Tanggungjawab ayah dan seorang suami sudah tentulah memberi nafkah pada isteri dan anak-anak. Baik tempat tinggal, makan dan pakai. Tapi bagaimana bila berlaku penceraian?
Kebiasaan, bila berlaku penceraian, anak-anak akan diberikan kepada ibu kecuali atas sebab-sebab tertentu. Namun, bila anak dibawah jagaan ibu, tidak bermakna segala-galanya di bawah tanggungjawab ibu semata-mata.
Tak kiralah bila berpiasah sekalipun, memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab ayahnya, selagi anak itu berbin atau berbintikan ayahnya. Jangan sesekali culas.
Itulah yang perlu suami perlu faham. Tak kiralah berlaku penceraian atau tidak, yang penting tanggungjawab ayah adalah memberi nafkah pada keluarga.
Sebab itu, sering kita dengar, isteri terpaksa turun naik mahkamah semata-mata menuntut nafkah daripada bekas suami untuk anak-anaknya. Sedihnya bila bekas suami langsung abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.
Ungkapan dari salah satu cerita mat saleh yang saya tengok kat TV…
Seorang anak ni tanya kepada ayahnya, kenapa ayah baik dan dengar cakap mak, tidak buat hal atau perangai langsung. Boleh dikatakan ayah seorang ‘family man’.
Ayahnya menjawab “ Divorce is for the rich and I’m not rich…that’s why I love my relationship with your mother..”
Di negara Barat, ada CHILD SUPPORT untuk pasangan yang berpisah, tak jaga anak akan dikenakan bayar child support ini kepada bekas pasangan yang jaga anak-anak.
Apa yang diperolehi dalam child support iani termasuklah makan minum anak itu, tempat tinggal, pakaian, perubatan, sekolah dan lain-lain lagi. Apa saja “special needs” yang anak itu perlukan, boleh dikira sekali dalam child support.
Kalau pihak ayah tidak beri, ia dikira sebagai ‘debt’ atau hutang. Arahan untuk bagi child support ini datangnya dari mahkamah.
Ads
Contohnya untuk sorang anak, dia kena bagi 10 peratus dari pendapatan ayah. Kalau gaji 2000, maka 200 kena bagi pada anak. Kalau 2 orang, mungkin jadi 15 peratus. Bila 3 orang, mungkin 20 peratus. Jika ayah tidak berikan melebih jumlah tertentu, ia boleh dikenakan penjara.
Nafkah Anak, Jangan Culas
Islam pun dah tetapkan perkara yang sama.
Bila sudah berpisah pun, nafkah anak-anak tetap di bawah ayah, cuma orang Melayu kita, dia cerai mak dan dia cerai anak sekali. Terus tak bagi walau sesen pun pada anak-anak setiap bulan. Bekas isteri naik turun mahkamah berkali-kali pun, belum tentu lagi selesaikan masalah nafkah anak ini.
Tak bagi nafkah tu dosa sebab hukumnya wajib tapi dosa kan tak nampak, mana nak rasa apa-apa.
Bila sudah berkahwin lain,isteri baru pun tidak nak ingatkan suami sebab dia mahu suami fokus dengan anak-anak mereka sekarang. Anaka-anak bekas isteri, biarlah maknya jaga.
Ingat, kalau tanggungjawab masa bersama pun tak ada, bila sudah tak bersama, belum tentu dia akan bertanggungjawab. Faham-fahamlah.
Ads
Mingguan Wanita : Inilah yang selalu dipertikaikan selepas berlakunya penceraian. Bila sudah ada anak, tanggungjawab nafkah untuk anak-anak kena beri. Mentang-mentanglah bekas isteri jaga, nafkah anak buat-buat lupa pula.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Setiap perkahwinan sebolehnya kita ingin kekal hingga ke akhir hayat dengan dikelilingi oleh orang-orang tersayang. Namun, tak mustahil ada rumahtangga retak dek kerana tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sayang antara suami isteri.
Ada banyak faktor yang menjadi penyebab rumahtangga retak. Jangan hanya ingat, sesuatu perpisahan hanya kerana tiada lagi rasa cinta. Tapi ia juga boleh jadi kerana masuk campur orang ketiga.
Bukan melibatkan orang luar yang dimaksudkan dengan orang ketiga tapi boleh jadi rumahtangga retak apabila campurtangan mentua. Awalnya, mungkin tiada apa-apa masalah, tapi lama-kelamaan akan nampak perangai sebenar yang mngkin tidak disukai oleh mentua.
Itu satu hal, ada juga rumahtangga retak bila mentua lebih percayakan kata anaknya berbanding menantu. Sedangkan dia lebih kenal siapa anaknya. Mungkin ada baik dan buruknya.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah Ramli, peguam syarie yang banyak mengendalikan kes-kes seperti ini. Ikuti perkongsiannya.
Sebelum nak back up/ menyebelahi anak lelaki melebihi menantu perempuan, kena fikir dulu yang anda tu ada anak perempuan ke tidak, paling tidak pun fikirlah kalau-kalau ada cucu perempuan ke, anak saudara perempuan. Bukan apa, takut-takut akan terkena perkara yang sama dari mak mentuanya nanti.
Sebab banyak sangat aduan dan kes-kes punca retak rumahtangga ini dari keluarga mentua.
Sayang anak tak kena tempat sampai sanggup percaya kata-kata anak tu bulat-bulat. Sepatutnya jadi orang tua ni, jadi pendamai sebab nak adakan keturunan yang ramai, bukannya tepuk amai-amai.
Jadi orang tua ini biar jadi orang yang adil dalam mendengar keluhan dan aduan dari anak menantu. Bukannya dengar sebelah pihak melulu.
Bila dah dengar keluhan dan aduan tu siasat betul ke tidak, lepas siasat cari jalan penyelesaian bukannya lepas tangan lepas bagi hentaman.
Sebab itulah dalam seksyen 47(5)(6) Enakmen undang-undang Keluarga islam Selangor memberi keutamaan kepada saudara karib kepada pihak-pihak untuk dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai untuk mendamaikan.
Ini tidak. Sudahlah tak ada usaha mendamaikan apatah lagi nak ambil inisiatif tegur dan ajar anak sendiri, difitnah pula diputarbelitkan fakta masa bicara.
Apa sudah jadi.
Nasihat saya, anak ini bukan hanya perlu dididik dari alam rahim, tapi perlu dididik dan diajar sehingga akhir hayat.
Sebagai anak pula relakanlah hati itu untuk di ajar dan di didik kalau tak mampu nak mengajar dan mendidik anak isteri. Ego buang tepi barulah keluarga yang dibina kekal hingga syurga yang tertinggi.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau sayang anak sekali pun dan ras tahu perangai anak, janganlah ambil bulat-bulat. Mungkin anak dengan maknya lain tapi bila dengan pasangan lain pula perangai. Hanya pasangan yang tahu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Ibu ini, Wawa Shauqi berasa seronok setiap kali melihat gelagat anak-anak selebriti Hanis Zalikha di instagram. Betapa comel dan petahnya mereka ‘speaking london’ dengan mak ayah.
Malah sewaktu anak-anaknya masih kecil, itulah juga impian ibu. Mahu melihat anak-anaknya petah berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Namun, seringkali tertewas kerana silap strategi. Rupanya ada cara betul nak ajar anak-anak seronok, dan lancar bertutur bahasa kedua ini.
Kongsinya. “Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia.
Petah dan comel berkeletah.
Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!
Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan.
Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik.
Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI?
Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak,
TAK, KALAU :
Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif.
Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa.
Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik.
Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik.
Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.
Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu. Allahu.
Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.
OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’.
Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.
Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara.
Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti.
Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.
Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’.
Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.
Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber.
Bila ingat kembali kisah lama, mesti akan timbul rasa menyesal dan berfikir kenapa kita tak buat yang terbaik pada masa itu.
Kadang-kadang dengan kisah lama inilah memberikan kita rasa serik, lebih-lebih lagi buat pasangan yang berpisah.
Dek kerana tidak mahu membayangi kisah lama, kita sanggup ketepikan kebahagian diri kita sendiri. Tak perlulah dikenangkan perkara yang sudah berlaku. Kita kena move on kerana kita layak untuk bahagia.
Nak tahu kita move on atau tidak dengan kisah lama, ikuti perkongsian daripada PUAN DIYANA TAHIR, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd tentang tanda-tanda ini.
NAK BAHAGIA : BERHENTI GENGGAM KESILAPAN MASA LALU
Kebahagiaan adalah satu istilah yang luas maknanya. Persepsi bahagia berbeza antara seorang individu dan orang lain. Ada yang meletakkan kebahagiaan pada kebendaaan atau spiritual dirinya. Seberapa banyak pun persepsi bahagia, ia akan berbalik kepada satu soalan, bagaimana nak menjemput bahagia di dalam diri? Soalan ini kerap ditanyakan pada diri anda. Tapi, sekiranya impikan bahagia, seharusnya melepaskan sesuatu daripada genggaman anda.
Anda mungkin tidak sedar bahawa ada sesuatu yang masih belum ‘let go’ hingga menyebabkan usaha anda mencari bahagia menjadi sia-sia. Apakah “sesuatu” itu ?
Ia adalah kesilapan anda pada masa lalu. Perkara inilah yang selalu berlegar di dalam ruang fikiran sehingga membuatkan anda takut nak keluar daripada safe space.
Perkara utama yang anda wajar lakukan untuk bina bahagia adalah untuk melepaskan segala kesilapan yang telah anda lakukan. Tapi ia tidaklah semudah yang disangka, sehingga ada juga di antara kita yang tak tahu sebenarnya anda masih belum ‘move on’ lagi, perkara inilah yang menyebabkan sukar untuk mengecapi bahagia.
Tak salah untuk kenangkan kesilapan lalu, namun jangan terlalu mengenangnya hingga memberi impak negatif pada diri sendiri. Ramai yang melontarkan kata-kata, ‘move on je lah, buat apa nak ingat balik’. Tanya pada diri sendiri , adakah kita betul-betul dah move on daripada kisah silam? Atau sebenarnya kesilapan lampau itu masih menjadi penghalang untuk anda berbahagia sekarang? Jangan terlalu terbawa-bawa dengan kesilapan lampau. Anda seharusnya take charge dalam mencari kebahagiaan di dalam diri anda.
Bagi melepaskan perkara yang lalu, anda harus kenalpasti dahulu perkara yang membuatkan anda masih mengenggam kesilapan ini.
Sekiranya teraniaya dan ditipu oleh orang yang anda percayai, kesakitan itu pasti akan ada di dalam diri kerana anda juga manusia biasa yang punya perasaan. Anda boleh merasakan kesakitan itu, tapi bukan bermakna perlu menyimpan kesakitan itu selama-lamanya. Kepercayaan yang dikhianati menyebabkan manusia sukar untuk memaafkan. Padahal kemaafan adalah intipati penting bagi anda yang inginkan kebahagiaan. Tanpanya, kepercayaan anda akan terus dibelenggu kesakitan, penyesalan dan derita.
Ketahuilah mungkin ada kesilapan yang sebenarnya berpunca daripada diri anda sendiri. Malangnya anda tiada kekuatan untuk memaafkan diri sendiri. Anda terus menerus menyalahkan diri anda hingga diri anda terbeban dengan segala perasaan negatif.
Perkara inilah yang selalu membuatkan anda susah nak move on daripada kesilapan lama. Setiap saat anda teringat tentang kesilapan yang telah anda lakukan. Setiap kali nak tidur, terbayang lah segala kesilapan lama. Lagi-lagi apabila berdepan dengan situasi yang ‘trigger’ kembali kesilapan anda. Jadi semuanya terpulang kepada anda untuk mengendalikan diri anda dan urus emosi agar dapat mengawal diri daripada terus dihantui kesilapan lalu. Rawat hati anda untuk melepaskan dan melupakan.
Semua orang akan merasai perasaan bersalah ketika menjalani kehidupan mereka. Selalunya, perasaan ini akan timbul apabila anda kesilapan itu datangnya daripada diri sendiri. Anda rasa bersalah kerana kekurangan yang ada dan itulah yang membuatkan anda tidak bahagia. Kadang-kadang, rasa terbeban pun akan menyebabkan timbulnya rasa bersalah. Bukan itu sahaja, bila anda gagal dalam sesuatu perkara juga akan menyebabkan rasa bersalah menyelubungi hati anda.
Sedar atau tidak , keyakinan diri adalah faktor yang akan mempengaruhi kehidupan sama ada anda capai bahagia atau tidak. Perkara utama yang lazimnya mempengaruhi keyakinan diri anda adalah circle yang anda sekarang. Sekiranya social circle anda merupakan circle yang positif, secara tak langsung keyakinan diri anda juga akan bertambah. Lagi-lagi bila anda berada di dalam circle yang sentiasa menaikkan semangat anda. Sebaiknya, hindarilah circle yang menjatuhkan anda ini kerana suasana sebegini hanya akan merugikan anda.
Ketahuilah sekiranya anda tiada kekuatan untuk memaafkan, perkara yang anda perlu ubah adalah mindset anda.
Setiap manusia ada kemurahan dan kemurnian hati untuk memaafkan. Belajarlah memaafkan diri anda sendiri terlebih dahulu. Kesilapan itulah yang akan mengajar anda untuk menjadi lebih bijak dalam mengendalikan kehidupan anda. Ingat, Allah Maha Pengampun. Allah memberi peluang kepada umatNya untuk berubah dan belajar melalui kesilapan lalu. Jadi kenapa anda sendiri yang tidak memberi peluang kepada diri anda untuk memaafkan diri anda? Renungkanlah.
Bagi yang masih buntu nak macam mana nak move on, ada cara yang mudah untuk anda lepaskan kesilapan yang membelenggu diri. Perkara yang paling mudah untuk berdamai dengan kesilapan lalu adalah dengan bertanyakan kepada diri baiknya kesilapan itu pada anda sekarang. Kesilapan ni selalunya adalah perkara yang negatif.
Gunakan rasa bersalah anda itu dengan cermat untuk baiki diri anda ataupun untuk biarkan diri anda terus down. Jika anda gunakannya untuk membuatkan diri anda berada di tampuk yang sama, anda tak akan boleh nak move on. Jika anda menggunakannya untuk baiki diri anda, percayalah, perjalanan anda untuk move on tu akan dipermudahkan.
Jangan biarkan diri anda terus terseksa kerana kesilapan lama. Ambil langkah pertama untuk keluar daripada zon anda berada sekarang.
Tapi, anda boleh mencari bantuan untuk keluar daripada kesilapan lama ini menggunakan teknik terapi hati. Ada banyak terapi hati yang boleh anda lalui. Salah satunya adalah terapi syukur. Ini adalah salah satu cara untuk hadirkan kemaafan di dalam diri. Terapi syukur akan membantu anda untuk hadirkan rasa maaf kepada diri.
Ketenangan anda melalui terapi syukur ni akan membantu anda untuk lebih memaafkan kepada orang di sekeliling anda juga. Belajar mensyukuri sekecil-kecil perkara dalam hidup anda dengan rasa kesyukuran yang tinggi dan merasai kasih sayang Allah. Hatta dengan anugerah air mata yang Allah berikan untuk kita melepaskan lelah dihati dan kembali bangkit dengan rasa penuh kesyukuran atas setiap sesutu yang Allah anugerahkan kepada kita.
Mingguan Wanita : Usah dikenang perkara yang lepas. Pandang ke depan dan teruskan kehidupan mendatang dengan penuh syukur.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.