Nak kurus, makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong lapan gelas sehari begitulah yang dinasihati oleh Diana Azliza.

Pada hari ini semakin ramai rakyat Malaysia mula sedar akan kepentingan menjalani gaya hidup sihat.  Dek kerana itu jugalah, sebelum terlambat Diana Azliza Amat Azhar, 35 mengambil inisiatif untuk berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan mudah yang dilakukan adalah dengan mengamalkan aktiviti kecergasan seperti berjogging dan berenang.

Nak kurus, Makan Dalam Jumlah Yang kecil & Minum Air Kosong Lapan Gelas Sehari

“Kesedaran saya untuk mula aktif dalam bidang kecergasan ini apabila berat badan saya naik mendadak dan saya mengalami obesiti. Sejak itu saya mula takut dan lakukan aktiviti sihat kegemaran dengan berjogging, berenang dan mendaki. Bagi tidak mudah berasa bosan, saya lakukan aktiviti santai ini bersama keluarga tercinta.

“Bukan itu saja badan saya juga berasa cukup stamina dan amalan kecergasan ini membuatkan rutin harian saya berjalan dengan lancar. Disamping aktiviti bersama keluarga, saya meyukai aktiviti mendaki bersama rakan-rakan sekerja. Bila melakukan aktiviti sedemikian tak kisah bersama keluarga ataupun teman, tak terasa sangat kepenatan dalam menjalani aktiviti fizikal kerana kita merasa seronok dapat meluangkan masa bersama,” luah Diana memulakan bicara.

Nak kurus, Makan Dalam Jumlah Yang kecil & Minum Air Kosong Lapan Gelas Sehari – Diana Azliza
Daki puncak bukit setiap hujung minggu.
Nak kurus, Makan Dalam Jumlah Yang kecil & Minum Air Kosong Lapan Gelas Sehari – Diana Azliza
Seronok apabila mendaki dan bertambah kawan.

Daki Puncak Broga & Jugra

Walaupun baru saja terlibat dalam aktiviti kecergasan namun Diana akui dirinya semakin sihat. Bermula awal Ogos yang lalu, Diana mengambil inisiatif dengan berjogging dua kali seminggu, berenang dan mendaki sebanyak sekali sebulan.

“Berbanding orang lain setakat ini saya cuma berjaya mendaki Puncak Broga dan Jugra. Sememangnya aktiviti yang saya sertai ini sangat berbaloi. Bukan sekadar dapat menyihatkan badan malah saya juga dapat menambah kenalan dan berkongsi gaya hidup sihat bersama mereka.

IKLAN

“Paling seronok apabila berat badan saya berjaya dikurangkan dari 67kg kepada 56kg. Bayangkan sebelum ini agak sukar untuk saya turunkan berat. Syukur dengan aktiviti riadah seperti ini saya memiliki tubuh badan yang segar,” ungkap Diana yang cukup gembira apabila susah payah yang dialami ketika melakukan aktiviti kecergasan ini mendapat hasil yang positif.

Nak kurus, Makan Dalam Jumlah Yang kecil & Minum Air Kosong Lapan Gelas Sehari – Diana Azliza
Amalkan gaya hidup sihat.

Kongsi Tip Cergas Untuk Wanita

Bagi diri Diana senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan badan cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Malah wanita ini juga turut berkongsi teknik untuk mengajar wanita melakukan aktiviti kecergasan.

“Melakukan aktiviti kecergasan adalah sesuatu perkara yang amat berat untuk dilakukan bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti menggunakan fizikal. Antara tip yang sesuai adalah pertama dengan memilih aktiviti yang sesuai dengan persekitaran tempat tinggal anda. Lokasi untuk melakukan aktiviti outdoor seperti berenang atau berjogging.

IKLAN

“Kedua, pilihlah masa dan waktu yang sesuai didalam sebulan. Tandakan jadual anda dan pastikan tidak ada aktiviti bertindih. Bagi yang baru ingin mencuba, hanya perlu jangka waktu 1 hingga 2 jam dalam dua kali sebulan. Jika kesibukan tidak dapat dielakan, atau kita berasa ingin gantikan waktu tersebut dengan melakukan aktiviti bersenam dirumah, banyak video di dalam Internet yang boleh dijadikan rujukan untuk bersenam didalam ruang yang tertutup. Keempat, jangan ambil makanan berat tiga jam sebelum bermula aktiviti kecergasan dan kelima tanam azam dan nekad untuk berubah. Niat itu yang penting,” kata Diana.

Nak kurus, Makan Dalam Jumlah Yang kecil & Minum Air Kosong Lapan Gelas Sehari – Diana Azliza
Bersenam elakkan penyakit berbahaya.

Sebab Nak Cepat Kurus, Perut Bengkak Minum Teh Hijau, Air Lemon Berlebihan, Berpadalah!

“Memang Makin Ramai Anak, Makin Susah Nak Kurus Ya?” Usia 40, Mencabar Sungguh Yatt Hamzah Nak Kurus!  

IKLAN

Rahsia Kurus “Sudah Pandai Makan, Pandailah Buang. Pastikan Badan Berpeluh Setiap Hari” Dayana

Amalan Berbaloi

Selain aktiviti senaman pemakanan sihat juga sangat penting. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelalakkan kita menjadi gemuk.

“Saya jaga pemakanan dengan amalkan ‘eat clean’. Saya juga kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh sebabkan strok.

“Jika anda suka makan makanan yang tidak sihat, boleh gantikan dengan snek yang berkhasiat dan pastikan tidak mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam. Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong enam hingga lapan gelas sehari.

“Bukan itu saja, malah kita juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa. Sekiranya penyakit berbahaya dapat dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh dijalankan,” akhiri Diana.

Nak kurus, Makan Dalam Jumlah Yang kecil & Minum Air Kosong Lapan Gelas Sehari – Diana Azliza
Amalan kecergasan menjadi perkara wajib,
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI