Aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik. Suapan pertama tu .. Ya Allah.. aku rasa lain sangat masakan tu. Aku makan sambil nangis. Tapi aku habiskan jugak nasi lemak tu.”
“Sebab tu masakan terakhir mak. Dan aku tak kan dapat rasa lagi.”
Setahun lebih sudah berlalu, kenangan bersama mak hidup dalam ingatan. Sebelas hari sebelum mak pergi adalah majlis pertunangan saya dengan pasangan, Liza Yeni M Syukur, 28.
Saya buat dekat Cheras. Dan pada hari pertunangan itu, mak sedih je. Saya tanyalah, “Mak.. kenapa nangis.” Dia cakap tak ada apa-apa.
Selesai saja majlis, mak nak balik Batu Pahat dengan yang lain. Saya salam, peluk cium pipi mak. Rasa lain sangat. Sejuk je. Sebab itulah ciuman terakhir semasa dia masih ada.
Mak.. jujur aku rindu
halal kan makan minum aku.
ampun kan dosa aku kat mak.
terima kasih besar kan aku.
Mak.. terima kasih lahir kan aku.
Lelaki ini, Solo Ambushmenjejak runner yang hilang Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap secara bersendirian. Perkongsiannya mencari Acap ada yang disiarkan secara live di facebook fannya, dan ada juga mencari tanpa terlihat di mata netizen.
Sehingga satu lokasi pencarian iaitu di hutan, beliau mengesan suara ‘Di sini sini’. Sungguh, dia sendiri tidak sedar akan suara itu sehingga adiknya memaklumkan.
“Tentang suara ‘sini sini’, aku dengan selama kata.. eh suara saya kot. Mana ada suara orang lain tak dengar pun. Sebaik diperiksa semula di grup wasap, ramai yang memperkatakan tentang suara itu.”
Sehingga salah seorang rakan menghantar rakaman semula kepadanya.
“Kali pertama dengar macam suara aku.. tapi bila aku ulang-ulang dengar, aku sendiri terkejut. Itu bukan suara aku. Di tambah dengan panjangnya bunyi perkataan ‘sini sini’ menindah suara aku yang memanggil Acap.”
Sila dengar rakaman suara tersebut. Anda nilaikan sendiri dan komen secara berhemah.
Bagaimanapun, Solo Ambush tak lagi meneruskan penjejakan Acap namun beliau berkongsi marking ‘lokasi tepat pencarian Acap’ bagi membantu sukarelawan lain yang masih meneruskan misi itu.
Seperti yang diketahui ramai, pada malam live tersebut penjejakan aku hanya meliputi kawasan 1 dan kawasan 2 (setelah di teliti semula).
Lokasi tepat rumah lama dan suara ‘disini sini’ ada di peta. Sila rujuk gambar.
FAKTOR-FAKTOR KAWASAN TANDAAN DI BUAT BERDASARKAN ANALYSIS DI BAWAH:
1 .OH (ORANG HILANG) TELAH MELEPASI CP6 KUALA RAZILA DAN CP6 KANDU.
2. ADANYA SAKSI YANG NAMPAK BELIAU DI SELEPAS KANDU.
3. RAMAI PESERTA SESAT KETIKA EVENT, KEMUNGKINAN BESAR OH MENGGUNAKAN JALAN MELINTASI ATAS HIGHWAY KERANA MENYANGKAKAN IA LALUAN KE TAMAT, JIKA BERDASARKAN PETA KASAR, UNTUK 25KM PERLU MELALUI ATAS HIGHWAY.
4. ANGGARAN KADAR KELAJUAN LARIAN BELIAU.(TAMBAH WAKTU REHAT)
5. MAKLUMAT SIGNAL TELCO YANG MASIH WUJUD ‘PING’ KETIKA DI KAWASAN 1, 2, 3, 4, DAN 5.
6. PENAMPAKAN SECARA GHAIB.
7. SURVEY WAKTU SIANG DI KAWASAN ‘KERAS’.
8. SPOT SPOT KEMUNGKINAN TERSILAP ANGGARAN DARI PESERTA LARIAN.
Dukacita dimaklumkan kepada semua, Acap masih tidak dijumpai. Walaupun aku amat positif beliau akan di jumpai malam semalam.
