Media sosial ini boleh jadi medan pahala, boleh jadi juga medan kumpul dosa. Sebab itulah, pengguna itu sendiri mahu pilih yang mana. Jika sisi positif yang dipilih, maka positiflah ia. Pesanan Guru Kaunseling ini ada banyak benarnya, tentang ketahanan hati seseorang apabila nampak posting orang lain di media sosial.
Kerana, bagi Abdul Muiez Ruslee ini apabila seseorang itu melatih diri untuk menulis yang baik-baik setiap kali melihat perkongsian orang lain, dia juga sebenarnya sedang mendoakan orang lain. Dalam masa yang sama mendoakan untuk dirinya sendiri.
Nampak Orang Pergi Korea, Saya Berdoa Dalam Hati
Sekitar tahun 2005 dulu, saya nak pergi umrah. Tapi visa tak lepas.
Seronok betul tengok orang pergi umrah. Perlahan-lahan saya doa dalam hati. Semoga satu hari nanti, saya pun dapat pergi macam orang lain pergi.
Lima tahun lepastu, saya dihubungi seseorang. “Muiez nak pergi umrah tak? Bawa jemaah.”
Allahu akbar. Siapa sangka, Allah bagi peluang dengan cara yang tak disangka dan sudah tentu pada waktu yang terbaik.
Beberapa tahun lepas, saya pernah rancang nak pergi Korea dengan keluarga. Dah bayar deposit. Bila kira-kira balik, macam tak sempat kumpul duit sampai hujung tahun. Saya tarik balik deposit tu.
Ads
Bila tengok orang pergi Korea, saya berdoa dalam hati. Semoga dapat juga pergi Korea macam orang lain.
Tahun lepas, saya dihubungi seseorang. “Abang Muiez nak pergi Korea tak? Bawa orang. Percuma saja. Siap dapat gaji lagi.”
Allahu akbar. Sekali lagi peluang datang tanpa disangka.
Kita Tengok Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Elak Tulis Begini
Bila tengok orang dapat itu ini, saya pun berdoa semoga saya dapat macam orang lain juga. Alhamdulillah, ada saja jalan yang Allah lorongkan untuk saya dapat macam orang lain.
Ads
Kalau kita tengok orang kongsi apa-apa dalam media sosial, cuba halang diri daripada menulis begini.
“Kau kaya tak apalah.”
“Alah, benda tu bukan boleh bawa mati.”
“Nak menunjuk lah tu.”
“Dapat duit entah dari sumber mana, lepastu nak menunjuk pula.”
Cuba latih diri kita menulis begini.
“Ya Allah. Seronoknya. Semoga satu hari nanti aku pun akan dapat macam dia.”
“Tahniah. Doakan saya ya. Saya pun nak macam ni satu hari nanti.”
“Mohon kawan-kawan yang baca komen ni, doakan sama-sama supaya kita pun akan dapat macam dia.”
Cuba kita renung balik sepanjang hidup kita. Pernah tak kita dapat, satu benda yang kita nak tapi tak sangka kita akan dapat? Ada saja jalan yang Allah tunjukkan untuk kita dapat benda tu. Malah dari jalan-jalan yang tak disangka.
“Aku saja je masuk peraduan ni. Hantar satu penyertaan saja. Tak sangka boleh menang iPad.”
“Tak sangka. Datang kedai ni nak beli baju sekolah. Tiba-tiba menang telefon sebagai pengunjung bertuah. Lama sangat dah nak pakai telefon ni.”
“Tak pernah pergi Langkawi. Tengok kawan-kawan pergi, cemburu pun ada. Tiba-tiba abang ipar belanja kami satu keluarga. Syukur.”
“Tak pernah makan musang king seumur hidup. Tiba-tiba dapat moratorium. Syukur.”
Stop wishing, start doing. Doa-doakan, mudah-mudahan impian kita akan menjadi kenyataan.
MW : Banyak benarnya, sebab itulah bila nampak posting orang lain tulis, doakan lah yang baik-baik.
Kalau betul nak suami berduit, sikap isteri kenalah elok. Tak menjadikan sebab rezeki tersekat dan memburukkan keadaan sampai hilang sakinah, mawaddah, dan rahmah dalam rumah tangga.
Jadi sebagai isteri, semailah sikap ini demi meningkatkan keberkatan rezeki keluarga yang didapat dari usaha suami. Haaa… sebenarnya inilah amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk menaikkan keberkatan rezeki yang diperolehi suami agar sentiasa lebat.
1. Bahagikan Sumber Rezeki Pada Orang Tua & Mentua
Mungkin ramai yang tak cukup duit setiap bulan, tetapi tolonglah jangan sesekali lupa memberi pada orang tua. Tak pelu banyak, sikit RM50 pun dah lebih dari cukup. Peranan isteri, sila asingkan awal-awal lagi. Sekecil apa pun atau sedikit apa pun, asingkan beberapa nafkah dari suami untuk orang-tua serta mertua. Walau hanya dengan membelikan beras atau keperluan harian yang lain, sedarilah bahawa aspek itu mampu meningkatkan keberkatan rezeki yang didapat. Tutup telinga rapat-rapat serta janganlah pedulikan apabila terima sindiran atau dibanding-bandingkan dengan jumlah yang didapat dari menantu lain yang lebih besar, jangan pernah jadikan hal itu pemusnah niat baik kita. Jauhi juga berfikiran seperti:
“Jangankan untuk orang-tua, untuk keluarga sendiri pun tak cukup!”
atau…
“Orang tua dan mertua dah berduit!”
2. Ingatkan Suami Untuk Gali Nafkah Keluarga Dari Sumber Yang Halal
Selangkah suami keluar dari pintu rumah, doakan moga rezeki suami mengalir laju. Dan jangan lupa meningatkan suami supaya memberi nafkah kepada keluarga dari rezeki yang halal. Kerana besarnya kepentingan rezeki yang halal demi membentuk sebuah keluarga yang baik dan dirahmati Allah. In shaa Allah anak-anak pun pasti jadi anak yang baik-baik dan dengar cakap ibu ayah.
3. Elak Kehidupan Yang Boros
Asyik makan luar pun tak sihat dan tak bagus untuk pikat hati pasangan. Masak sendiri di rumah lebih menjimatkan daripada makan di luar atau beli makanan dari luar. Malah isteri juga mampu menghindari keluarga dari amalan boros. Lagi elok sediakan bekal untuk suami agar tidak perlu makan siang di luar pejabat, malah tak adalah anak-anak makan jajan atau makanan ringan. Semoga ikhtiar berhemat serta merubah lifestyle itu dapat menaikkan keberkatan rezeki keluarga.
4. Lakukan Beribadah Bersama
Beribadah serta ketakwaan yang kita kerjakan bukan sahaja mendapat pahala malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dorong keluarga untuk melakukan solat berjemaah setiap hari, malah adakan acara ibadah di rumah bersama keluarga seperti berpuasa sunnah Isnin serta Khamis, solat ditengah malam, membaca Al Quran serta yang lain.
5. Jangan Perang Mulut Dalam Rumah
Kadang bila bergaduh, meleret-leret sampai tak sedar yang anak-anak dah tengok. Ini tak bagus untuk perkembangan anak dan percayalah pertikaian cuma akan menyalutkan kebencian serta menghilangkan keharmonian rumah tangga. Isteri kena menjadi penyejuk dikala suami dalam keadaan stres, bukannya menjadi insan yang menjadi pertikaian yang semakin besar. Sekali pun ada yang tak suka, bawa berbincang. Jangan terus tinggi suara.
Nampaknya tak susah pun jadi isteri yang mendatangkan rezeki buat suami, asal pegang 5 perkara ini pasti kehidupan dalam keluarga makin berkat. Semoga kalian mampu membina kebahagiaan dalam hubungan suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jarang anak diam atas car seat sebab budak selalunya suka bebas, nak bermain dalam kereta. Kadang kalau tak main pun, mungkin jenis menangis. Akhirnya ambil car seta letak dalam stor! Haaa… sebenarnya kalau mak ayah tahu caranya pasti anak duduk elok tak buat hal.
Ok nak tahu macam mana caranya, mungkin boleh cuba cara Puan Khairussani Farid ini…
Ramai orang duk tanya kami macam-mana anak-anak kami boleh duduk diam dalam car seat, tiga-tiga pulak tu termasuk yang paling kecik, boy or girl, baik dan pasrah ja kena kunci dalam car seat.
Macam mana kami buat? Bersalin atas car seat kot? Sama ja macam hangpa yang baru nak try bubuh anak dalam car seat tu. Anak-anak kami pun mengamuk sakan jugak mula-mula dulu.
Mai nak bagi petua bagi anak-anak mau duk atas car seat.
1. SABARKAN TELINGA!
Paling penting yang ni, mak ayah kena ada kebolehan buat-buat pekak bila anak mengamuk bila kena ikat dalam car seat. Buat tak dengaq ja, insyaAllah kheta dah jalan nanti, senyap la depa.
Anak-anak kami biasanya lepas 15 min berjalan, depa dah pejam dah. Camna nak buat bagi senang pejam? Tengok point 2.
2. MULA TRAVEL BILA ANAK LETIH
Jangan bagi depa lena banyak sebelum mulakan perjalanan. Biaq depa letih dulu, lepastu nanti sat ja letak dalam car seat depa akan terus lena.
3. KENA KONSISTEN!
Hat ni kena buat betul-betul, jangan hangat-hangat taik unta ja beli car seat recaro bagai, pakai 2 kali dah jadi tukun dalam stor. Tiap kali naik kereta tu, bubuh ja depa dalam car seat, tak kisah la nak pi rumah atok kampung sebelah ja pun.
Yang penting anak-anak tau depa kena duduk dalam car seat bila naik kereta.
4. KREATIF
Kalau perlu, sediakanlah gadjet sekadar perlu untuk tunjuk kartun ka kalau anak-anak tak berenti menangis jugak sampai 2 jam. Ataupun sediakan makanan untuk depa. Kadang anak-anak ni lapaq,bagi makanan nanti diamla tu. Hangpa kalau lapaq pun bad mood jugak kan.
5. QUDWAH
Yang terakhir, kalau anak-anak kena strap, mak ayah pun tunjuk la contoh kat anak-anak.
Jangan pulak duk cakap “Ayoh xpaa, ayoh besaq dah!”
Ok, moga hangpa semua berjaya ajaq anak-anak naik car seat dengan sukses!
JOM JADI PARENTS YANG AMANAH MENJAGA ANAK-ANAK!
*Harness pastikan betul-betul atas bahu dan sentiasa pastikan lock. Kena selalu tengok sebab anak-anak bila dah besar sikit dah pandai bukak lock & takmau tali duk atas bahu, macam anak kami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kunci sihat, Bonda Rozita nasihat kena tenang. Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita yang juga Pengasas Rumah Hutan Terapi Alam walaupun sudah berusia namun kelihatan cantik dan langsing kalah orang muda.
Bergelar usahawan sejak zaman muda menjadikan dirinya seorang figura yang dikenali ramai. Bahkan penampilannya turut jadi perhatian setiap kali muncul di khalayak. Bonda Rozita yang juga seorang personaliti yang bermotivasi tinggi.
Kunci Sihat, Bonda Rozita Nasihat Kena Tenang
Setiap kali menulis di akaun media sosialnya, banyak nasihat berguna yang dikongsikan terutamanya buat kaum wanita. Terbaru Bonda Rozita berkongsi tentang kebaikan berpuasa.
“Berpuasa ..
Metabolisma dan kesihatan lebih baik ketika manusia lapar
ia memakan dirinya sendiri, ia membuat proses pembersihan,
menghilangkan semua sel sakit, kanser , sel penüaan dan Alzheimer
“Buang racun dalam badan dan menguruskan sangat cepat. Puasa buat awet muda dan melawan diabetes.
“Allah menciptakan badan manusia sangat bijak.
Penyakit Bermula Dari Badan Kita Sendiri
“Bonda percaya Tubuh memiliki kemampuan untuk menyembuhkan sel-selnya sendiri
“Penyakit bermula daripada cara kita buat pada badan kita sendiri.
“Kunci sihat ialah tenang & tak berlebihan dlm semua perkara seperti makan – tidur – dan kena keseimbangan ..!” kongsi Bonda Rozita.
Bukan itu saja malah pada dirinya tekanan yang melampau juga akan membuatkan kita mudah mendapat sakit kronok.
“Pembunuh paling cepat ialah stress yang melampau..masuk 40an dan semakin tua makin mudah dapat sakit kronik.
1: Berkurung dalam bilik – jauh dr matahari & alam
2: Makanan dan sekitar yang penuh toksix
3: Tulang akan lemah jika kurang tak bergerak,” terangnya.
Nasihat yang diberikan oleh Bonda Rozita cukup bermakna buat kaum wanita di luar sana.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...