Nak lembutkan hati suami atau tundukkan suami bukan dengan jalan singkat dengan jampi serapah bagai. Tambah geram kalau suami jenis yang tak pernah nak dengar pandangan isteri.
Ini belum lagi suami langsung lalai dalam tunaikan tanggungjawab keluarga, berat tulang untuk menolong isteri dan yang paling gerun bila suami panas baran, ada saja yang tak kena dimatanya.
Sebagai isteri, mampu bersabar dan cara nak lembutkan hati suami dengan hanya doa dan selawat. Inilah cara minta pertolongan daripadaNya untuk mengubah sikap suami.
Nak lembutkan hati suami ni banyakkan selawat untuk dia.
Selawat tu bukan panggil dia duk depan muka, pastu panggil kawan semarhaban, palu kompang selawat! Bukan!
Cukup masa ingat suami, masa pandang suami selawatlah untuk dia.
Kedua belajarlah minta pandangan suami. Walaupun kita sebagai isteri tahu semua benda, tanyalah pandangannya. Walaupun dalam perkara kecil.
Ads
Kalau suami buat tak tahu saja, takpe. Yang penting berkat tu kita dah dapat.
Dan last doakan kesalahan dia. Nampak saja suami salah, doakan pada Tuhan.
Mak kata;
“Isteri bukan Tuhan nak ubah suami. Isteri ni takde kuasa yang Allah bagi kat dia, tapi kelebihan yang Allah bagi pada isteri, redhanya pada suami dapat mengubah neraka menjadi syurga.”
Mingguan Wanita : Keberkatanan doa seorang isteri dan ibu.
‘Wanita ibarat bunga.’ Kalau suami baja dan jaga dengan betul, mesti maintain cantik. Begitulah perumpaan yang tepat kerana rata-rata rela berkorban untuk keluarga daripada kecantikan sendiri.
Bagi wanita selepas berkahwin, biarlah anak-anak makan cukup, baju bertukar daripada memenuhi kehendak sendiri. Ikuti perkongsian Putera Nur Muhammad Raihan ini dan hadam baik-baik.
Tapi mesti buat aku geleng kepala. Dalam plastik Watson itu ada kadang gula-gula. Air botol Ribena, ubat anak, losyen anak dan minyak rambut aku…
Dia punya cuma sebatang gincu… Cukup dah, kuatnya jadi wanita ni…
Tapi bila kita masuk balik part awek yang aku minat tadi. Aku kasihan dekat dia…
Bila balik rumah aku tengok cermin dekat rumah aku… “Astaghfirullahalazim”
Terkejut ingatkan siapa dalam cermin. Aku rupanya, ingatkan mamat pakistan jual karpet… Hahahahahaha…
Biasalah faktor usia..
Tiberr..
Mingguan Wanita : Wanita yang telah bekeluarga rata-ratanya melebihkan keperluan suami dan anak-anak berbanding diri sendiri. Tetapi perlu diingat sesekali raikan diri sendiri.
‘Bahasa hanyalah alat perantara.’ Jangan remehkan usaha mak ayah ajar yang anak mereka bahasa Inggeris. Itu usaha mereka untuk menjadikan anak-anak berkebolehan mempelajari Bahasa lain.
Tidak menjadi kesalahan jika maknya tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi ingin anaknya belajar Bahasa Inggeris dengan baik. Jadi jangan dicaci dan diperli usaha orang lain.
Ikuti perkongsian Azizul Zairi ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ibu bapa salah sebab cuba ajar anak bahasa inggeris?
Bahasa hanyalah alat perantara. Merupakan ‘tools’ penterjemahan sesuatu mesej. Bukan pengukur intelek seseorang itu cerdik atau kurang pandai.
Bukan bermaksud kita tolak terus bahasa ibunda kita. Saya akui, Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Masalah utama masyarakat kita mengenakan syarat yang ketat untuk orang menggunakan Bahasa Inggeris. Ramai nak jadi ‘Nazi Grammar’.
Sebutan dan grammar mestilah betul dan tepat.
Lihat sahaja hari ini orang kita yang telah belajar Bahasa Inggeris selama lebih 10 tahun di sekolah langsung tapi tidak boleh berbahasa Inggeris. Bukan kerana tak boleh tetapi kerana ketakutan salah cakap. Malah takut disindir terlebih ‘Mat Salleh’.
Berbalik isu asal, salahkah cuba berbahasa selain bahasa Melayu? Hanya kerana jati diri kita kuat sebagai Melayu.
Kemahiran berbahasa itu satu perkara lain. Kerja swasta mahupun kerajaan tetap akan berhadapan situasi untuk menggunakan bahasa selain bahasa Melayu.
Saya sendiri suka belajar banyak bahasa. Walaupun cuma pandai sepatah-sepatah. Jumpa pekerja dari Nepal, Myamnar, Vietnam, kena belajar sikit-sikit bahasa mereka kot mereka tengah membahan kita, dapatlah kita counter balik.
Waktu kerja pun sama, selalu deal dengan supplier, customer, ataupun delegasi dari luar negara tetap kita gunakan bahasa Inggeris.
Kalau kerja kilang lagi biasa, kadang-kadang bos dari German hendak datang, supplier machine dari Japan dan macam-macam situasi kena hadap yang mana kemahiran berbahasa selain bahasa Melayu sangat diperlukan.
Tak perlu sampai perfect pronounce atau grammar segala bagai, cukup ada kemahiran komunikasi. Orang cakap guna broken English pun jadilah janji lepas interview. Sebab ada orang jenis ” bad English but good speech “.
Bagus jika ada kemahiran Bahasa Inggeris. Tetapi wajibkah semua daripada kita perlu fluent dalam bahasa ini?
Ada antara kita tiada keperluan pun. Andai kata tak faham pun bukan menjadi dosa mahupun kesalahan. Jika cakap rojak pun bukanlah menjadi cacat.
Bila kita ke negara lain, Bahasa Inggeris mereka berterabur tetapi mereka tetap yakin sebab mereka gunakan Bahasa Inggeris sekadar bahasa bukan alat pengukur intelektual ataupun status.
Saya teringat pengalaman menghadiri sesi interview dengan Bradken Australia, saya cakap berterabur grammar. Salah seorang panel interview tetap puji kemahiran pembentangan saya walaupun saya cuma guna ‘ broken English’.
Kesimpulannya, janganlah remehkan usaha ibu bapa yang cuba ajar anak mereka belajar bahasa Inggeris. Kadang terpaksa sebab jenis hantar anak di taska swasta yang gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara mereka.
Sekurang-kurangnya mereka cuba mendidik dengan cara mereka.
Nota picisan : Saya dan anak-anak bercakap dan berbual menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di rumah.
Mingguan Wanita : Bercakap bahasa apa sekali pun tidak salah, asalkan anak faham dan menggunakan bahasa dengan betul. Jika anda rasa bercakap bahasa Inggeris itu berlagak dan tak beradab itu salah. Renung-renungkan.
Bila berumahtangga dan mempunyai anak, suami janganlah meletakkan segala tanggungjawab urus anak pada isteri. Kenalah ringan tangan bantu isteri dalam uruskan anak. Sama-sama membantu siapkan anak.
Ringan tangan untuk bantu siapkan anak, buatkan susu, pakaikan pampers, tidurkan anak dan sebagainya. Sebenarnya, inilah cara untuk suami/ayah beli jiwa anak-anak dan dekat dengannya.
Sebab itu, selalu kita dengar, mak dan ayah ada cara tersendiri dalam melahirkan rasa sayang pada anak-anak. Kalau mak marah anak sekali pun, anak tetap datang. Anak nak permainan, mak tak sampai hati terus belikan. Tapi kalau ayah, dia buat tak tahu tapi akhirnya dia pasti akan bawa balik apa yang anak inginkan.
Rasanya, rata-rata bila tanya anak siapa paling garang, tentu jawapannya adalah ayah. Sebab, garang-garang mak, anak masih mengada-ngada. Tapi bila anak buat salah, sebut nama ayah pun mereka terus ‘behave’.
Saya pernah bertanya dengan mak, ayah dengan kami masa kecil macam mana?
Mak bagitahu,
“Ayah, dia paling ringan tangan mandikan korang semua. Tukarkan pampers. Buatkan susu.
Itulah kesukaan ayah. Umi tak pernah minta tolong, ayah akan terus buat. 11 orang anak, ayah buat semua”
Iya. Rupanya inilah ikatan hati antara ayah dan anak akan terhubung.
Saya akui, saya dulu cukup malas nak buat benda ni. Letih!
Tapi, bila paksa diri buat setiap hari, akan ada satu perasaan yang lain dalam jiwa seorang lelaki dan ayah macam saya.
Saya suami dan bapa realiti.
Benar tak mudah buat perkara ini. Namun, usahalah setiap hari.
Ia menumbuh satu rasa yang akan Allah beri pada lelaki seperti kita ini.
Mingguan Wanita : Itulah beza mak dengan ayah tunjuk kasih sayang pada anak-anak. Hargailah mereka selagi masih ada.