bisnes online

Sudah 25 hari kita melalui tahun baru 2018, Setiap awal tahun sudah tentu kita tanamkan azam untuk menjadi orang yang berjaya dan mungkin nak tambah pendapatan buat bisnes online. Tapi apa rahsianya?

Ok, selepas dipindahkan ke Majalah Mingguan Wanita, ramai usahawan berjaya yang saya temubual. Ada yang asal kerja kilang kini sudah bergelar jutawan dan tidak kurang ramai suri rumah yang pada awalnya hanya mahu menambah wang poket suami kini turut berjaya. Malah ada suami mereka sendiri berhenti kerja dan bersama-sama mengembangkan perniagaan. Usahawan seperti ini terutama kaum wanita menjadi sumber inspirasi dan idola buat saya.

Baru-baru ini saya bertemu lagi dengan seorang usahawan wanita muda dan bekerja dari rumah dan kini sudah merupakan salah seorang usahawan terkenal dan memulakan perniagaannya hanya menerusi Instagram.

Cerita Diena Wong

Wanita yang bernama Diena Wong baru saja berusia 32 tahun dan merupakan pengasas Lovera.

IKLAN

Saya sempat bertanya kepada Diena apa rahsia fan skill dia guna insta, jawabnya…

“Terus terang tak ada rahsia. Sama saja macam orang lain guna. Tapi kalo bab bisnes ni kita kenela gigihlah sikit kalau nak ramai orang beli.

Bagi saya semua orang boleh buat jualan juta-juta guna insta. Rezeki masing-masing kita tak tahu. Lagi satu , kalau guna insta, kerapkan buat stories. Memang bagus dan berkesan juga. Gunakan kreativiti kalau nak buat stories ni.”

Teknologi Moden Buka Peluang Bisnes

Apa yang saya lihat, ramai juga usahawan yang berjaya kerana bisnes online. Sememangnya teknologi moden ini memberi banyak manfaat kepada orang ramai terutamanya golongan muda dan suri rumah yang bijak dan rajin mencari peluang dengan bekerja lebih masa.

IKLAN

Malah ada dua orang personaliti dalam perniagaan yang bertanya kepada saya, tidakkah saya melakukan kerja lebih bagi menambah pendapatan, saya hanya terdiam. Dan memberi alasan sibuk dengan kerja dan di rumah pula sibuk dengan melayan suami dan anak-anak.

IKLAN

Kalau Betul Nak Berjaya…

Namun mereka menasihati saya, jika nak berjaya tak boleh beri banyak alasan. Mereka juga banyak berkongsi pelbagai kisah suka dan duka yang boleh memberi ilmu yang berguna kepada saya. Malah ada seorang Dato’ Sri pernah berpesan pada saya jika hendak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya.

Tip Majukan Bisnes Online

1. Kena rajin promosikan guna ayat simple.
2. Cari modal yang rendah.
3. Tak payah buat produk sendiri, mulakan dengan jual produk dah siap. Sampai dapat untung.
4. Jangan buat pinjaman bank, paling penting kena rajin menulis luar biasa.
5. Ikut masa yang tetap dan kena ada target bulanan.
6. Asingkan duit untung.
7. Kalau dulu tulis blog, sekarang tulis di media sosial pun boleh lakukan produk.
8. Jual produk yang anda rasa anda sendiri pun nak beli.
9. Jangan malu dan bisnes ni kena hati yang kental!

Haaa… tak banyak pun tapi moga beberapa tip ini boleh bantu mak-mak yang nak cari duit poket lebih sikit.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI