Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa diuji lagi. Kali ini, didatangi seorang wanita yang didakwanya mempunyai masalah kesihatan mental. Mengakui dirinya adalah isteri pertama beliau.
Bukan itu saja, wanita ini juga sanggup menaiki keretapi dari Perak ke Putrajaya semata-mata mahu bertemu Datuk Alha.
Bagaimana pun kesibukannya pada hari kejadian, tidak membolehkan beliau berada di premis perniagaannya itu. Akui beliau lagi, wanita berkenaan seolah-olah mengenalinya dengan begitu rapat.
Sedangkan, Alha sendiri tidak mengenali wanita yang mendakwa dirinya isteri pertama beliau. Biar pun menerima kejutan sebegitu, Alha merasa sedih dan sayu mengenangkan keadaan yang dideritai wanita berkenaan.
Dari Perak ke Putrajaya Semata Mahu Berjumpa Datuk Alha
Allahu.. dugaan dan cabaran di bulan RAMADHAN, sejujurnya jauh di sudut hati saya, saya sangat rasa sedih dan sayu mungkin atas sakit atau saya sendiri tak tau masalah ape yang dihadapi kakak ni.
Ads
Saya berharap kita semua dapat melindungi ahli keluarga kita yang tidak sihat, mental atau fizikal supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku.
Amat-amat merbahaya, dari PERAK ke PUTRAJAYA naik kereta api.. semata-mata nak berjumpa saya.. tapi saya busy di hari kejadian, saya mintak maaf.
Yang kurang sedapnya beliau mengaku sebagai isteri pertama saya. Semua detail nama penuh saya, dan beberapa perkara lain beliau seolah amat mengenali saya terlalu rapat.. sedangkan saya tidak langsung mengenali beliau.
Kalau Salah Langkah, Macam-macam Boleh Berlaku
Kepada customer-customer yang datang shopping kelmarin dan berada di tempat kejadian, harap tidak “termakan” cerita-cerita yang dibawa kakak ini.
Ads
Katanya saya dukung beliau, peluk beliau ke bilik dan lain-lain lagi boleh membuatkan orang salah anggap sebab beliau amat berpewatakan NORMAL.
Selama berjam-jam beliau duduk di outlet saya seolah tak nak keluar jika saya tak datang. Beliau tinggalkan barang-barang dan beg-beg beliau dan suruh saya hantar ke rumah “kami” kononnya kami duduk serumah.
Apa pun, kepada keluarga beliau, posting ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi saya juga berpesan kepada diri saya, jika ahli keluarga mengahadapi masalah, perlu kita mengambil berat. Kalau salah langkah kakak ni, saya risau macam-macam kejadian boleh berlaku kalau terjumpa dengan orang yang salah.
Terima kasih pihak polis dari BALAI POLIS ABU BAKAR BAGINDA yang membantu saya dalam hal ini.. jasa kalian amat-amat saya hargai.
Untuk rekod, Datuk Alha Alfa pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Azlin ismail. Berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September 2020 sebelum berpisah enam bulan selepasnya.
Mingguan Wanita : Kesihatan mental bukan hal yang boleh dibuat main-main. Dapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tandanya pada diri sendiri.
Durian belanda ni selalunya dibuat jus. Rasanya bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tapi daunnya pun banyak khasiat yang tersendiri. Air rebusan durian belanda dipercayai sangat baik untuk kesihatan rupanya.Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai khasiat dan manfaat daun durian belanda ini.
Berikut antara kelebihannya;
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2. Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
4. Mengatasi Diabetis
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya..
Kredit: Izzat Mustafa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Terpedaya selepas berkenalan dengan ‘doktor’ dari Iraq.’ Kasihannya nenek penjaga stor hilang rm565,700. Habis duit simpanan hari tuanya dek kerana tertipu dengan janji palsu seorang lelaki yang hanya dikenalinya di Facebook.
Penat lelah bertahun-tahun kumpul duit simpanan untuk hari tua, akhirnya lesap begitu saja. Kasihan sungguh dan tak mampu bayangkan betapa kecewanya nenek ini.
Terpedaya Selepas Berkenalan
Seorang wanita warga emas mengaIami kerugian sebanyak RM565,700 dipercayai akibat diperdaya oleh seorang ‘doktor’ yang dikenalinya melalui platform media sosiaI tahun lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Perak, ACP Osman Mamat, mangsa berusia 68 tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus operandi Love Scam atas talian sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini.
“Mangsa terpedaya setelah berkenalan dengan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama sebagai Ding Nai Wei yang mendakwa seorang doktor sedang bekerja di lraq,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Osman berkata suspek telah merayu kepada mangsa untuk memasukkan sejumlah wang untuk dibayar kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya suspek dapat keIuar dari lraq dan berjanji akan memberikan wang sebanyak RM5 juta kepada mangsa apabila suspek sampai di MaIaysia.
Kasihannya Nenek Penjaga Stor
Mangsa berusia 68 tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus 0perandi Love Scam atas talian.
“Rayuan suspek telah menjerat mangsa sehingga mangsa melakukan 69 kali transaksi ke dalam 13 akaun bank iaitu 12 kali transaksi melalui Maybank dan sekali melalui CIMB Bank,” katanya.
Hilang RM565,700
Menurut Osman sebanyak 11 kali transaksi dilakukan ke dalam akaun penama Brayen Robson Anak Sito dan sekali atas akaun penama Ho Yee Mun serta satu kali transaksi mengunakan CIMB Bank di akaun penama Clayton Roland.
Katanya semua transaksi wang berkenaan dilakukan mangsa melalui mesin ATM di Maybank Cawangan Taiping bermula dari 4 Okt 2021 hingga 21 Mei tahun ini.
“Mangsa tidak pernah bertemu dengan doktor tersebut sepanjang perkenalan mereka dan mangsa hanya berhubung di aplikasi WhatsApp melalui dua nombor talian iaitu +1(786)6526776 dan +1(984)3683962,” katanya.
Osman berkata mangsa telah membuat laporan p0lis di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) di sini semalam setelah menyedari dirinya telah diperdaya svspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita: Sepatutnya dalam meniti usia emas, nenek ini sudah boleh menikmati segala simpanannya hasil penat lelah selama ini. Namun kejadian yang berlaku benar-benar menyedihkan dan pasti apa yang berlaku perlu menjadi pengajaran buat kita semua.
Budak Perempuan 7 Tahun, Jadi Guru Yoga Bertauliah Termuda Dunia! Yoga merupakan latihan yang memberi tumpuan kepada pernafasan, kekuatan, dan kelenturan. Mempraktikkan yoga boleh memberikan banyak manfaat kesihatan fizikal dan psikologi seseorang.Siapa sangka pada usia yang masih muda, budak perempuan berusia 7 tahun ini telah mencipta kejayaan sebagi cikgu Yoga.
Cikgu Yoga Bertauliah
Seorang kanak-kanak perempuan dari India mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pengajar yoga bertauliah paling muda di dunia.
Lapor portal UPI, Praanvi Gupta berusia tujuh tahun 165 hari apabila menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia.
Tamat Kursus Latihan Guru
Kejayaan Praanvi diperakui oleh Pertubuhan Perikatan Yoga selepas berjaya menamatkan kursus latihan guru yoga selama 200 jam.
Menurut laporan, Praanvi mula berlatih senaman yoga bersama ibunya ketika hanya berusia tiga tahun enam bulan di rumah.
Malah, katanya, guru yoganya turut menggalakkannya untuk meneruskan minat mengajar senaman itu dengan memulakan ‘Program Latihan Guru Yoga’.
“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin penduduk,” katanya.
Praanvi kerap berkongsi perjalanan senaman yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.
Sebelum ini, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani mencipta rekod selepas menjadi pengajar yoga lelaki termuda di dunia.
Reyansh berusia sembilan tahun 220 hari ketika menerima pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...