sarapan untuk anak

Sesi persekolahan tahun 2018 sudah hampir sebulan bermula. Namun tentunya ada lagi mak-mak yang masih cuba nak ‘adjust’ jadual harian mereka berdasarkan waktu persekolahan anak-anak.

Misalnya anak yang baru masuk ke tahun satu dan anak-anak yang dahulunya bersekolah pada sesi petang dan kini di sesi pagi. Tentu masing-masing sedang berusaha mengatur rutin harian mereka terutama ibu-ibu yang bekerja. Bukan bermakna nak menafikan peranan bapa-bapa dalam menguruskan anak-anak, tapi kebiasaannya bab masak memasak dipikul oleh para ibu.Sesi persekolahan tahun 2018 sudah hampir sebulan bermula.

Mak-mak Bangun Pagi

Namun tentunya ada lagi mak-mak yang masih cuba nak ‘adjust’ jadual harian mereka berdasarkan waktu persekolahan anak-anak. Misalnya anak yang baru masuk ke tahun satu dan anak-anak yang dahulunya bersekolah pada sesi petang dan kini di sesi pagi. Tentu masing-masing sedang berusaha mengatur rutin harian mereka terutama ibu-ibu yang bekerja. Bukan bermakna nak menafikan peranan bapa-bapa dalam menguruskan anak-anak, tapi kebiasaannya bab masak memasak dipikul oleh para ibu.

Saya kagum kerana ada mak-mak yang sanggup bangun seawal 4.30 pagi setiap hari demi memasak sarapan untuk anak-anak dan suami tersayang. Bayangkan, ayam pun belum berkokok, senduk dan kuali sudah ‘bersilat’ di dapur. Bukan mudah nak sediakan sarapan dan bekal berkhasiat untuk anak-anak.

Bercakap tentang bekal anak ke sekolah, saya pernah shooting aneka masakan bento yang sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Memang menarik dan pastinya dapat merangsang minat anak-anak untuk menikmati bekal yang dibawa. Walau pun hidangan itu biasa saja, seperti nasi goreng Cina, spageti dan nasi lemak, tapi bila dipersembahkan dengan penuh kreativiti, memang menarik dan berbeza. Terpulang pada kreativiti si ibu dan yang penting, cukup masa!

IKLAN

Suami Kenalah Tolong

Saya memang tabik spring pada mak-mak yang gigih macam ni. Bukan mudah, lebih-lebih lagi yang bekerja. Masa amat mencemburui mereka. Selesai masak, bergegas kejutkan anak-anak bangun, pakaikan baju anak-anak, hidangkan makanan di atas meja. Kemudian mereka pula bersiap untuk ke tempat kerja hinggakan mereka sendiri pun tak sempat nak sarapan.
Di sini, para ayah silalah main peranan juga ye. Bila isteri dan terkejar sana sini macam lipas kudung, suami jangan lah memandang saja. Tolong apa yang patut, masukkan bekal ke dalam beg sekolah anak, pakaikan baju sekolah anak, bancuhkan minuman.

Ada ibu-ibu yang masak sekali gus hidangan untuk makan tengah hari (jika anak balik sekolah pada waktu tengah hari) atau makan malam. Balik kerja lewat petang, tinggal panaskan lauk saja. Sebagai ibu-ibu berkerjaya,  perlu bijak mengatur masa kerana mereka juga perlu ‘pecut’ untuk ‘punch card’ di ofis.
Untuk diri saya sendiri, anak tunggal saya sudah besar. Dia pula tak suka makan sarapan yang berat. Nanti sakit perut katanya. Jadi saya hanya bekalkan roti untuknya bersama air kosong. Jadi, tidaklah saya perlu saya bangun awal sangat…

IKLAN

Tip Mudahkan Mak-mak:

1. Sebelah malamnya, sudah fikir dan rancang apa hidangan untuk anak-anak esok hari. Lebih-lebih lagi jika ingin sediakan bento. Hiasan sampingan sediakan lebih awal.

2. Potong dan siapkan segala bahan-bahan rendah untuk memasak pada sebelah malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk. Esok pagi, keluarkan dan terus masak.

IKLAN

3. Sentiasa sediakan bekalan roti di rumah. Pelbagai hidangan boleh diolah menggunakan roti. Atau jika terlewat bangun, sekurang-kurangnya boleh sediakan roti telur untuk anak.

4. Galakkan anak-anak mengambil sarapan sebelum ke sekolah untuk menggelakkan mereka lapar.

5. Sediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak.

6. Galakkan anak-anak bawa bekal buah-buahan ke sekolah. Anda boleh potong pada sebelah malam, masukkan ke dalam bekas bekal dan simpan dalam peti sejuk. Sekurang-kurangnya boleh dimakan oleh anak sebagai lapik perut jika tidak sempat keluar ke kantin pada waktu rehat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI