Setiap mak ayah sangat mengharapkan anak-anaknya mampu peroleh kejayaan dewasa kelak. Bak kata lain, anak jadi orang, bukan hanya berjaya tapi mampu membanggakan orang tuanya.
Walau bagaimanapun, mak ayah yang nak anak jadi orang ini bukanlah tidak bolehlah terlalu mendesak terutamanya memaksa mereka belajar tanpa ada masa untuk bermain atau berehat. Malah, lebih penting untuk melihat kejayaan anak-anak baiak perlakuan, mak ayah kenalah tunjuk contoh dahulu.
Kalau setakat nak anak berjaya dan kelakuan yang baik tapi mak ayah tidak tunjuk tauladan yang baik, ia tidak kan menjadi. Sebab dari situlah anak akan tiru apa yang mak ayah buat.
Sebagai mak ayah yang bertanggungjawab, tak perlulah terlalu mendesak dan memberi tekanan pada anak suapya besar nanti anak jadi orang. Tapi, tiliklah diri kita dulu. Cara kita inilah yang menjadi contoh pada anak-anak.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Adlil Rajiah tentang formula untuk mendapatkan anak idaman. Caranya, mak ayah kena jadi THERMOSTAT, bukannya THERMOMETER. Nak tahu apa ia, ikuti ulasannya.
“Apa yang paling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak ialah sikap.
Saya dulu pun perangai macam hawau.
Panas baran, tak sabar, degil, tak tahu hormat orang dan rasa diri sendiri yang betul.
Tapi tahun demi tahun, terutamanya bila dah jadi mak, saya mula perasan, anak-anak ini memang itu cara dia, tak makan sama.
Kita ajarlah macam mana pun, berbuih lah nasihat macam mana pun, bebellah sepanjang hari pun, kita hantar lah kat sekolah bagus macam mana pun, anak-anak masih tak dengar cakap, memberontak, tak makan saman dan tak jadi anak yang kita impikan.
Tapi selepas beberapa tahu, barulah saya sedar, formula dia cuma satu:
Ads
KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI.
Anak tak perlukan nasihat, bebelan dan tak perlukan pendidik.
Mereka cuma perlukan CONTOH.
Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman.
Salah satu mantra yang selalu saya kongsi dalam seminar:
BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER
Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling. Orang lain panas, dia panas.
Begitu juga bila orang lain sejuk, dia sejuk.
Tapi termostat tak.
Termostat tetapkan standard dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yang dia tetapkan.
Walau macam mana pun suhu orang sekeliling, termostat takkan ubah suhu dia sampai lama-lama semua orang sekeliling ubah suhu sama macam suhu dia.
Itu termostat.
It sets the standard, and influences the surrounding.
Tipu kalau saya katakan anak saya yang bernama Haikal ni anak yang baik macam malaikat.
Ads
Ada hari, dia memang baik.
Tapi ada hari, saya rasa nak bagi kaki
There are times Haikal liat gila nak solat.
Tapi sebelum saya marahkan dia, saya reset my solat standard first – solat awal waktu, increase khusyuk dan sebagainya.
Tak lama lepas tu, saya boleh nampak improvements pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat.
There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif.
Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk.
Sebelum saya ‘hempok’ dia dengan remote, saya reset the standard of my screen time first – hadkan masa dengan TV/phone, rancang aktiviti tanpa skrin, baca buku, Al Quran dan latihan.
Tak lama lepas tu, saya boleh lihat improvements pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai quran, capai buku, keluar main dengan kawan-kawan.
Ada masanya Haikal melawan cakap dan berkasar dengan kami.
Sebelum berkasar dan melawan dia balik, kami reset our standard of handling our own anger, patience, communication first.
Ads
Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, mudah senyum, mudah minta maaf dan sebagainya.
My point is kita sebagai ibu bapa, we’re the thermostat.
We set the standard, and our children will follow accordingly.
Ambil Masa
Walaupun untuk setiap progress perlukan masa.
Buat sehari, tak jadi apa, sabar. Teruskan buat hari kedua dan seterusnya.
Trust the process, and don’t lower down your standard.
Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan.
Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit.
Just be consistent in improving yourself.
Macam air yang menitis atas batu,
Lama-lama akan menghakis batu,
bukan kerana tekanan air itu kuat,
tapi kerana konsistensi titisannya.
Anggap saja setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi, termostat yang lebih berkualiti.
Salam sayang.
MW: Apa-apa pun, kalau kita impikan anak yang baik, pandai dan rajin, kita kena mulakan dulu, tunjuk contoh, lama-kelamaan anak akan ikut. Jangan buat perkara yang tidak elok pula. Ingat tu mak ayah!
Bila satu keluarga berkumpul terutama waktu cuti, atau ketika malam hari, mak pun mulalah fikir macam-macam idea masakan mudah dan cepat disediakan. Hidangan snek tentunya buat anak-anak suka.
Sekelip mata, licin snek yang dihidang depan mata. Tapi mak-mak pun kena tahu jenis snek macam mana yang sedap lagi sihat untuk anak-anak nikmati. Ini idea yang Mingguan Wanita kongsikan untuk mak-mak cuba.
‘Carrot Chips’ Mudah Sedia
Lobak merah atau carrot ini boleh dijadikan sajian sihat untuk keluarga. Anak-anak yang susah makan sayur, mak-mak boleh cuba masak lobak merah dengan cara ini.
Mak-mak cuma perlukan lobak merah, minyak zaitun dan sedikit garam. Bersihkan dahulu kulit lobak, gunakan ‘peeler’ senang untuk hiris lobak memanjang.
Kemudian, gaul dengan garam dan renjis minyak zaitun. Bakar lobak yang sudah dihiris dan diperasakan itu pada suhu 250 darjah selsius selama 20 minit. Siap. Boleh dinikmati dengan anak-anak semasa menonton televisyen.
Kacang Goreng Homemade Mudah Buat
Kudapan jenis kekacang pun anak-anak suka makan. Sambil tengok TV atau bermain, tak sedar kekacang yang dihidang anak nikmati dengan enak. Menarik resepi yang dikongsikan, E-cah Katman ini.
Caranya, sediakan kacang tanah besar, bawang putih dihiris, halia dihiris, serbuk nasi goreng, air secukupnya dan garam. Panaskan air berisi garam dalam periuk. Dah mendidih masukkan kacang, bawang putih dan halia. Biar hingga sejuk.
Kemudian, toskan air dan goreng dalam minyak yang banyak hingga garing dengan bawang dan halia tadi. Bila dah siap goreng, taburkan serbuk nasi goreng. Gaul rata. Mudahkan.
Pilihan Mak-mak Snek Bijirin Sedap Lagi Sihat, Snekku – Grain 5
Untuk mak-mak yang mengejar masa tapi nak sediakan snek sedap lagi sihat untuk anak-anak, tak perlu bersusah. Boleh hidangkan mereka dengan empat perisa enak, iaitu kacang pea, paprika pedas, kentang dan tomato.
Snek unik ini diperasakan dengan gabungan beras, beras perang, beras merah, jagung dan oat, menjadikannya snek multibijirin yang rangup.
Pastinya ia memenuhi selera anak-anak, malah snek ini lebih sihat berbanding snek lain yang ada di pasaran. Mak-ayah pun boleh nikmati bersama-sama sambil menghabiskan masa kualiti bersama keluarga.
Snek multibijirin ini sudah tersedia di dalam snek yang mudah di dapati di pasaraya berdekatan anda mahupun pembelian secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih ada golongan mak ayah yang slumber buat benda tak senonoh depan anak-anak dan lagi teruk siap separuh bogel depan anak. Apa pandangan dia dan apa akan jadi dengan anak-anak? Ok nak tahu lebih jelas, baca perkongsian seorang Ustazah, Puan Wa’aza Abd Rahman ini…
Anak-anak cenderung untuk menceritakan ‘keaiban’ yang dilihat di rumah kepada cikgu dan kawan-kawan di sekolah!
Saya nak kongsikan beberapa kisah yang dianggap remeh oleh orang dewasa tetapi dianggap besar bagi kanak-kanak.
(hasil pemerhatian dari pengalaman sendiri selama 12 tahun mengajar di sekolah rendah dan dari kawan-kawan guru)
1) Pernah beberapa tahun lepas,seorang kawan, mengajar tentang Adab Islamiyah di dalam kelas darjah 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang.
Tiba-tiba ada seorang murid perempuan bangun bertanya.
“Ustazah, bolehkah kita memukul orang lain?”
Mestilah guru menjawab , “Tidak boleh”.
“Islam kan melarang kita menyakiti orang lain. Islam menggalakkan kita menyayangi orang lain terutamanya saudara mara kita.”
Tambah guru lagi sambil tersenyum pada anak muridnya.
“Kalau begitu, kenapa ayah saya selalu pukul ibu saya dengan kayu?” Anak tersebut memberikan soalan maut!
Guru terkedu.
Setelah diselidik pada waktu rehat, barulah diketahui bahawa anak tersebut sentiasa dimarahi ayahnya. Ibunya pula dipukul dan dimaki. Dan penderitaan ini bermula sejak anak tersebut tadika lagi.
Hiba dan sayu rasanya.
Kata pakar, ‘kecurangan’ atau aib yang kita lakukan di hadapan anak-anak, akan membentuk memori yang kuat dalam minda anak-anak kita.
2) Saya sendiri pernah diberitahu oleh seorang murid lelaki yang beliau melihat ‘episod pertarungan atas katil ibubapanya’ pada waktu malam!!
Kata beliau ibu dan bapanya tidak perasan dia tersedar dari tidur.
Beliau mengaku begitu setelah ditangkap menunjukkan isyarat lucah dengan tangan kepada kawan perempuan.
Ia sangat menakutkan. Cuba kita bayangkan bagaimana pertumbuhan minda anak-anak yang diserang dengan gambaran buruk dalam hidup mereka?
Mereka sentiasa menanti-nanti waktu untuk memberontak atau menirunya!
Bahaya! Sangat bahaya..
‘Kecurangan’ ibu bapa, tidak terhad kepada perlakuan buruk sahaja.
Kadang-kadang kita kurang malu di hadapan anak-anak.
3) Pernah diceritakan oleh seorang penceramah pembangunan diri dan keluarga.
Dalam sebuah ceramahnya kepada ibubapa pelajar sebuah sekolah di Daerah Alor Setar, beliau memberikan teguran santai.
“Ibu bapa sekalian mesti jaga aurat di hadapan anak-anak terutamanya anak-anak remaja. Janganlah kita nak mandi, kita londeh semua, berjalan dari depan sehingga ke tandas. Pening anak-anak kita yang tengok nanti!”
Penceramah ketawa. Begitu juga dengan audien. Semua ketawa dengan peringatan berunsur humor tersebut.
Namun, dalam hiruk-pikuk suara para pendengar, ada seorang ibu yang ketawa dengan sangat kuat sehingga memaksa penceramah bertanya.
“Wah puan, kuatnya ketawa! Awat ni? Mesti ada cerita..”
Dengan pantas dan tanpa segan silu, puan tersebut terus bangun dan berkata dengan suara yang lantang.
“Ustaz, saya ketawa sebab contoh yang ustaz berikan tu memang tepat! Suami saya memang buat begitu. Londeh semua tinggal seluar dalam je, lepas tu jalan melenggang kangkung ke tandas. Anak-anak lelaki perempuan semua tengok. Hahaha..” Ya Tuhan.
Penceramah terdiam. Ketawa pun tidak. Marah pun tidak. Tidak tahu mahu berikan reaksi apa. Malu sebenarnya.
Walaubagaimanapun, kita tidak katakan semua ibu bapa begitu. Ada juga ibu bapa yang menyembunyikan aib mereka namun begitu secara tidak sengaja tersilap mendedahkannya.
4) Ketika suami saya mengajar sebuah tadika di Permatang Pauh. Ada seorang anak murid lelaki duduk bertenggek disebelahnya bermain dengan bulu-bulu roma di tangan ustaznya yang panjang. Suami saya ada darah Benggali dan Melayu.
“Kenapa asyik main bulu tangan ustaz ni?” usik suami.
“Seronok main. Bulu tangan ustaz panjang!”
Suami hanya biarkan.
Murid tersebut menyambung:
“Tapi, kalau ustaz nak tahu. Ummi saya lebih hebat, Ummi saya ada bulu panjang juga di ketiaknya!!”
Terlopong suami saya dengan cerita sadis anak tersebut.
Kenapa kita mendedahkan aib kita sendiri?
Secara Asasnya, otak kita ada satu daerah yang bernama ‘pregenual anterior cingulate cortex’. Ia berada jauh di dalam otak iaitu sebelah kanan depan.
Ia berfungsi untuk mengawal rasa malu di dalam diri kita.
Apabila daerah tersebut semakin mengecil disebabkan mental tidak sihat, stress dan ujub, maka ia akan menurunkan rasa malu di dalam diri kita.
Sehingga kadang-kadang kita menjadi orang yang tidak tahu malu langsung lagaknya!
Na’uzubillah..
Akhirnya, saya menyeru kepada ibubapa sekalian, berhati-hatilah dengan tindakan kita.
Cuba renung wajah anak-anak kita sewaktu mereka tidur dan tanya diri kita sendiri,
“Apa yang anak aku dah ceritakan tentang aku dan ayahnya di sekolah?”
Masih ramai yang menggunakan kekerasan untuk lembutkan hati anak, padahal cara yang betul mak ayah kenalah guna tip mendidik yang tak kasar dan salah satunya jangan pukul salah pada tempatnya.
Ingat… pastikan tidak terlalu garang dan tak boleh terlalu ikut apa kata anak. Ok, nak tahu cara yang tepat, semak beberapa rahsia ini. In shaa Allah hasilnya anak ikut perintah anak tanpa banyak songeh…
Tip Lembutkan Hati Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Sumber: Khalifah Media
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.