Bagi golongan wanita yang amat mementingkan kesihatan dan kecergasan badan sudah pasti mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan senaman. Begitu juga yang diamalkan oleh personaliti yang menghiasi rungan Motivasi Sihat kali ini. Nur Shuhada Mohamed Affandi atau lebih senang disapa dengan panggilan Zin Adda, 27 yang merupakan seorang zumba instructor sepenuh masa.

Wanita yang juga  instruktor zumba di Setia Alam dan Kapar ini akui dia amat selesa melakukan senaman dengan berzumba. Malah menurutnya zumba membantu mengubah mood seseorang untuk menjadi lebih gembira

“Sebab itu kita sering dengar, lepas melakukan senaman zumba seseorang itu akan menjadi lebih bersemangat dan gembira! Juga awet muda sebab sentiasa tersenyum! Zumba membantu merembes hormon endorphin yang membantu mengubah mood seseorang untuk menjadi lebih gembira,” ungkapnya memulakan bicara.

Nak Maintain Nampak Muda, Jomlah Berzumba- Zin Adda
Kekalkan mood ceria dengan zumba.

‘Gelek-Gelek’ Pinggang

Wakil Semenanjung dalam Glow In Style, Tawau, Sabah dan beberapa program lain di Semenanjung yang melibatkan beberapa syarikat terkemuka di Malaysia Zin Adda punya alasan tersendiri mengapa dia selesa memilih zumba untuk senaman kecergasan.

“Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular. Tarian kecergasan zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

“Jangan tak percaya, satu sesi zumba boleh membuatkan anda membakar 500 hingga 1000 kalori pada satu-satu masa (45-60min). Selain itu, zumba juga sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)

IKLAN

“Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk bersenam, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada senaman biasa. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu. Ada kawan-kawan yang membuatkan anda lebih seronok, zumba sendiri adalah satu bentuk senaman yang sangat mudah diikut. Tak ada perkataan ‘beginner’, atau pro dalam zumba. Mereka yang tak pernah menari turut mampu jadi Beyonce dalam kelas zumba. Tambahan lagi, intensiti tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman zumba ini seolah-olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan kardiovaskular yang baik. Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan ‘gelek-gelek’ pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique) anda,” ungkap Zin Adda yang turut mengemari pelbagai ‘dance fitness’ yang lain.

Nak Maintain Nampak Muda, Jomlah Berzumba- Zin Adda
Rakan-rakan zumba.

Berzumba Setiap Hari

Zin Adda yang dulunya melalukan zumba tiga kali seminggu kini melakukan senama itu setiap hari.

“Pada mulanya, saya melakukan senaman kegemaran saya ini tiga kali seminggu. Sejam setiap sesi. Tetapi sekarang setelah menjadi instruktor, saya berzumba setiap hari. Saya memang suka menari. Pernah melibatkan diri dalam tarian tradisional, aerobik dan mereka tari dalam persembahan sekolah dan kolej. Zumba merupakan pilihan tepat saya utk mencari pendapatan berikutan saya kurang gemar untuk terikat dengan kerja waktu pejabat.

IKLAN

“Kebetulan ketika saya melahirkan anak yang ketiga, berat badan naik mendadak. Saya tahu saya perlu bersenam untuk kekalkan kecergasan. Tapi saya tidak suka untuk ke gymnasium. Jadi saya sentiasa menari sendri di rumah. Sehinggalah saya terbaca tentang zumba di facebook,” tambahnya.

Berat Kurang 18 kg

Ditanya adakah dia pernah mengalami masalah berat badan, Zin Adda menjelaskan sememangnya sebelum ini badannya pernah mencecah 70kg.

IKLAN

“Sebelum ini berat badan saya 47kg. Berat badan naik hampir cecah 70kg. Kini telah berkurang lebih 18kg. Saya ingin kekalkan berat badan ini kerana sesuai dengan bentuk badan yang saya idamkan.

“Ada yang turut bertanya apa rahsia kejayaan saya dalam menurunkan berat badan. Pada saya berzumba sahaja  tak boleh kurus. Zumba itu senaman. Yang membantu adalah diet seimbang dan betul,” kata Zin Adda yang pernah melakukan aktiviti mendaki namun ditinggalkan kerana kawan yang sama minat.

Luangkan Masa Untuk Bersenam

Ditanya adakah dia memiliki tips bagi golongan wanita untuk melakukan senaman, Zin Adda menerangkan;

“Para wanita harus meluangkan masa utk bersenam. Tak kira la apa jua bentuk senaman. Berpeluh dan sihat membantu kita untuk jadi lebih yakin diri, fit, sihat, dan melancarkan peredaran darah. Zumba, jogging, hiking, gym dan sebagainya, buat sahaja apa-apa senaman yang kena dengan jiwa. Lakukan berterusan. Dan jaga pemakanan. Dalam masa tiga bulan, anda akan nampak hasilnya.

“Pada saya amalan ini sangat berbaloi. Bersenam dan jaga pemakanan adalah sangat bagus daripada kurus dengan pengambilan suplemen,” akhiri Zin Adda.

Nak Maintain Nampak Muda, Jomlah Berzumba- Zin Adda
Akui wanita harus meluangkan masa utk bersenam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI