Untitled design (62)

Sejak kebelakangan ini, banyak timbul isu tentang poligami. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang marah serta tidak puas hati. Maklum sahaja yang menyokong tentulah kerana isteri pertama memberi kebenaran dan redha untuk berkongsi kasih. Tetapi yang menjadi tidak puas hati apabila isteri pertama tidak tahu dan lebih teruk lagi, tidak setuju dengan apa yang suami dia lakukan.

Ini ulasan daripada Nuraffiqa Abd Razak, Peguam Syarie dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates tentang isu ini.

Terbaca satu isu viral, ada pendakwah selebriti yang berpoligami di usia muda dengan pasangannya di Mekah. Yang jadi isu ditularkan adalah dia kononnya berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama yang masih muda, cantik dan ada anak kecil.

Yang tu, saya tak nak kisah sangat nak menikah di Mekah ke, Zimbabwe ke, depan Tembok Besar China ke. Yang menjadikan saya marah adalah membelakangi undang-undang.

Dah nama pun nak nikah poligami, kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah jangan buat-buat lupa. Bukan senang-senang je, asal nikah depan kaabah je settle. Mungkin ada permohonan dah dibuat tapi, kalau ada perintah, takkan la isteri pertama tak tahu, yer tak?

Ramai yang masih tak tahu, kalau nak poligami ni tak kisah lah nak nikah depan kaabah ke, dekat Siam ke atau dalam Malaysia ke, tetap si suami ni kena mohon Permohonan Kebenaran Poligami dari Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.

Sebab apa? Sebab untuk jaga hak isteri sedia ada dan anak-anak macam harta sepencarian, nafkah isteri dan anak sedia ada, giliran bermalam tu semua perlu dijelaskan dalam Perintah Kebenaran Poligami.

Tapi persoalannya, kenapa ramai je orang yang tak dapat kebenaran mahkamah lagi, dorang dah kahwin dah kat luar negara. Macam mana?

  • Si suami yang dah berkahwin tu tetaplah kena jugak kena pergi Mahkamah Tinggi Syariah untuk sahkan pernikahan poligami dia tu walaupun dia nikah di depan Kaabah sekalipun.
  • Bila poligami tanpa kebenaran Mahkamah, suami ni juga akan dihukum oleh Mahkamah berdasarkan seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dengan denda tak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Apa yang sepatutnya dibuat?

  • Kalau sorang lelaki ni nak berpoligami, dia perlu membuat Permohonan dan Afidavit Sokongan di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri orang itu bermastautin.
  • Mahkamah nak tahu, apakah alasan dan juga jaminan yang membolehkan seseorang itu dibenarkan untuk berpoligami. Bukan sekadar kemampuan kewangan sahaja bahkan jaminan untuk berlaku adil juga perlu untuk didengar oleh Mahkamah.

Perlu ke izin isteri pertama?

  • Tak perlu pun. Dalam mahkamah, hakim boleh benarkan suami berpoligami kalau ada alasan dan kemampuan yang cukup. Isteri pertama perlu untuk nyatakan pada mahkamah tentang haknya dan anak-anaknya macam nafkah dirinya, hak harta sepencariannya.
  • Nak poligami ni kenalah ikot saluran yang betul. Dapatkan dulu kebenaran Mahkamah dan barulah nikah. Nak buat benda baik, kenalah ikut saluran yang betul.

Walaupun kononnya, bernikah di Tanah Suci dengan wanita yang baik sekalipun, kalau si bakal suami tu statusnya suami orang, tetap kena dapat kebenaran poligami dulu dari Mahkamah. Kalau tak, takde beza pon macam kahwin di Siam.

Lagipun sekarang ni bukan susah pun, nak dapatkan kebenaran poligami daripada Mahkamah asalkan si suami penuhi apa yang Mahkamah nak. So, berani nak poligami kenalah berani dapatkan kebenaran dulu dari Mahkamah kan?

MW: Ingat! Nak berpoligami boleh tapi janganlah tanpa pengetahuan isteri pertama. Rumah tangga bahagia, hidup pun penuh keberkatan. 

Sumber: Nurrafiqqa Razak