Bagi mak-mak yang pertama kali atau sudah beberapa kali gagal dalam membuat biskut sendiri, mesti terfikir kenapalah tak jadi. Ada sahaja yang tak kena. Maklumlah pembuat biskut amatur kan. Jangan cepat putus asa. Masih ada masa dan cara untuk mak-mak perbetulkan.

Ini perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira yang memberi panduan tentang bagaimana nak cipta resipi sendiri. Siap ada formula dia lagi.

Cipta Resipi Cookies

Ini saya nak share formula di sebalik cookies :
1, 2, 3!!!

Apa yang 1, 2, 3 tu. Ini bahagian-bahagian nak jadikan cookies tu, asas dia cam ni :
1 : GULA (Gula putih atau brown sugar)
2 : LELEMAK (100% atau campuran)
3 : TEPUNG (Bahan kering)

IKLAN

Jadi contohnya asas nak buat cookies cam ni :
1 cawan gula
2 cawan mentega
3 cawan tepung

Ataupun dalam gram :
100gm gula
200gm mentega
300gm tepungNak Buat Biskut, Kena Tahu RAHSIA Asas Cookies Yang Jadi. Semudah 1-2-3

 

IKLAN

Lebih kurang cam tu. Itu basicnya. Dari situlah kita campur aduk nak jadikan cookies kita tu apa dan macamana.
Jadi kalau lah nampak resepi cookies mana-mana, cuba tengok formula 1-2-3 dia, kalau tak lebih tak kurang secara melampau jauh, kira betul la resepi tu. Boleh pakai.

Ada Bahan Lain
Tapi kalau kat bahagian asas tu ada kurang jangan cepat salah sangka lak, tengok unsur lain yang sama kategori tu, contoh mentega 130gm, shortening 70gm. Maknanya itu dari kategori lelemak 200gm, boleh trust la tu.
Dari 3 asas ni la kita boleh pecah-pecahkan kepada tekstur, rasa, rupa apa yang kita nak dalam cookies. Contoh tambah kekacang, tukar tepungnya, tambah perisa / emulco, tambah choc chip atau tukar gula pasir kepada gula perang dan sebagainya.

IKLAN

Tekstur Cookies
Penggunaan telur di dalam cookies pun subjektif. Boleh je kalau tak guna telur langsung atau guna kuning sahaja atau sebiji terus. Ia bergantung kepada tekstur cookies macamana yang kita mahu. Ada telur, biskut lebih bonding (mesra bahan), takde telur sedikit keras tapi rangup. Begitulah.
Yang penting dah tahu asasnya! 1-2-3!

Selamat faham tentang asas buat cookies!
1-2-3!! Gula – lelemak – adunan bahan kering!

MW: Mak-mak lepas nie boleh ikut rahsia nie. Gerenti jadilah. Kalau mak-mak nak beli barangan dapur klik sini 

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI