Nasi ayam memang digemari oleh kebanyakan anak-anak kita. Bahkan orang dewasa pun suka. Kadangkala makan nasi dengan sup pun dah cukup. Dah penuh perisa. Tapi ada mak-mak yang rasa renyah juga nak buat. Memang ada bermacam cara nak memasaknya.
Ha…Siapa nak try buat nasi ayam kukus simple dan mudah, boleh tengok resipi ini. Masak pun dalam mangkuk plastik IKEA je. Senang nak bajet. Hidangkan je satu mangkuk satu pinggan. Tak gitu?
Jom kita tengok cara buatnya. Cuba tau!
RESIPI NASI AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam ( Separuh diperap dengan halia, bawang putih, pati ayam sikit)
5 sudu makan beras untuk tiap cawan
Sedikit halia – tumbuk lumat
Sedikit bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit daun sup/daun bawang – Racik halus
1 sudu kecil stok ayam Maggi untuk setiap mangkuk
1 biji buah tomato – hiris bulat
1 batang timun- hiris bulat
Air masak secukupnya
Daun salad secukupnya
CARA MEMBUAT:
Terlebih dahulu, panaskan periuk pengukus. Basuh beras bersih-bersih sambil berselawat. Kemudian letak dalam mangkuk (saya guna mangkuk plastik IKEA), letak bahan tumbuk (bawang putih dan halia) kira-kira satu sudu teh dalam tiap mangkuk. Letak air, cukup-cukup tenggelamkan beras atau lebihkan 1cm.
Letakkan pati ayam kira-kira satu sudu makan di setiap mangkuk. Kemudian letak ayam seketul (yang diperap tadi) dalam tiap mangkuk, diikuti daun sup sikit. Tak perlu letak garam sebab dah cukup rasa.
Susun cawan di dalam periuk pengukus. Kukus di dalam pengukus 30 minit atau lebih atau hingga nasi dan ayam masak sepenuhnya. Setelah masak, bolehlah tutup api dan pindahkan mangkuk-mangkuk berisi nasi ayam tadi.
Ads
Untuk membuat sup, buat macam biasa. Kalau nak simple, tumis bawang merah dan lebihan halia dengan halia dan bawang putih tadi. Kemudian masukkan lebihan ketulan ayam tadi, air, pati ayam dan daun sup.
Untuk sediakan cilinya; sediakan cili merah, bawang putih, sos cili, garam dan gula serta sedikit air. Kisarkan semuanya sekali dan masak sekejap di atas api.
Bolehlah dihidangkan bersama hirisan tomato, daun salad dan timun. Tuang sos cili di atas ayam. Jangan lupa sup. Mudah je kan? Yang penting…SEDAP!
Selain dimasak, rupanya sedap apabila kubis bunga digoreng dan diadun dengan beberapa jenis tepung dan rempah. Tekniknya yang mudah juga memudahkan mak-mak menghidangkan kubis bunga krup krap untuk anak-anak yang tidak gemarkan sayur.
Resipi kubis bunga goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau dijadikan “jajan” untuk anak-anak nikmati di waktu petang.
Bahan-bahan: 1 jambak kobis bunga Sedikit serbuk cili Sedikit serbuk kunyit Sedikit serbuk ketumbar 8 sudu tepung jagung 6 sudu tepung beras 2 sudu tepung suji Garam dan gula secukupnya Serbuk perasa jika suka Sedikit air Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara membuat: 1. Potong kubis bunga mengikut kesukaan anda, bersih dan toskan. 2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Gaul rata.
3. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras. Renjiskan air sedikit demi sedikit.
4. Kemudian barulah ditambah tepung suji, gaul rata.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang tengah mencari idea minum petang bersama anak-anak. Anak-anak pasti suka. Jika mahu makan bersama nasi pun tak menjadi masalah, paling penting rasanya memang sedap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara paling mudah nak simpan sayur bagi tahan lama sikit dari kebiasaan, yang dah tahu mungkin akan rasa benda ni dah jadi rutin setiap kali keluar beli barang basah.
Tetapi bagi mak-mak muda yang belum buat, cubalah tip daripada Puan EQa SYa ini. Yang penting kena niat nak masak! Nanti buruk pula jadinya.
Tip Simpan Sayur Tahan Lama
Awal-awal bulan ni kita beli barang dapur dan cuci bersih siap-siap simpan dalam bekas. Senang nak masak nanti. Bahan basah dah siap siang potong-potong packing dalam ziplock plastic nak bagi jimat space.
-Sayuran hijau basuh dengan air garam dulu dan rendam 10 minit. Simpan dalam bekas kedap udara.
-Serai dan bunga kantan dah cuci simpan dalam bekas isi air.
-Daun kari, limau purut, kesum,pandan dah cuci simpan dalam ziplock bag simpan dalam freezer.
-Brocoli rendam dalam bekas berair.
-Cili cuci dan buang batang simpan dalam bekas lapik tisu.
-Carrot simpan dalam bekas kedap udara. Jangan kupas kulit nanti tak tahan lama.
Hah, minggu ini boleh lah mak-mak ikut cara ini pula ya. Beli banyak-banyak dan simpan dalam ziplock dan lapik tisu bagi sayur tahan lama.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuih Peneram antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 4 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya. Rupanya antara tip nak buat kuih Peneram ni, kena perap bancuhan selama 6 jam. Malah kuih perlu digoreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
Ada peminat kuih peneram @ denderam. Kalau ada kak yong up resepi dan video cara bancuhan kuih peneram versi kak yong. Semoga bermanfaat untuk semua.
Resepi Peneram By Kak Yong
Bahan-Bahan:
1 peket @ 500gm tepung beras cap 1@3 gajah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak sehingga larut, mendidih dan meruap.
2. Kemudian, tapis air gula panas-panas ke dalam mangkuk berisi tepung beras dan kacau dengan senduk hingga sebati.
3. Bancuhan perlu nampak bertali ye.
4. Setelah sebati adunan tadi, perapkan selama 6 jam @ semalaman.
** Saya perapkan 6 jam dan perap luar peti sejuk je.
5. Setelah perap selama 6 @ semalaman boleh lah terap ye. Sediakan plastik dan sapu minyak. Gelekkan sederhana nipis dan terap dengan acuan donut paling kecil.
** Saya bulat-bulatkan kecil. Tekan di tapak tangan dan buat lubang dengan jari je.
6. Dah siap goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas, guna api sederhana.
Info Ekstra!
Pastikan minyak betul-betul panas tau, kuih akan timbul selepas di masukkan dalam kuali. Kalau tak, kuih lambat timbul dan akan jadi keras nanti. Bila dah timbul, terbalikkan kuih selepas itu boleh lah angkat.
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...