Keadaanku yang amat keletihan yang baru balik dari Vietnam, memandu kereta direct selama 3 jam juga tidur yang kurang dari 3 jam selama dua hari sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dan keupayaan stamina fizikal aku.
Aku amat sedih dan sebak pada ketika itu, aku mohon maaf kepada keluarga Acap kerana tidak dapat meneruskan pencarian di mana pencarian aku berakhir aku berbaring di sebelah kubur.
√ Mengkaji kedudukan Acap berdasarkan maklumat, checkpoint, register, telco signal coverage, anggaran speed kelajuan, maklumat orang kampung dan beberapa ketua SAR serta penampakan mistik dan jelajah mistik yang aku buat sendiri.
√ Selama dua malam aku membuat homework dan aku kenal pasti kawasan yang kemungkinan tinggi Acap hilang. Aku bahagian kawasan itu sebanyak 5 bahagian.
√ Peta telah aku hafal untuk memudahkan pergerakan aku sendiri di dalam malam gelap gelita. Semalam Ku hanya sempat mencari 1 daripada 5 bahagian yang telah aku marking. Lokasi tepat aku terpaksa dirahsiakan untuk mengelak pejejakan Acap secara solo aku di ganggu.
√ Terima kasih kepada individu yang memberi maklumat dari pengalaman SAR mereka sebelum ini. Kerjasama mereka amat baik.
√ Aku sedikit lewat kerana driving, jalan jem daaa…
√ Sepanjang trek di sini aku lalui, kecuali batu putih, ada beberapa kawasan yang kuat auranya, sehingga wujudnya penampakan bayang hitam di hadapan mata kira-kira 10 meter di hadapan selama 2 saat pada waktu petang tersebut. Spontan aku berkata ‘haaa jangan lari…tolong bagitau di mana Acap‘.. Bayang tersebut hilang begitu saja.
√ Berakhir di kawasan yang telah aku spot kemungkinan wujudnya Acap. Agak mengejutkan, laluan masuk ke trek itu tersembunyi dan hanya kelihatan setelah 10 meter melalui semak samun.
√ Aku sampai awal, live di mulakan. pencarian di mulakan. Jumpa rumah. Masuk, cari dan keluar.
Melalui laluan kepala sawit.
Melalui lauan hutan, masuk hutan. Di sini lah terdengarnya bunyi ‘di sini sini’.
√ Wujudnya makhluk halus yang bermain di atas pokok. Di panggil turun , tidak mahunya.
Cuba berinteraksi pula tidak sudi atau entah lah.
Apa-apa pun ingin aku ucapkan jutaan terima kasih yang menyokong juga yang mendoakan.
Hingga sekarang aku masih berdoa semoga Acap di jumpai.
Moga bermanfaat.
Sayu kisah bapa kematian bayi yang lahir tak cukup bulan ini. Dia diuji tuhan dengan ketidakcukupan wang untuk menguruskan jenazah anak lelakinya yang baru meninggal itu.
Ketika dia membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan, pengurusan jenazah surau di tempatnya memintanya pulang. Kerana dia tidak ada RM300 untuk membayar kos pengebumian yang dikenakan.
Kisah sadis ini dikongsikan oleh Mohd Zulhairi Zainol, 34 atau lebih dikenali sebagai Hery yang dibukakan hati oleh Allah untuk membantu memudahkan urusan bapa ini.
“Baby kecik macam ni pun nak caj RM300. Modal Hery tadi hanya RM20 je.”
“Disebabkan dikenakan caj RM300, si ayah ini tak mampu, dah orang tu tak nak uruskan.”
Akhirnya anak kecilnya itu dibawa semula ke hospital. Lalu pihak forensik hospital memaklumkan pada Hery yang merupakan aktivis Amal Team.
“Terus Hery datang bantu dan uruskan. Mandi dan kafan serta kebumikan.”
Maklum Hery, bapa itu cuma bekerja sebagai pembantu gerai makan. Di saat dia membawa anaknya untuk dikebumikan, dia cuma ada RM150 saja.
“Hery cakap simpan saja duit tu.” Terus bapa tadi menangis lalu memeluk Hery, ditangannya masih didakap erat jenazah anaknya.
Semalam, jenazah bayi lelaki itu sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi. Biarpun urusan tersebut telah selesai, jauh di sudut hati Hery tersimpan perasaan sedih.
“Kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku.”
“Dan terima kasih pada kalian semua. Inilah di antara sumbangan kalian Hery salurkan.” Maklumnya dengan bantuan sumbangan rakan-rakan facebook itulah memudahkan Hery menguruskan jenazah bayi lelaki itu.
Kongsinya lagi daripada sumbangan orang ramai juga pihaknya dapat menyediakan dua van jenazah jenis mpv untuk kegunaan ke hospital dan kegiatan amal yang lain.
“Doakan van jenazah ketiga akan berjaya dikeluarkan.”
“Untuk siapa semua ini, untuk mereka yang memerlukan bila ada kematian.” Dan rakan-rakan kita ramai boleh mandikan jenazah secara percuma.
Maklumnya lagi, semua itu adalah seratus peratus hasil sumbangan daripada rakan-rakan facebooknya.
Sesungguhnya misi pencarian (SAR) Acap memberi kesan kepada sesiapa saja yang terlibat. Bukan saja ahli keluarga, orang awam yang sama mencari, malah anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) yang turut serta dalam operasi pencarian.
Sejak 17 April lalu, misi pencarian runner Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang di Gua Tempurung, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih dikenali dengan nama Acap dihentikan sementara.
Ini kerana memberi laluan kepada orang kampung untuk meneruskan usaha mencari Acap dengan cara yang pernah dipraktikkan oleh penduduk di situ ketika berhadapan kes seumpamanya.
Semalam, media melaporkan penduduk kampung menemui seketul tulang lama berhampiran Gua Kandu. Dan sudahpun dibawa ke Jabatan Kimia untuk analisis.
Sejak diberitakan hilang pada 23 Mac lalu dan kini hampir sebulan Acap masih gagal dikesan kehilangannya.
Usaha mencari ayah kepada seorang cahayamata ini, tidak pernah sedikit pun mematahkan semangat pencari biarpun misi pencarian itu ada ketikanya menemui jalan buntu.
Bagi pegawai bomba ini, Mohd Yusof Bin Zainal Abdin (Max Zal). Dia juga mempunyai cerita tersendiri sepanjang terlibat dalam misi mencari Acap sejak ditugaskan dari 4 April hingga 13 April 2019.
Beliau sengaja meninggalkan beberapa tanda lokasi (marking location) di beberapa kawasan yang telah dijejaki. Dengan harapan, agar Acap dapat menemuinya juga suatu hari nanti.
“Saya terlibat selama sepuluh hari. Selepas tarikh itu, saya balik semula ke balai polis atas urusan kerja-kerja di balai.” Katanya kepada Mingguan Wanita.
“Ini marking yang aku tinggal di lokasi yang berbeza semasa SAR Acap. Terdapat lagi marking di tempat lain tapi 2 lokasi ini saja yang aku ambil gambar.”
“Jika Acap terjumpa marking ini. Kuat semangatlah bahawa ada orang yang ambil berat tentang kamu.”
Lokasi ini di kawasan belakang pintu Gua Tempurung.
Dan lokasi ini di luar gua di lereng Gua Tempurung di bahagian pintu belakang gua. Tempat ni kawasan yang bersih seperti di jaga tiada daun-daun kering di lantai/tanah. Perlu meredah hutan dan mengikuti lereng gua untuk sampai di sini. Kalau Acap tersinggah di sini saya pasti dia akan jumpa daun ini kerana tempat ni sangat bersih tiada daun lain.
Inilah kawasan di lereng luar pintu belakang Gua Tempurung yang bersih.
Inilah kawasan di lereng luar pintu belakang Gua Tempurung yang bersih.
MW : Sentiasa mendoakan semoga Acap dapat ditemui dengan selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta seperti sediakala.
Kemalangan ngeri yang meragut enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal meninggalkan kesan mendalam buat seorang wanita, Siti Nur Atikah Ahmad Shukri, 40.